Ting!
2 new messages
From unknown:
-Kan aku dah pesan, hati- hati.
- Jangan percayakan siapa- siapa.- kau siapa?
- Belum sampai waktu untuk
kau tahu siapa aku.You have been blocked.
Haih! Airis mengeluh.
Permandangan taman bunga didepannya hanya dipandang sepi. Dia tertanya- tanya siapakah gerangannya yang sentiasa memberinya amaran itu. Adakah orang itu seseorang yang dia kenal? Entah, dia pun tidak pasti.
Angin lembut bertiup, rambutnya yang terbang segera diselitkan dibalik telinga. Haruman bunga- bungaan dan udara segar sedikit menenangkan fikirannya yang sedia ada kusut. Tetiba dia teringat kembali saat dia memarahi Lizzy, Joe dan Aiman.
Haih! sekali lagi dia mengeluh kuat.
Hari ini saja sudah banyak kali dia mengeluh. Dia sebenarnya kesal kerana memarahi mereka namun pada saat itu dia tidak mampu mengawal perasaannya. Dia berasa sangat bersalah terhadap mereka. Mata dipejam.
"Senyum lah sikit! Masam je! Kau marah lagi ke?" Tegur Aiman yang tiba- tiba datang dan mengambil tempat disebelah Airis.
"Tak." Jawab Airis sepatah.
"Habis tu?". Tanya Aiman lagi.
"Korang marah saya?"
Airis membetulkan kedudukannya menghadap Aiman.
"Marah? Kenapa?"
"Sebab saya marah korang tadi" Jelas Airis sambil membuat muka kesian.
Aiman ketawa kecil.
"Mana ada! Tak marah pun!" Balas Aiman sambil menggosok- gosok kepala Airis.
Airis terpaku. Manakala Aiman pula buat- buat bodoh seperti tiada apa yang berlaku.
Pang!
"Aduhhh! sakit lah!"
"Ha, padan muka awak! siapa suruh gatal sangat tangan tu!"
Aiman mencebik.
"Siapa suruh gatal sangat tangan tu". Ajuk Aiman dengan bibir terjuih sambil melakukan aksi menampar tangan sendiri.
Airis ketawa terbahak- bahak sehingga keluar airmata melihat Aiman mengajuk percakapannya.
"Mission complete" Bicara hati Aiman apabila melihat Airis ketawa.
..........
Pintu bilik diketuk. Airis melangkah masuk perlahan bersama Aiman. Dia melihat Lizzy dan Joe kedua- duanya memandangnya.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...