Pagi yang cerah dan terang menyinari bumi.Kedengaran bunyi ayam berkokok di kampung.Begitu juga kedengaran hon dan ekzos motor .
Langsir bilik seorang gadis ditarik bagi membenarkan cahaya matahari masuk.Kelihatan seorang gadis yang masih di alam mimpi.
"Lin,bangun sayang dah lambat ni. Kejap lagi nak pergi airport"
Ibu kepada gadis itu mengejutnya dengan lembut.Dia menepuk perlahan lengan anak daranya seorang itu untuk bangun.
"Ye ma, Lin nak bangun lah ni."kata gadis itu tetapi matanya masih tutup.Dia menarik selimutnya bagi menutup cahaya matahari yang menyinari matanya itu.
"Mama kira sampai tiga,kalau Lin tak bangun Lin tau padahnya nanti,"ugut Puan Farda kepada anaknya.Tidak boleh dibiar makin melarat budak itu nanti.
"Okay,okay.Lin bangun sekarang,"kata Erlin yang bangun dengan separa mamai.Puan Farda menggeleng melihat anaknya.Dia menarik tangan anaknya itu supaya berdiri.
"Pergi mandi lepastu turun makan.Mereka dah tunggu kamu dekat meja makan tu,"kata Puan Farda.
Erlin mengangguk kepala.Dia sebenarnya hendak tidur tetapi apabila dia nampak mamanya itu masih berdiri didepan pintu,dengan segera dia mengambil tuala dan mandi.
𖦹𖦹𖦹
"Ha dah bangun pon puteri kita seorang ni,"sindir Eric,abang sulung Erlin.
Adik beradik ini mempunyai 3 lelaki dan seorang perempuan. Oleh kerana itu,mereka melayan Erlin seperti seorang permaisuri.
Erlin hanya menjeling abangnya sebelum duduk di salah satu kerusi.Abangnya tak sah kalau tak menyakat.Dia terus memandang ke arah kembarnya,Erlick.
"Kau nak apa dik?"tanya Erlick.
Erlin menunjuk nasi goreng yang berada di hadapan mereka.Erlick terus mencedok nasi itu dan beri kepada kembarnya.
Tiba-tiba ayah mereka,Que Anzril Deanz turun bawah dengan memakai kot kerjanya.Dia berjalan pergi ke meja makan untuk turut serta bersama keluarga kecilnya.
"Morning anak anak papa,"kata Que Anzril dengan gembira lalu mencium anaknya seorang demi seorang.Memang rutin setiap hari mencium anak anaknya.
"Morning papa,"kata mereka serentak.Puan Farda datang ke meja makan sambil membawa air yang baru dibancuh.
"Lin dah bersedia ke nak pergi Malaysia?"kata Que Anzril memecahkan suasana yang sunyi. Mereka dilarang bercakap semasa makan kecuali papa mereka yang mulakan.Itu adat dari moyang mereka lagi.
"Em Lin okay je lagipun dah lama Lin tak pergi sana,"kata Erlin.
Dia dah lama tak pergi ke negara itu sejak dia masuk ke alam sekolah menengah.Ini kerana ada kejadian yang membuatkan gadis itu sedih. Sebab itu Erlin balik ke France dan duduk bersama ibu bapanya.
"Hm okay lah macamtu.Nanti apa apa call daddy je okay,"kata Que Anzril prihatin.Dia sangat menitik beratkan pasal anak perempuannya itu.Sebab itu dia mengupah beberapa bodyguard untuk menjaga Erlin.
Tetapi bodyguard nya selalu report kepadanya bahawa anak perempuannya itu selalu menghilang setiap kali mereka mengawasi.
Haih licik betul anak daranya seorang itu.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...