☾︎ B A B 3 4 ☽︎

4.3K 347 7
                                    

"Oi kau!"

Erlin memandang gerangan yang menjerit itu. Haihla aku ni tidur pun tak senang. Macam manalah boleh sesat monyet dekat kelas ni. Erlin melihat gerangan yang memanggilnya. 'Oh minah tepung rupanya,' getus Erlin. 

"Apa pandang pandang muka aku.Taulah aku ni lawa," dengan riak Emy berkata. Siapa lagi geng minah tepung kalau bukan Emy ex Ammar. Mereka yang berada di dalam kelas itu membuat muka jijik mendengar kata Emy. 

"Muka kau boleh buat kain lap rumah aku,"kata Erlin. Emy menahan kemarahan mendengar. Dia terus menarik rambut Erlin sehingga gadis itu terjerit. 

"Woi woi apa main tarik tarik rambut ni. Rambut kau rosak ke," jerit Erlin. "Asal kau rapat dengan Ammar ha?! Kau siapa nak rapat dengan dia. Setakat budak kampung ada hati nak pikat boyfriend aku," kata Emy. Anak anak buah Erlin sudah meneguk air liur melihat ketuanya yang diam. 

'Habislah kau Emy,' kata mereka serentak.

"Dah habis membebel,"kata Erlin. Dia yang tadi memandang lantai terus melihat gadis di hadapannya dengan tajam."Eh kau.."

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, dia terkejut melihat mata Erlin yang sudah hitam sepenuhnya. "La kenapa diam. Taknak tarik kuat lagi ke rambut aku," sinis Dier berkata. Suaranya sudah berubah menjadi garau seperti lelaki. Budak budak di kelas itu termasuk anak buah Erlin sudah pucat muka mereka. 

'Habislah kau Emy. Siapa suruh main dengan api,' Emy mereka lihat sudah terkelu   

"Apa bising bising ni," 

Suasana yang bingit dengan jeritan murid kelas 5 Amareld tadi terus senyap apabila Tengku Ammar Khuzair selaku ketua pengawas bersuara. "Apa gaduh gaduh ni. Tak malu ke bila junior tengok senior dia bergaduh sampai tarik tarik rambut," tanpa nada Ammar berkata. Dia memandang tajam Erlin dan Emy. 

Emy yang tadinya menarik rambut Erlin terus melepaskan. Erlin masih menunduk lantai.Badannya kelihatan terketar ketar.Ammar berjalan ke arah mereka dengan penuh gaya.Adam dan Faliq hanya melihat pergerakan kawan baiknya. 

'Tabahla kauorang berdua,'

"You! Tengok dia ni duk main rambut I. Dia yang mula dulu," rengek Emy. Adam membuat muka acah acah termuntah. Gedik betul minah tepung ni. Ammar hanya memandang kosong. Dia terpandang Erlin yang terketar ketar. 

"Kau ingat aku buta ke tak nampak tangan kau duk tarik rambut dia," kata Ammar datar. Emy terkejut melihat Ammar yang langsung tidak backup dia. Heh dia bukan Ammar macam dulu lah Emy. "Sampai hati you tak backup I," 

"Kau duduk dekat tempat duduk kau sekarang sebelum aku suruh Amer cium kau baru nak duduk," kata Ammar. Emy makin terkejut. "Si..siapa Amer?" Ammar tergelak sinis. 

"Kau ingat aku bodoh sangat ke sampai tak kenal scandal kau," kata Ammar. Dia melihat muka Amer yang pucat lesi di tempat lelaki itu. Emy terus berlari ke tempatnya. Eleh baru nak takut time aku couple dulu siap buat zina lagi. 

Astraghfirullah Ammar. Taubat nak. Kiamat nak dekat. 

"Erlin kau okay tak ni. Kenapa badan kau terketar ketar," Suara Ammar yang dingin tadi terus bertukar lembut. Dia menarik tangan Erlin keluar dari kelas itu lalu membawa gadis itu ke bilik khasnya. 

"A..ak..aku ok..okay la," kata Erlin tersekat sekat. Beberapa minit kemudian, Ammar terdengar suara seperti seseorang menangis. Dia melihat Erlin. "Hei,hei. Jangan nangis sayang.Shh shh semua okay. Dah tak payah nangis comot muka sayang aku ni," pujuk Ammar. dia memasukkan Erlin ke dalam pelukan. Dia menggosok gosok belakang gadis itu. 

"Dah sayang. Kenapa nangis ni. Emy ada buat apa apa dekat kau ke," tanya Ammar lembut. Dia merapikan rambut Erlin yang sudah kusut dengan tarikan Emy tadi. Kesian sayang aku ni kena tarik rambut. Seketika dia sedar Erlin diam di pelukannya. "Erlin?" 

Diam. Dia menepuk nepuk pipi Erlin. "Erlin? Kau pengsan ke?" 

Eh pakcik ni dah tau dia pengsan boleh pulak kau tanya.Aku ni dahla sendu kauorang berdua buat buat sweet ni-author.

Ammar terus mendukung Erlin lalu pergi ke bilik kesihatan dengan cepat. Sampai sahaja di bilik kesihatan, dia terus masuk ke dalam."Kak Ra!" jerit Ammar. 

"Ye Ammar. Apa jerit jerit ni," 

"Eh kenapa dengan Erlin? Dah cepat letak dia dekat katil tu," Terus Ammar pergi ke arah katil. Dia meletakkan gadis itu dengan perlahan lahan. Kak Ra muncul dengan kain basah dan air mineral. Takut takut kalau Erlin sedar nanti dia nak air. 

"Macam mana boleh pengsan ni Ammar," tanya kak Ra yang duduk di tepi katil Erlin. Dia mengusap rambut Erlin yang terjuntai di dahi. "Tak tahulah tadi dia menangis sekejap tiba tiba terus pengsan," terang Ammar. Dia menggengam tangan Erlin. 

"Akak okay kan kalau Ammar suruh akak jaga dia," 

"Eh akak okay je lagipun Erlin ni rapat dengan akak," kata kak Ra sambil tersenyum. Ammar mengeluh lega. Kalau boleh dia nak teman Erlin sampai sedar tapi disebabkan dia dah banyak tertinggal jadi terpaksa lah dia belajar. "Ammar pergi dulu eh kak.Kalau dia dah sedar bagitau Ammar tau," kata Ammar. Kak Ra mengangguk kepala. 

"Rehatla Erlin. Akak faham kenapa awak boleh jadi macamni. Rehat ye sayang," Kak Ra mencium sekilas dahi Erlin sebelum pergi ke biliknya sebentar.

Suasana di bilik kesihatan itu hanya kedengaran aircond yang dipasang. Erlin mencelik mata. Dia melihat sekelilingnya. "Menjadi juga lakonan aku," Dia terus mengambil handphonenya di poket. 

'Wafiq BS' 

Ingat lagi tak Sir Wafiq? Kalau tak ingat pergi bab 3 balik. 

Erlin mendail nombor Wafiq. Seketika dia melihat sekeliling bilik kesihatan supaya tiada siapa nampak dia sedar.Dia tersedar apabila terdengar suara Wafiq di telinganya. 

"Rooftop," kata Erlin sepatah. Tanpa menunggu jawapan lelaki itu, terus dia letak telefon itu. Dia membetulkan sedikit rambutnya lalu menyarung hoodie. Dia mengambil topi lalu meletakkan di atas kepala. Dia berjalan perlahan supaya kak Ra tidak perasan dengan kehadirannya. 

"Fuh nasib baik kak Ra tak perasan," Erlin terus pergi ke rooftop dengan berhati hati. Nasib baik semua tengah belajar dalam kelas kalau tak mesti masing masing pelik kenapa ada orang pakai hoodie dengan topi macam ada penjenayah. 

Erlin tiba di rooftop. Dia lihat Wafiq sedang minum air sambil termenung melihat langit. Mesti dah lama tunggu aku. "Sorry lambat," 

"Tak apa alang alang aku ada kelas dekat dekat sini tadi tu yang aku datang awal," kata Wafiq. Mereka duduk bersebelahan. "Ni kenapa nak jumpa aku,"  

"Cari maklumat Emy. Aku nak tahu dia dari keturunan siapa,"kata Erlin mendatar. Wafiq mengeluh. Ni mesti sebab tadi. Dia ada nampak dekat web sekolah tadi. "Okay. Petang nanti aku bagi," 

"Information," 

"Diaorang kata peperangan akan berlaku tak lama lagi. Tapi aku rasa Tiger tu nak buat something. Sebab anak buah kau ada ugut tapi kitaorang tengok Tiger siap boleh gelak lagi," terang Wafiq. 

Erlin sudah tidak sedap hati. Haih apa lagi orang tua tu nak buat. 'Takleh jadi ni. Aku kena plan betul betul ni,' getus Erlin. "Perhati dia. Kalau dia ada buat something yang kau ragu ragu baru bertindak," 

"Okay Shadow," 

Erlin terus berbaring sambil menghadap langit yang sedikit mendung.Dia menutup mata sambil menghayati pemandangan 

Dia menutup mata sambil menghayati pemandangan 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia Princess ©Where stories live. Discover now