Selepas habis memerah tenaga dengan pergaduhan mereka tadi,mereka terus berbaring sama sama di atas katil.Masing masing tengah mencari nafas akibat seronok berperang tadi.
"Huh huh kau lah ni.Tengok aku dah penat nak bangun,"kata Erlick kepada Ammar dengan nafasnya yang masih tersekat sekat.
Ammar hanya mendiamkan diri kerana dia sudah letih mahu bercakap.Dia menutup matanya sambil mengah mencari nafas.Matanya kian memberat lalu tertidur di atas katil.Begitu juga dengan Erlick.
𖦹𖦹𖦹
Erlin sudah sampai di istana .Hampir tengah malam baru ingat nak balik.Dia lihat suasana istana yang sunyi.Istana juga kelihatan gelap seperti tiada elektrik.
"Semua dah tidur kut,"kata Erlin sendirian lalu dia berjalan masuk ke dalam istana itu dengan berhati hati kerana gelap.
Dia berjalan naik ke biliknya dengan lampu di telefonnya.Dia juga melihat sekeliling takut ada apa apa berlaku.Eleh Erlin dah tau takut hantu tu cakap jela.Walaupun Erlin mafia tapi dia tetap takut dengan hantu.
Sambil dia berjalan,dia lihat pintu bilik abangnya sedikit terbuka.
"Tak pernah pernah abang aku tak tutup pintu bilik,"katanya.Dia membuka sedikit pintu itu untuk melihat dalamnya.Dia melihat sekeliling bilik itu dengan tajam.
"Tak ada apa apa pun,"kata Erlin.Dia membuat keputusan untuk masuk lalu memeriksa satu bilik abangnya.Dah buang tabiat ke apa cek bilik orang malam malam.Dahla bilik Erlick ni dah macam tempat sampah.Plastik makanan merata rata.Dengan game tak tutup.Haih ni kalau mama yang buka pintu ni sekarang juga dia kena bebel.
Dia memeriksa satu bilik dan tempat terakhir dia memeriksa ialah katil.Dia menyelak sedikit selimut abangnya itu.
Erlin membuntangkan mata apabila melihat Ammar tidur bersama Erlick.Biar betul diaorang ni tidur sekali.Erlick ni dahla kedekut bila ada orang nak tidur dengan dia.Dia melihat muka masing masing letih.Letih sebab apa Erlin pun taktahu.
Erlin mencium perlahan pipi abangnya lalu keluar dengan berhati hati.Kemudian,dia terus masuk ke dalam biliknya yang hanya berdepan dengan bilik Erlick.
𖦹𖦹𖦹
"Erghh ngantuknya,"kata Ammar yang baru bangun itu sambil meregangkan badannya.Dia terus berdiri pergi ke biliknya.Erlick dia lihat masih mengulit di alam mimpi.
Semasa Ammar keluar,Erlin juga turut keluar dari bilik gadis itu dengan muka yang segar.Dah mandi agaknya.Dia tersenyum lalu memeluk perlahan badan Erlin.
"Hai sayang,"katanya lalu meletakkan kepala di bahu Erlin.Erlin tersengih melihat perangai lelaki itu.Manja betul.Kalau dekat keluar dingin dia kalah papa.
"Kenapa kau tidur dekat bilik Er?"tanya Erlin sambil mengusap lelaki Ammar.Ammar tersenyum.Dia suka Erlin buat macamni dekat dia.
Gedik.
"Aku nak ajak dia jalan jalan semalam.Lastlast kitaorang bergaduh sampai tertido sebab penat,"katanya sambil menggesel hidungnya di bahu Erlin.Em wangi.Haih nasib belum kahwin kalau tak aku dah terkam dia dekat sini.Mereka berdiam diri seketika melayan perasaan masing masing.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...