☾︎ MDPM 2 ☽︎

3.3K 203 3
                                    

Kini, Erlin dan keluarga kecilnya sudah berada di Ampang Mall. Pakaian mereka bertiga sedondon membuatkan ramai memandang mereka dengan comel.

"Bonda, tu baju raya !" kata Amer dengan gembira. Belum sempat Erlin hendak berkata, anak bujang itu sudah menarik tangan mereka berdua ke kedai itu.

Orang sekeliling mereka hanya tergelak melihat perilaku Amer itu. Ammar sudah menggeleng kepala. Teruja betul nak beli baju raya.

" Selamat datang! Nak cari baju raya warna apa ye?" tanya pelayan itu dengan lembut. Dia tersenyum apabila mata Amer yang membulat melihat baju raya disitu.

"Ada baju raya warna mint tak?" tanya Erlin. Ammar sudah hilang dengan Amer di kawasan baju raya.

"Ada puan. Mari saya tunjukkan," Erlin mengikut pelayan itu dengan berhati hati kerana takut tersadung.

"Sini. Kalau ada apa apa boleh panggil saya dekat sana," Pelayan itu menunjuk ke arah dia berdiri tadi. Erlin mengangguk lalu melihat baju warna yang mereka pilih tahun ini.

"Sayang..." kata Ammar perlahan.

"Abang, abang rasa mana satu yang cantik," Erlin menunjuk tiga baju di hadapan mereka. Dia terpikat dengan baju di tengah tengah itu tapi baju yang lain cantik juga.

"Abang rasa yang tengah tu sesuai dengan sayang," kata Ammar. Dia mengambil baju itu lalu dilekapkan di belakang Erlin.

"Okaylah kalau macamtu. Sayang malas nak lama lama, nanti meroyan pulak budak tu," kata Erlin. Dia terus pergi ke Amer yang sedang memilih baju raya untuknya. Pandai pula budak tu pilih.

Amer yang rasa bondanya menuju ke arahnya terus memandang tepi. "Bonda, Amer taktahu lah nak pilih baju yang mana. Semua lawa..."

Pekerja di situ tersenyum melihat gelagat anak itu. Erlin tergelak kecil sebelum menolong anaknya memilih baju.

"Nah. Bonda pilih baju ni. Lawa tak?" kata Erlin. Dia menunjuk baju itu ke Amer. Anak bujangnya itu complicated sikit. Samalah macam suaminya.

"Ayahanda! Cantik tak baju ni?" Amer bertanya kepada Ammar yang menuju ke arah mereka berdua.

"Cantik sayang. Macam putera raja," puji Ammar. Amer terus tersenyum riang. Sah ikut suami dia. Pantang dipuji.

"Kalau ayahanda kata cantik jadi Amer pilih baju ni," kata Amer. Dia terus memberi baju kepada bondanya sebelum pergi ke baju yang lain pula.

Erlin memberi baju itu ke pekerjanya sementara dia memilih baju untuk Ammar pula. "Meh abang. Erlin nak pilih baju untuk abang,"

Ammar tersenyum gedik. Terus dia bergerak mengikut isterinya pergi ke kawasan lelaki. Amer sudah hilang entah kemana.

Habis sahaja membeli baju, mereka membuat keputusan untuk makan dahulu sebelum balik ke rumah.

"Abang pergilah dulu dengan Amer. Nanti sayang pergi," kata Erlin. Belum sempat Ammar setuju, Erlin sudah hilang ke tempat make up. Sejak dia mengandung ni, tiba tiba Erlin menjadi orang gila make up.

Penuh meja solek itu dengan barang make up Erlin.

"Bonda ni asyik beli barang make up je," kutuk Amer perlahan. Ammar mengangguk kepala tanda setuju. Best pulak ada anak lelaki ni. Boleh bergosip.

"Kan kan. Apa lah bonda tu," Ammar menambah perasa. Ini kalau ada Erlin memang tidur luar dua dua.

Pernah sekali Ammar dengan Amer sembang dengan seorang perempuan yang menjadi duta iklan di televisyen. Dua dua kena tidur dekat ruang tamu.

Dalam perjalanan ke kedai makan, tiba tiba seorang perempuan menghalang langkah Ammar dan Amer.

"Hai Ammar. Kenapa you cuti harini? Sakit ke," kata Sofea iaitu salah satu pekerja di syarikat Ammar. Dia tersenyum gedik pada jejaka itu.

"Suka hati i lah nak cuti ke apa. Ada kaitan dengan you ke?" kata Ammar dengan nada kasar. Sofea tersentak tetapi tetap melakarkan senyuman 'menggoda'nya.

Sofea terpandang anak kecil yang sedang melihatnya. Dia mengerut kening apabila melihat muka anak kecil itu hampir sama dengan muka Ammar.

"Ni siapa? Adik you ke," tanya Sofea. Dia melutut lalu mencubit pipi Amer tetapi ditepis kasar oleh anak itu. Terkejut gadis itu. Hampir sahaja dia hendak menengking.

"Anak I," Pap! Seperti disambar petir apabila mendengar ayat jejaka itu.

"An-anak you?Bila you kahwin? I tak tahu pun," tanya Sofea dengan bertubi tubi. Jadi selama ini dia suka kepada suami orang?

"Yes anak I. Bila I kahwin? I dah kahwin dari I tak kerja pun dekat syarikat. Kalau you tak tahu itu masalah you bukan masalah I," kata Ammar mendatar. Amer yang mendengar itu tersenyum sinis lalu menjelir lidah kepada Sofea.

Eh budak ni suka pulak dia.

"Aik abang? Kenapa tak pergi lagi, kan Erlin dah suruh pergi dulu," tanya Erlin. Pelik juga dia tadi dari kedai dia pergi tadi apabila mendengar suara seperti Ammar sedang bercakap dengan seseorang.

Sofea yang masih terkedu itu terkejut apabila melihat gadis di hadapannya iaitu Erlin Diyana. Gadis yang sangat berpengaruh.

Erlin memandang gadis di hadapan mereka. Eh macam kenal je muka ni?

"Ni bukan Sofea ke? Pekerja syarikat abang," tanya Erlin kepada Ammar yang memandangnya dengan mata yang nakal. Orang tua ni pun kat sini pun dia nak goda.

"Em sorry miss Diyana. Lupa pula I ada kerja yang kena siapkan. Bye," Puntang likang gadis itu berlari sehingga heelsnya patah. Amer sudah gelak dengan kuat apabila Sofea jatuh.

"Haip Amer. Tak baik ketawakan orang," marah Amer. Dia memandang suaminya yang dari tadi melihatnya.

"Rindulah kat sayang," kata Ammar dengan suara yang acah romantis. Erlin memandang suaminya jengkel. Mengada betul. Dia baru masuk tak sampai sejam.

"Tak payah merepek. Jom makan. Baby dah lapar," Erlin terus pergi ke kedai makan tanpa menunggu suami dan anaknya.

Daripada melayan bapak dan anaktu baik dia pergi makan. Yeay sesi menggemukkan badan!

"Habislah duit aku," kata Ammar dengan perlahan. Amer terkekeh apabila melihat muka pasrah ayahandanya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia Princess ©Where stories live. Discover now