☾︎ B A B 2 5 ☽︎

5.7K 378 8
                                    

Ammar dan Erlin sedang bersiap kerana mereka sudah berjanji untuk jalan jalan.Disebabkan esok mereka balik ke Malaysia,mereka memutuskan untuk berjalan jalan dan membeli belah di France.

"Yow kak,nak pergi mana lawa lawa ni?"sergah Erlen.Dia duduk di birai katil Erlin lalu memandang kakaknya yang sedang bersiap itu.

"Aku dengan Uzair nak pergi jalan jalan kejap dekat France ni.Kau nak apa apa tak?"

"Oh tak apa lah aku nak pergi mansion kejap lagi,"kata Erlen yang sudah baring di katil Erlin.

Erlin memandang Erlen."Ada masalah ke dekat sini?"kata Erlin lalu duduk di sebelah adiknya yang baring itu.

"Hm.Diaorang kata musuh kita tengah buat plan sekarang,"kata Erlen sambil menutup mata.Mukanya tampak tenang sahaja.Begitu juga dengan Erlin.Muka mereka hanya tenang walaupun musuh akan bermula serangan.Ikut siapa lagi kalau bukan Raja Que Anzril.

"Hm nanti apa apa bagitahu aku,"kata Erlin.Erlen mengangguk lalu bangun untuk keluar dari bilik kakaknya.

Selepas Erlin rasa dia sudah lengkap,dia mengambil beg lalu keluar dari biliknya.Ammar yang duduk di sebelah biliknya juga keluar dari bilik.

Ammar melihat pakaian Erlin.Tak lama kemudian dia tersenyum manis sebelum pergi ke gadis itu.Dia merenung tajam kepada Erlin.Saja hendak mengusik gadis itu.

"Kenapa tenung aku macamtu.Baju aku tak okay ke.Rambut aku tak kemas ke,"kata Erlin apabila melihat lelaki itu melihatnya dengan tajam.Dia segera masuk ke biliknya tetapi tidak boleh apabila tangannya ditarik Ammar.

"Kenapa,"

"Kenapa apa?"

"Kenapa kau cantik sangat?Tengok pipi tu.Eii geram je dengan pipi tu rasa nak gigit tau tak,"kata Ammar geram lalu mencubit pipi Erlin.Erlin menjerit kecil dengan cubitan itu.

"Yah Uzair,Uzair!Sakitlahhh,"kata Erlin sambil sedaya upaya melepaskan tangan Ammar.Ingat tangan dia lembut ke nak cubit pipi aku.

Ammar tersengih lalu melepaskan tangan dari pipi Erlin.

"Dah jom turun.Nanti lambat pulak nak sampai,"kata Erlin.Dia menarik tangan Ammar yang masih tersengih.Sengih sengih mamat ni tumbuk kang.

Mereka turun ke bawah sambil berpegangan tangan.Ni belum kahwin lagi kalau dah kahwin aku rasa hari hari peluk je kerja.

"Amboi pakaian sedondon macam pengantin baru.Nak pergi mana ni?"kata nenda yang sedang berehat di ruang tamu.

Erlin melihat bajunya dengan Ammar.Erlin memakai sweatshirt berwarna coklat begitu juga dengan Ammar.Lelaki itu memakai hoodie berwarna coklat.

"Yana dengan Uzair nak pergi jalan jalan sekejap,"kata Erlin.

"Kamu nak bodyguard ikut tak?"tanya nenda kepada mereka berdua.

"Takpelah nenda.Uzair boleh jaga Erlin,"kata Ammar sambil memeluk bahu Erlin.Nenda tersenyum melihat mereka berdua.Dia dari dulu memang berminat nak satukan dua orang itu.

"Okaylah macam tu.Hati hati banyak musuh dekat luar tu,"kata nenda.

Mereka berdua keluar selepas selesai memakai kasut.Mereka naik kereta yang sudah disediakan oleh driver.

"Yana,apa maksud nenda tadi,"tanya Ammar.Dia pelik apabila melihat muka nenda yang selamba apabila bercakap tentang musuh tadi.

"Oh family Yana sekarang kena kejar dengan musuh.Alasan dia sebab tak puas hati dengan business atoknda.Jadi diaorang nak semua waris atoknda mati,"terang Erlin.

Mafia Princess ©Where stories live. Discover now