☾︎ B A B 5 2 ☽︎

4.7K 340 35
                                    

Adrean mengunci keretanya sebelum masuk ke dalam Farda Boutique. Dia terhenti di hadapan butik itu apabila dia berasa kawasan itu sunyi.

"Erlin tutup kedai ke? Sunyi semacam je tengok,"

Adrean tanpa banyak kata terus membuka pintu. Dia menjenguk sedikit dalaman butik lalu mencari cari kelibat Erlin. Matanya terhenti apabila melihat seorang gadis sedang menangis di hujung meja kaunter.

"Hei are you okay, baby" tanya Adrean lembut. Dia menerpa ke arah Erlin yang menutup mukanya dengan lutut. Adrean memeluk erat gadis itu lalu menggosok perlahan belakang badannya.

"Ke..kenapa Uza..Uzair tak tunggu Yana," kata Erlin sedu sedan. Dia membalas pelukan Adrean lalu menghamburkan segala tangisan di dada lelaki itu.

Adrean pasrah. Habislah baju kerja dia kena hingus Erlin. Dahla tu baju kerja kesayangan dia. Adrean memujuk Erlin lembut supaya gadis itu berhenti.

"Macam mana kau boleh tahu ni?"

"Tadi dia dengan Emy datang sini. Katanya nak beli baju untuk nikah," jawab Erlin. Dia mengesat air matanya. Erlin menunduk kepalanya. Ini sudah kali kedua dia menangis sebab lelaki.

Satu. Arwah crushnya.

Dua. Ammar.

"Are you sure he married Emy because they like each other?" tanya Adrean tiba tiba. Dia tidak tahu mengapa tapi dia dapat rasakan lelaki itu terpaksa kahwin dengan Emy.

Kerana sepanjang dia menjadi client Ammar, dia perasan Ammar sering mengabaikan call seseorang. Dan nama yang tertera di screen handphone Ammar itu ialah ..

'Emy'

Jadi mustahil untuk Ammar suka pada gadis itu. Lelaki itu juga pernah berkata yang dia hanya suka dekat gadis yang bernama Yana.

Wait? Yana?

Did he mean Erlin Diyana?

"Tapi kan Yana, dulu Ammar ada cakap dekat aku yang dia suka dekat perempuan yang bernama Yana,"

"Jadi Yana tu kau lah kan?" kata Adrean. Dia menunjuk jarinya ke arah Erlin yang menunduk. Erlin terus melihat lelaki itu. Gadis itu menunjuk kepada diri sendiri.

"Aku?"

"Yelah siapa lagi nama Yana,"

"Oi pakcik. Kau ingat aku seorang jeke nama Yana. Ramai lagi dekat luar tu. Takkanlah Ammar mention aku, dia kan playboy," kata Erlin. Sebolehnya dia menidakkan ayat Adrean. Ego sedang mengatasinya sekarang.

Elok lah tu. Dua dua ego.

"Kalau bukan kau, macam mana muka kau boleh ada dekat casing dia," tanya Adrean tiba tiba. Dia baru teringat casing lelaki itu. Dia pernah nampak casing handphone Ammar tapi dia tidak berapa cam sangat.

Tapi Adrean dapat tahu itu Erlin apabila Ammar meninggalkan handphonenya semasa dia hendak pergi ke tandas. Adrean melihat handphone lelaki itu sebentar sebelum melihat casing.

"Ish takkanlah dia suka aku. Aku ni siapa je setakat kawan childhood dia," nafi Erlin lagi. Adrean mengeluh sambil menggeleng kepala. Apalah nak jadi dengan kembar susuannya ini. Ego betul.

"Suka hati kaulah Erlin. Jangan kau yang menyesal sudahla," kata Adrean malas. Dia sudah tidak mahu mengambil tahu tentang hubungan Ammar dan Erlin. Biarlah mereka yang menentukan.

Penat bila jadi orang tengah kepada pasangan ego ni. Masing masing ikut kepala dia je. Seorang suka bertindak meluku, lepastu seorang lagi nak jauhkan diri tapi menangis sebab rindu.

Mafia Princess ©Where stories live. Discover now