"Woahh. Kau seriouslah Erlin ! Kita dekat mana sekarang ni," kata Faliq terkejut. Nak tahu kenapa ? Mereka sekarang sudah tiba di satu shopping mall tapi tidaklah besar mana.
"Erlin. Mana kau tahu ada tempat ni. Kitaorang taktahu pun ada shopping mall ni," tanya Ammar. Pelik juga dia mereka yang dah 5 tahun duduk sini pun taktahu tapi Erlin yang baru berapa bulan duduk sini pun dah tahu.
"Rahsia,"
Mereka bertiga menjeling tajam. Rahsia rahsia. Hempuk dia ni kang. "Dah cepat. Kejap lagi rehat dah nak habis," kata Erlin.
"Em jom pergi McDonalds. Dah lama tak makan situ," kata Faliq ceria. Faliq dengan makanan tak boleh dipisahkan. Untung jodoh dia nanti dapat suami kuat makan.
Sama sama gemuk. Kan sweet gitew.
"Okay jom," kata Erlin. Dia terus berjalan pergi sambil mencari cari logo Mcd. Mereka bertiga menggeleng kepala serentak. Kuat makan tapi tak gemuk gemuk.
"Dah sampai," kata Erlin. Dia berhenti di hadapan kedai tersebut. Suasana di dalam itu sungguh riah dengan suara yang agak kuat.Siapa lagi kalau bukan anak buah Erlin.
Shopping mall ni hanya Erlin dan anak buahnya sahaja yang tahu. Ini pun Erlin suruh hacker yang terkenal di England tolong buatkan shopping mall dekat sini.
Teknologi kan. Semua boleh buat.
"Erlin,"
"Yes?"
"Kenapa aku tengok macam ramai je orang datang sini. Semua orang tahu ke yang shopping mall ni wujud?"kata Ammar tiba tiba. Pelik dia bila lihat ramai orang datang ke sini.
Erlin sudah terkulat kulat mahu menjawab. Takkan nak jawab 'Diaorang anak buah Black Shadow sebab tu boleh datang sini' Nanti Ammar tanya pulak 'Macam mana boleh kena Black Shadow?'
Ha mampus nak jawab apa.
"Em maybe sebab diaorang ada cable rapat dengan pemilik sekolah ni. Sebab Erlin dengar pemilik sekolah ni yang buat tapi dia tak bagitau dekat orang lain. Lin tahu pun daripada ayahanda,"terang Erlin dengan sekali nafas. Dia menyorok debaran di dadanya yang kuat berdegup.
"Ish korang sembang apa lagi. Dah pergi duduk sana biar aku dengan Adam yang order kan," kata Faliq.
"Eh asal aku,"
"Ikut jelah tak payah banyak songeh," Dia terus menarik tangan Adam pergi ke arah kaunter. Ammar dan Erlin hanya melihat sebelum memandang antara satu sama lain.
Mereka mencari tempat yang kosong. Ammar yang sudah menjumpai tempat yang kosong dan agak jauh dari semua orang terus menarik tangan Erlin.
"Pandai kau cari tempat,"
"Come on la. Ni Tengku Ammar Khuzair kot. Siapa tak kenal," kata Ammar bangga. Dia senyum bangga kepada Erlin. Erlin mengacah acah mencari baldi untuk keluarkan muntahnya.
"Eh, haii!" sapa Erlin kepada orang sebelahnya. Ammar yang pelik itu turut memandang orang sebelahnya sebelum membuat muka ketat.
"Eh Lin. Terkejut aku," kata Amri. Erlin melihat Rayyan yang makan tanpa memandang kiri kanan. Kenapalah orang yang rapat dengan aku ni kuat makan.
"Ehem ehem," Mereka berdua yang sibuk bersembang itu memandang Ammar serentak. Eleh jealous lah tu.
"Oh lupa nak kenalkan. Ni Tengku Ammar Khuzair boleh panggil Ammar," kata Erlin dengan senyuman nipisnya.
"Aku Luth,"
"Rayyan,"
"Aku Amri,"
Kata mereka. Rayyan masih sambung menikmati makanan di hadapannya. Mamat ni dah sebulan tak makan ke.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...