"ASTAGHFIRULLAHALAZIM,"
"ERLIN! KHALIF! MARI SINI SEKARANG!!"
Terus terbantut pergerakan mereka berdua. Mereka memandang antara satu sama lain.
"Pstt. Kita ada buat apa apa ke Lin,"
"Tak tahu. Abang ada buat salah ke,"
Khalif mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia menarik tangan Erlin supaya mengikutnya pergi ke mommy mereka. Seram woi tengok mommy dah tukar jadi singa.
"Kenapa mommy,"
"Kenapa kamu kata! Tengok ruang tamu tu. Siapa yang sepahkan?! Tu tengok pokok pokok mommy tu. Macam mana boleh jatuh haa?!" bebel Tengku Evelynn. Dia menarik telinga anak anaknya. Lepas geram.
Erlin yang blur itu terkejut lalu menjerit sedikit. Begitu juga dengan Khalif .
"Aduh aduh sakitlah mommy!"
"Hah tau pun sakit. Hati mommy ni lagi sakit tengok rumah dah macam tongkang pecah," kata Tengku Evelynn sambil mencekak pinggangnya. Khalif dan Erlin tersengih kekok. Mana mereka perasan yang ruang tamu bersepah.
"Mommy nak denda kamu berdua. Erlin, kamu kemas ruang tamu. Khalif, kamu pergi susun balik pokok mommy tu dekat tempat asal dia. Kalau mommy datang tapi tak siap lagi, siap kamu berdua," bebel Tengku Evelynn lalu pergi ke dapur untuk sambung halnya tadi.
"Aip aip captain," jerit Erlin . Dia dan Khalif memandang antara satu sama lain.
"Abang lah ni. Tengok mommy dah marah,"
"Eh abang pulak. Erlin yang sepahkan,"
"HA GADUH GADUH! PERGI KEMAS SEKARANG," jerit Tengku Evelynn dari dapurnya. Mak ai besarnya suara mommy sampai kesini boleh dengar dengan jelas.
Erlin dan Khalif terus dengan tergesa gesa mengemas di tempat yang disuruh Tengku Evelynn tadi.
𖦹𖦹𖦹
"Huh, penat betul. Macam mana lah mommy boleh kemas satu rumah ni," kata Erlin. Dia termengah mengah mencari nafas.
Ting! Tong!
"Siapa datang petang petang ni," kata Erlin. Dia hanya mengabaikan bunyi loceng itu. Tetapi perbuatannya terbantut apabila mendengar suara mommynya.
"Erlin! Tolong tengok siapa yang datang tu!" jerit Tengku Evelynn.
Erlin dengan lemahnya terus pergi ke arah pintu itu dengan malas. Dia membuka pintu itu perlahan lahan.
"Ye cari siapa?"
Terkaku Erlin melihat gerangan yang datang ke rumah Tengku Evelynn. Dia terkejut apabila melihat Rayyan yang berada di depan pintu itu sambil tersenyum.
"Omg, Rayyan!! Kau buat apa dekat sini?" kata Erlin. Dia memeluk sedikit badan Rayyan kerana terkejut apabila abang angkatnya datang sini.
Rayyan membalas sedikit pelukan Erlin. Dia tersenyum melihat adik angkatnya yang bertukar menjadi manja itu.
"Aku balik sebab dah lama tak datang sini. Tak tahu pulak kau pun datang sini," kata Rayyan. Erlin meleraikan pelukan mereka itu. Dia menarik tangan Rayyan menuju ke dapur.
"Mommy! Tengok siapa yang datang," kata Erlin.
Tengku Evelynn yang sibuk memasak itu memandang ke arah Erlin dan seorang lelaki. "YaAllah anak aku!" Tengku Evelynn terus memeluk anak angkatnya itu. Hampir berapa bulan dia tidak jumpa dengan anak angkatnya seorang itu.
"Sorry mommy sebab dah lama tak datang sini," kata Rayyan . Dia mencium tangan Tengku Evelynn. Erlin senyum melihat keakraban mereka. Dia gembira melihat Tengku Evelynn yang tersenyum.
"Tak apa. Mommy faham kamu ni busy,"
"Dah jom tolong mommy hidang lauk ni," ajak Tengku Evelynn. Rayyan dan Erlin hanya mengikut mommynya yang tenaga lain macam. Mungkin kerana Rayyan sudah balik.
Sampai sahaja di perkarangan meja makan, merek lihat Khalif sudah meletakkan kepalanya di atas meja makan. Penat agaknya. Erlin terus meletakkan air yang dibancuhnya tadi lalu mengejut abang susuannya.
"Abang, bangun. Orang nak letak makanan," kata Erlin lembut. Dia menepuk sedikit bahu Khalif supaya jejaka itu terjaga.
Khalif bangun lalu meregangkan sedikit lehernya. Dia melihat makanan yang sedia terhidang di atas meja. "Banyaknya lauk. Ada orang nak datang ke,"
"Taklah. Tadi Rayyan baru balik sini. Katanya dah lama tak jenguk mommy,"
"Seriouslah. Mana dia sekarang?"
"Hai bro. Lama tak jumpa," sergah Rayyan yang datang dengan mangkuk yang berisi nasi. Jejaka itu letak mangkuk yang dipegangnya di tengah meja lalu duduk di hadapan mereka.
"Broo. Lama tho tak jumpa kau,"
"Sorry lah. Aku busy sikit kebelakangan ni,"
Perbualan mereka terbantut apabila Tengku Evelynn datang dari dapur sambil membawa lauk yang dimasaknya tadi.
"Dah siap ke Khalif?"
"Dah mommy. Cantik Khalif buat tau,"
"Yelah tu. Dah jom makan sama sama. Dah lama tak dapat rasa macam ni," kata Tengku Evelynn. Dia duduk di sebelah Rayyan. Erlin mengambil senduk lalu menyedok nasi dan meletakkan ke dalam pinggan masing masing.
"Mana abang Khalid my?" tanya Rayyan yang baru sedar akan ketiadaan kembar abang angkatnya. Erlin yang hendak menuang air juga teringat.
"Aah la mommy. Mana dia,"
"Macam biasalah. Teman daddy kamu tu pergi oversea," terang Tengku Evelynn. Dia sudah biasa dengan ketiadaan anak kembarnya itu. Kemana mana pasti suaminya akan membawa anak seorangnya itu. Katanya supaya Khalid mengambil tahu tentang alam perniagaan.
Khalif mengetuai untuk membaca doa makan. Masing masing menadah tangan sebelum mengaminkan doa. Mereka makan bersama sama dengan penuh ceria. Sekali sekala mereka tertawa mendengar cerita masing masing.
Tengku Evelynn gembira dalam diam apabila melihat anak anaknya yang gembira tanpa berfikir tentang masalah. Seketika dia mengeluh .
'Haih kesiannya mereka. Kecil kecil sudah kena tanggung tanggungjawab yang besar. Tabah anak mommy, mommy tau kamu semua kuat,' rintih Tengku Evelynn di dalam hati.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...