☾︎ B A B 4 6 ☽︎

4.2K 335 8
                                    

Ammar segera balik ke dalam kelas untuk meminta maaf kepada Erlin. Dia lari sehingga ada yang dilanggar tetapi diendahkan Ammar.

Ammar masuk ke dalam kelas dengan tergesa gesa. Dia mencari cari kelibat Erlin dalam kelas itu.

"Mana Erlin,"

Mereka mengangkat bahu tanda tidak tahu dimana gadis itu berada. Ammar mengeluh kesal.

'Kenapalah aku cakap macam tu tadi. Erghh bodoh kau Ammar,'

Emy mengambil kesempatan untuk memujuk Ammar. Dia taktahu yang dia dah nak mati. Sempat lagi nak menggatal dengan orang. Huh.

"Are you okay baby? Erlin buat apa dekat you?" tanya Emy. Dia membuat mimik muka seperti memujuk lelaki itu. Fuh nightmare.

"Kau tak payah la nak kesah pasal aku. Kau kan yang cakap Erlin dengan Rayyan tu buat zina!" kata Ammar lantang sehingga hampir satu aras itu dapat mendengar ayatnya.

Rayyan tersentak. Dia yang tadinya sibuk bermain game terus memandang Ammar dan Emy. Atau lebih tepat lagi Emy. Rayyan mula bangun lalu bergerak ke arah mereka berdua.

Habislah kau Emy.

"Siapa kata aku buat zina dengan dia? Kenapa ? Dekat rumah tu dah tak ada cermin ke dekat rumah kau," setepek Rayyan berkata kepada Emy.

"Ma..mana..mana ada I cakap you buat zina dengan Erlin. Me..memandai jelah Ammar ni," nafi Emy. Badannya sudah terketar ketar dengan dua jejaka di hadapannya ini. Dahla dua dua dingin.

"Eh aku pulak yang kena. Dah ramai dah tahu yang kau punca semua ni berlaku. Tulah duk buat zina je memanjang habistu tuduh orang buat zina," kata Ammar. Dia selitkan sindiran didalam ayatnya. Puas hati melihat muka perempuan itu yang sudah bertukar merah.

"Erghh. You tunggu Ammar. Nanti kalau ada apa apa jadi dekat Erlin. Baru you tau langit tu tinggi ke rendah," jerit Emy lantang lalu keluar dari kelas itu.

Adam dan Faliq yang tidak jauh dari mereka sudah ketawa terbahak bahak. "You tunggu Ammar. Baru you tau langit tu tinggi ke rendah," ejek Faliq sambil membuat buat suara seperti Emy tadi.

"Mana Erlin? Aku tak nampak dia pun," tanya Rayyan yang baru sedar apabila adik angkatnya itu tiada.

Ammar tersentak dengan soalan Rayyan. Dia hendak memberitahu tetapi takut takut.

"Em Rayyan,"

"Hm?"

"Apa hubungan kau dengan Erlin? Kenapa aku tengok kauorang siap peluk peluk," tanya Ammar dengan malu malu. Eleh kau baru tahu malu. Masa jerkah Erlin siap cakap dia sundal apa semua tak malu pulak.

#boikotAmmar

Rayyan tergelak. Ni kes jealous ke apa ni. "Oh pasal kes tu ke. Tak ada lah, aku dengan dia adik beradik angkat je. Tak lebih dari tu pun," terang Rayyan.

Ammar sudah menunduk. Perasaan serba salahnya makin kuat. Dia menggenggam kedua tangannya mengumpul kekuatan untuk memberitahu hal yang sebenar.

Dia punya nervous tu macam nak jumpa bakal mertua sial !

"Em aku nak cakap something ni," Rayyan berpaling kepala melihat Ammar. Suara lelaki yang agak serba salah itu menarik perhatiaannya.

"Cakapla,"

"Tadi, em .. aku termarah Erlin," kata Ammar. Mukanya masih menunduk. Takut Rayyan mengamuk. Biasalah bakal abang ipar kan mana tahu dia tak restu ke.

Ceit Ammar menyempat ek kau aku buat betul betul kang. Menangis darah air mata nanti.

"Kenapa kau marah dia," tanya Rayyan mendatar. Dia paling pantang bila dapat tahu bahawa adiknya itu dimarahi sesiapa kecuali itu memang salah adiknya.

"Ak..aku tercakap dia sundal,"

Buk!

Sebuah tumbukan padu dikenakan kepada Ammar. Kelas yang tadinya bising dengan suara budak kelas itu terdiam semua. Mereka melihat muka Rayyan yang merah akibat marah.

Adam dan Faliq tidak terkecuali. Mereka bukan takut tetapi bangga kerana Rayyan dengan beraninya menumbuk ketua mafia itu. Tengok bukan nak tolong kawan, siap bangga lagi.

"Kau siapa nak cakap adik aku sundal. Aku yang abang dia ni pun tak pernah lagi kata dia sundal la haram la. Kau yang tak ada kena mengena dengan dia dah kata dia sundal,"

Ammar memegang pipinya. Dia tidak marah sebaliknya pasrah ditumbuk. Dia tahu itu memang salahnya jadi memang patut kena tumbuk.

"Aku minta maaf. Aku menyesal dengan apa yang aku cakap tadi," rayu Ammar. Dia memegang kaki Rayyan supaya memaafkannya.

Rayyan mengeluh. Tak pasal pasal ada drama tak diundang dekat kelas ni. Dia menepuk bahu Ammar untuk menyuruh lelaki itu berdiri.

"Bangun,"

"Sekarang ni. Aku nak kau minta maaf dekat dia. Kata dekat dia yang kau menyesal dengan apa yang kau cakap. Jangan cakap dekat aku, aku ni hanya abang dia je," kata Rayyan. Dia memeluk bahu Ammar memberi semangat supaya lelaki itu dapat memujuk Erlin.

Ingat senang ke nak pujuk gadis licik tu. Entah kemana minah tu hilang. Erlin tu bukan boleh , sekali dia hilang memang susah nak cari dia. Sebab apa ? Dia dah hack dekat satu dunia supaya tiada siapa dapat cari dia.

"Tapi , macam mana aku nak maafkan dia. Dia pun dah hilangkan diri. Dia kata dia taknak jumpa aku dah," kata Ammar. Air matanya yang hendak mengalir ditahan. Malu pulak nanti orang nampak dia menangis.

"Bagi hati dia tenang. Kita tak boleh paksa dia nanti dia lagi benci dekat kita. Tak apa lah, aku tahu Erlin tu macam mana. Dia akan jumpa kita juga nanti," pujuk Rayyan. Ye Erlin akan datang ke sini juga kerana gadis itu pasti akan mengambil tahu syarikat disini.

Ammar hanya mengangguk. Dia sudah tidak tahu lagi hendak berkata. Dia hanya berharap supaya gadis yang dicintainya selamat.

Jaga diri sayang. Kalau ada jodoh nanti kita jumpa.

 Kalau ada jodoh nanti kita jumpa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia Princess ©Where stories live. Discover now