"Ad, cepatlaa... Ish kau ni lambat la," kutuk Erlin. Tak menyabar betul. Adrean yang sedang mengunci kereta itu pantas pergi ke Erlin.
"Ye, ye. Sabarlah tempat tu kat depan kau je," Erlin tersengih. Dia tidak sabar hendak shopping. Lagi lagi makanan. Umm nyum. Dia diberitahu yang makanan di sini semua sedap sedap.
Erlin memeluk lengan Adrean erat. Takut hilang pula nanti. Dahla dia bawa duit sikit je tak pasal pasal merempat tepi jalan. Mereka berjalan masuk ke dalam Westfield World Trade Center. Adrean kata yang shopping mall ni salah satu shopping mall yang terkenal.
"Kau nak pergi mana dulu," tanya Adrean. Dia memandang Erlin yang setia memeluk lengannya. Dah macam pengantin baru yang pergi honeymoon.
Erlin mengetuk dagunya dengan jari telunjuk. Dia melihat sekeliling mall itu. Hm banyak butik yang menarik. Rambang mata dibuatnya.
"Hm, jom makan dulu nak tak?" tanya Erlin. Dia tersengih sedikit. Perut dah berbunyi bunyi meminta mengisi. Adrean tergelak. Punyalah lama dia fikir, makanan juga terlintas dalam otak dia.
"Yelah. Aku ada tahu satu tempat makan ni. Kawan aku cakap tempat tu makanan dia semua sedap sedap," ajak Adrean. Erlin tanpa banyak kata terus mengikut jejaka itu. Tidak kisahla kat mana pun janji dia dapat makan. Hehe tak sabar.
𖦹𖦹𖦹
Sekarang mereka berada di UNICLO. Erlin lihat banyak sweatshirt dan hoodie yang terjual di kedai itu. Erlin apa lagi, tanpa berkata terus dia menarik tangan Adrean masuk ke dalam kedai itu.
"Welcome Miss," kata pekerja itu. Dia menunduk sedikit tanda selamat datang. Erlin hanya senyum kepada gadis itu. Adrean hanya pasrah ditarik oleh gadis kesayangannya.
"Lawa kan sweatshirt ni Ad?" tanya Erlin. Dia sudah rambang mata melihat pelbagai koleksi sweatshirt tu. Lawanya!
Adrean hanya mengangguk. Dah berlambak aku rasa dia punya sweatshirt dalam almari tu. Lelaki itu menggeleng kepala melihat Erlin yang asyik memilih.
Lantak kaula Lin. Duit kau bukan duit aku.
"Kau tak muak ke Lin asyik beli sweatshirt. Cuba beli baju lain . Dress ke blouse ke," cadang Adrean. Dia sendiri hendak gelak jika melihat gadis itu memakai dress.
"Kau memang saja kan ? Dah tahu aku tak suka pakai dress lepastu yang kau cadang tu kenapa," marah Erlin. Dia melempar sweatshirt ke arah Adrean. Tepat tepat ke muka lelaki itu. Puas hati nya.
Adrean merengus. Cakap sikit je nak marah marah. Dia mengambil sweatshirt yang melekat di mukanya. Hm lawa juga. Dia mencari tempat untuk lelaki lalu pergi ke tempat terletak ya sweatshirt dan hoodie.
Beberapa jam berada di dalam kedai itu, akhirnya mereka berdua keluar dengan membawa barang yang dibeli mereka. Adrean yang tadinya pasrah turut membeli beberapa pakaian. Bukan sedikit tapi lebih banyak dari Erlin.
"Kau nak pergi mana pula lepas ni?" tanya Adrean. Dia melihat Erlin disebelahnya yang tidak memegang apa apa. Barang dia aku yang kena angkat. Nasib badan.
"Em.. tak ada lagi kot. Kita balik jelah. Aku dah mengantuk dah ni," jawab Erlin. Adrean mengangguk. Mereka berjalan pergi ke tempat parking.
Gedebuk.
Badak terjatuh menyembah bumi. Lalu mati.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...