"Perjanjian?" kata Erlin perlahan. Dia lihat lagi isi surat itu dengan teliti. Tiba tiba, dia teringat perbualannya dan anak buahnya tadi.
Flashback
Selepas mandi,Erlin baru teringat ayat Fatin.
"Betul ke Ammar tu ketua mafia?"bisiknya. Dia membuat keputusan untuk call anak buahnya yang namanya Rayyan.
Incoming call 'Rayyan BS'
"Hello bos,ada apa call ni"
"Eh salah ke aku call kau,"
"Takdela hehe ha kenapa boss,"
"Tolong aku cari maklumat pasal Tengku Ammar Khuzair,"
"Oh okay boss macam biasa malamni aku hantar,"
"Hm,okay cau"
Selepas itu,Erlin terus memakai baju dan bersiap untuk keluar.
End Flashbacks
Erlin tersentak apabila mendengar pintu kereta dibuka. Dia lihat Ammar mahu masuk ke dalam kereta. Cepat cepat Erlin menyorok kertas itu.
"Kau okay tak ni? Pucat je muka kau," tanya Ammar pelik. Dia melihat aircond sama ada buka atau tidak.
"Okay je. Cuma penat sikit tu yang muka pucat," jawab Erlin kekok. Sedaya upaya dia mengibaskan mukanya supaya pucat itu tidak kelihatan.
"Okay," kata Ammar. Dia tidak mengesyaki apa apa selain melihat muka Erlin yang pucat.
Erlin menghembus nafas lega senyap senyap. Dia melihat muka Ammar sebelum melihat luar. Suasana yang agak sunyi di kereta itu hampir membuatkan Erlin tertidur.
Ammar terpandang Erlin. "Kau nak tidur ke?" tanya lelaki itu.
"Bolehla. Tapi tak apa , aku nak teman kau," kata Erlin sambil tersenyum. Ammar tergelak.
"Tidurlah. Aku okay je drive seorang," kata Ammar lembut. Erlin perlahan lahan mengangguk lalu menyesuaikan dirinya sebelum tidur.
Ammar tersenyum melihat. Perlahan dia mengusap rambut gadis itu sebelum kembali focus memandu. Dia memperlahankan sedikit suhu aircond supaya gadis itu tidak sejuk.
𖦹𖦹𖦹
"Erlin...Erlin..." panggil Ammar. Dia membisik di tepi telinga gadis itu.
"Hm.. kita dah sampai ke," Erlin terjaga. Dia meregangkan sedikit badan bagi menghilangkan ngantuknya.
"Dah.Sekarang kita dekat Paradigm Mall," kata Ammar. Dia menutup enjin lalu keluar dan membuka pintu di tempat Erlin. Erlin melakarkan senyuman manisnya.
"Terima kasih,"
"Sama sama," Mereka berjalan seiringan masuk ke dalam mall itu. Erlin setia duduk di sebelah Ammar takut dia sesat. Ammar hanya membiarkan gadis itu menempel di sebelahnya.
"Kita nak singgah mana dulu?"tanya Erlin. Dia memandang Ammar yang tinggi itu. Dia terpaksa mendongak untuk melihat wajah lelaki itu.
"Kau nak apa? Aku belanja,"tawar Ammar.Ammar sudah biasa belanja perempuan shopping. Dekat Emy pun dah berapa ribu duit dia habis.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...