☾︎ B A B 5 0 ☽︎

4.6K 313 89
                                    

Ammar tiba di sebuah cafe yang agak sunyi. Mungkin disebabkan sudah malam jadi hanya beberapa sahaja yang masih keluar. Adrean masuk ke dalam cafe itu lalu melihat sekeliling.

Dia lihat ada beberapa lelaki sedang berbual di tepi cafe. Kebanyakannya yang dia lihat adalah lelaki. Adrean tidak berfikir negative kerana lelaki memang suka lepak tengah tengah malam.

'Mana pulak perempuan ni'

Tiba-tiba dia terdengar suara sumbang yang menjerit namanya. Adrean melihat di kawasan yang agak terpencil itu lalu berjalan pergi ke tempat dimana Emy berada.

"Sorry lambat,"

"It's okay, asalkan you datang sini," kata Emy gedik dengan senyuman gatalnya. Adrean hanya memandang kosong gadis itu. Dia ingat dia tergoda ke. Baik aku tengok Erlin, lagi aku tergoda.

"So , kau nak apa ni sampai suruh aku datang sini. Dekat handphone pun kau boleh bagitahu kan," ujar Ammar. Dahla tadi dia ternampak Erlin dengan lelaki lain lepastu minah tepung ni pulak call aku.

"I nak you kahwin dengan I," kata Emy ringkas.

"What?! Kau gila ke? Kenapa aku kena kahwin dengan kau," jerit Ammar. Dia tidak kisah sama ada orang di dalam cafe itu dengar atau tidak.

"Yes! I gilakan you! Kenapa you mesti suka dekat Erlin tu ha? Apa kurangnya I ni. Oh lupa, dia kan sundal mestilah dia goda you kan," perli Emy. Dia saja hendak melihat muka Ammar. Dia tahu Ammar akan melenting apabila seseorang bercakap buruk tentang Erlin.

"Jaga mulut kau Emy. Kalau tak disebabkan fitnah kau, orang lain tak akan anggap dia tu pelacur macam kau," Emy terdiam.

"Dahla tak ada apa apa kan? Aku balik dulu," kata Ammar. Dia hendak bangun dari kerusi itu tapi terdiam apabila dia berasa sesuatu yang lembut di lehernya seperti disuntik.

"Kau buat apa ha dekat aku?!"

"I nak you je. Salah ke hm," kata Emy. Dia berjalan ke Ammar lalu tangannya menari nari di dada lelaki itu. Ammar mahu menepis tetapi badannya lemah akibat suntikan.

Lama kelamaan mata Ammar menutup perlahan lahan. Emy tersenyum sinis. Akhirnya jatuh juga kau dekat tangan aku.

"Goodnight sayang,"

"Or should I call,"

"Knight,"

Akhirnya mata Ammar tutup. Emy tergelak sinis sebelum memanggil anak buahnya yang lain untuk mengangkat jejaka itu.

Nak tahu kenapa tidak kecoh? Sebab didalam cafe itu hanya ada mereka berdua dan anak buah Emy sahaja. Gadis itu menyuruh anak buahnya menyamar menjadi pelanggan dan pekerja di dalam cafe itu. Sebab itu Ammar tidak syak apa apa semasa dia masuk.

"Ikat dia. Jangan bagi dia terlepas. Aku taknak seorang pun sakitkan dia,"

"Baik miss,"

𖦹𖦹𖦹

Cahaya cerah menembusi tingkap. Ammar yang berasa silau itu terus membuka mata perlahan lahan.

"Erghh , aku dekat mana ni," kata Ammar perlahan. Tempat yang dia berada sekarang seperti bilik tidur seseorang. Bilik itu penuh dengan gambarnya sendiri.

Ammar hendak bangun tetapi pergerakannya terbantut apabila tangannya diikat di palang katil. Dia menggerakkan kakinya. Tidak boleh. Kini tangan dan kakinya diikat dengan ketat.

Sedang dia berusaha melonggarkan tali itu, dia terdengar tombol pintu dibuka. Pintu itu terbuka luas sehingga Ammar terpaksa menyepetkan matanya.

"Hai baby. Dah bangun ke," tanya Emy. Dia masuk ke dalam bilik itu dengan pakaian yang agak menonjol. Gadis itu sedang membawa makanan dan minuman. Dia pergi ke birai katil itu selepas meletakkan hidangan di atas meja.

"Kenapa aku boleh ada dekat sini. Mana Erlin? Kau buat apa ha dekat dia?!," jerkah Ammar. Emy tidak takut sebaliknya ketawa sinis. Dia naik ke mengusap rambut Ammar lembut.

"You tak tahu ke apa kita buat semalam," tanya Emy menggoda. Dia memegang dahu Ammar supaya lelaki itu melihatnya. Ammar berdecit. Dia menepis tangan yang berada di dagunya tetapi tidak boleh. Emy mencengkam dagu lelaki itu.

"Ki-kita buat apa,"

Emy hanya senyum. Senyum yang sangat bermakna. Ammar pucat. Oh tidak. Aku dirogol. Bukan lelaki okay. Aku dirogol oleh perempuan gila dihadapan aku.

Emy menggunting tali di tangan dan kaki lelaki itu. Ammar lega. Dia meregangkan tangan dan kakinya. Lenguh setelah sekian lama dia kena ikat. Dia membelek belek sedikit tangannya. Nasib baik tak lebam.

"You makan dulu. Esok kita kahwin," kata Emy selamba.

"W-WHAT?! KAHWIN? KAU GILA KE APA,"

"Yes! Aku gila. Aku gila sebab kau. Aku punyalah sayang dekat kau sampai sanggup fitnah orang. Erlin juga ek yang kau pilih. Apa kurangnya aku dengan perempuan sial tu!" jerkah Emy. Dia menarik narik rambutnya sendiri. Kelakuannya tidak ubah seperti orang gila.

Ammar hanya terdiam. Tidak sangka penangan dia membuatkan Emy menjadi begini. Dia rasa kasihan tapi dalam masa yang sama dia takut. Dia takut gadis itu akan membunuh sesiapa yang rapat dengannya.

Lagi lagi Erlin.

"Hei, Emy. Kita kahwin okay. Aku janji aku akan cuba untuk sayang kau," kata Ammar lembut. Dia memujuk gadis itu supaya tidak bertindak lebih teruk. Dia sanggup. Dia sanggup kahwin dengan Emy daripada melihat gadis itu membunuh Erlin.

Sorry Erlin. Aku terpaksa.

"Be-betul ke ni," tanya Emy ragu ragu. Dia takmahu lelaki itu kahwin dengannya kerana dipaksa.

"Ye betul sayang," jawab Ammar lembut. Dia mengusap pipi gadis itu supaya Emy berlembut dengannya. Emy terus memeluk lelaki itu erat. Dia gembira yang akhirnya impiannya tercapai.

Ammar dengan muka yang terpaksa memeluk Emy. Dia menyorokkan riak mukanya. Takut gadis itu mengamuk tiba tiba. Dia menggosok belakang gadis itu.

"Okay! Kalau macam tu esok kita cari baju nikah tau sayang!" kata Emy girang. Ammar hanya mengangguk dengan senyuman tipisnya. Dia hanya mengikut permintaan gadis itu.

"Dah jom tidur. Kata nak cari baju nikah esok," kata Ammar perlahan. Ammar menggosok kepala Emy. Emy senyum melihat perbuatan lelaki impiannya.

"Okaylah. I tidur bilik I tau. Taknaklah tidur dengan you, nanti tak special first night kita," kata Emy gedik. Dia mengenyit mata kepada Ammar sebelum keluar dari bilik itu.

Ammar dengan terpaksa mengukirkan senyuman. Selepas dia rasa pintu itu tutup sepenuhnya, dia mengeluh kuat sebelum baring di atas katil.

"Huh, yaAllah betul ke keputusan aku ni," Ammar meletak kedua tapak tangan di mukanya. Dia buntu sekarang. Rasa hendak jerit tapi takut Emy masuk pula. Tiba-tiba dia teringat Erlin.

"Kenapa kau ingat dia Uzair. Dia dah bahagia dengan lelaki pilihan dia," keluh Ammar.

Dia rasa..

Dia perlu moveon dari Erlin dan ..

Cari kebahagiaan dengan Emy, bakal isterinya.

Cari kebahagiaan dengan Emy, bakal isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia Princess ©Where stories live. Discover now