"Ehem,lin pergi mana tadi?"tanya Eric.Erlin yang baru hendak masuk kedalam rumah terkedu dengan soalan abangnya.
"Sorry. Lin lupa nak bagitahu yang Erlin keluar dengan kawan tadi," kata Erlin dengan berhati-hati.Sedingin dingin Erlin,dingin lagi abangnya itu.
"Con chi è uscita Lin?Da uomo a donna?(Lin keluar dengan siapa ?Lelaki ke perempuan ?),"tanya Eric dengan muka tegang. Lin menelan air liurnya. Kalau dah cakap bahasa asing ni memang kena serious kalau tidak. Inallilah.
"Lin è uscito con Ammar perché ha detto che voleva far conoscere Lin alla zona(Lin keluar dengan Ammar sebab dia kata dia nak kenalkan dekat Lin tentang kawasan ni),"terang Erlin.
"Ammar ? Siapa tu," tanya Eric pelik. Tidak pernah gadis ini keluar dengan lelaki selain mereka dan anak buahnya.
"Kawan sekolah,"
"Haih yelah lain kali bagitahu abang okay. Kesian dekat diaorang tu risau sebab baby diaorang tak balik lagi,"katanya yang membuatkan nafas Erlin yang tadinya pendek terus baik.Erlin diam mendengar ayat abangnya.
Erlin terus meminta maaf kepada Eric dan terus menaiki lif pergi ke biliknya. Fikirnya tadi hendak mandi dahulu sebelum tidur tetapi disebabkan letih sangat, Erlin terlelap lalu terus tidur tanpa mandi.
𖦹𖦹𖦹
Hari ini Erlin tidak dapat bersekolah kerana ada sedikit masalah di syarikat mereka. Dia terpaksa pergi ke bangunan syarikat itu untuk menyelesaikan masalah.
"Good morning,"kata Erlin dari lif villa mereka. Dia menyapa Erlin dan Erlen yang sedang menyiapkan sarapan. Atau lebih tepat makan.
"Good morning baby," kata dua lelaki itu serentak.
"Baby,kau pergi mana semalam?"tanya Erlick yang duduk di hadapan Erlin.Eric awal awal sudah pergi ke office sebab ada masalah yang tertentu.
"Semalam aku pergi jalan jalan dengan kawan akudekat paradigm mall. Sorry tak bagitahu yang aku tak ada dekat rumah,"kata Erlin sambil mengambil nasi goreng yang dimasak oleh Eric.
Dalam kalangan adik beradik tu,hanya Eric dan Erlin sahaja yang pandai memasak.Yang dua ekor tu asyik asyik main game je mana tak malas.
Meja makan itu sunyi disebabkan masing masing khusyuk makan. Erlin memecahkan kesunyian dengan memberitahu sesuatu. "Aku jumpa Dark Knight semalam. Dia pergi jumpa Eagle,"
Terhenti suapan Erlin.Erlin termenung sebentar memikir. Tiba-tiba baru sahaja dia teringat tentang kertas yang jatuh dari kereta Ammar semalam.
"Semalam anak buah aku jumpa mereka dekat tepi lorong. Aku tak sure apa tujuan diaorang berjumpa," terang Erlen. Erlin mengangguk. Dia sambung makan tetapi fikirannya masih berfikir tentang kedua kumpulan itu.
Erlick hanya diam mendengar ayat adiknya. Dia malas mahu masuk campur tentang kumpulan itu kerana Eagle sangat licik. Sudah berapa kali Eagle boleh terlepas dari polis.
Erlin baru tersedar apabila melihat dua lelaki itu memakai baju sekolah terus berkata kepada Erlick. "Oh aku lupa sesuatu. Dianz, aku tak datang sekolah hari ini. Ada masalah dekat syarikat,"
"Masalah? Kenapa tak suruh abang Eric yang handle?" tanya Erlen pelik. Kalau suruh Erlin ni maksudnya masalah tu sangat susah. Kerana mereka semua hanya memanggil Erlin jika masalah itu sangat serious.
"Oh okay,"kata Erlick sepatah.Erlin yang sudah agak jawapannya terus giveup untuk bercakap dengan Erlick. Bila sudah jumpa makanan, terus tak ingat orang. Dia yang perempuan pun tidak sebegitu.
Erlin bangun untuk membasuh pinggan mereka bertiga. Disebabkan mereka berdua itu sudah pergi ke sekolah, siapa lagi kalau bukan Erlin yang perlu kemas.
Semasa gadis itu membasuh pinggan, telefonnya berdering menandakan seseorang menelefonnya.
Rayyan(BS)
"Boss saya dah dapat maklumat pasal Tengku Ammar tu"
"Apa,"
"Tengku Ammar tu ketua mafia dalam kumpulan Dark Knight. Dia tidak ada musuh kecuali satu kumpulan ni. Tetapi nama kumpulan tu aku tak boleh hack,"
Erlin mengeluh. Susah sangat ke kumpulan tu sampai tidak boleh nak hack.
"Tak apa lah. Bila bila masa kalau kau dah boleh hack, bagitahu aku"
"Okay boss. Itu je aku nak cakap. Bye, jumpa dekat office kejap lagi,"
"Hm,"
Erlin cepat cepat membasuh pinggan. Walaupun hari ini bukan hari biasa dia datang bekerja, dia tetap perlu datang awal kerana bila bila masa mereka boleh bertukar masa. Itu tidak jadi masalah kerana Erlin sudah biasa dengan perangai mereka.
Erlin terus bersiap siap untuk pergi ke office.Dia akan memakai contact lens dan makeup yang sedikit tebal supaya orang lain tak dapat mengecam Erlin selain pekerja mereka.
Dia memakai baju yang bersesuaian,tudung shawl hitam dan kasut high heels berwarna hitam. Erlin sekarang tengah cuba memakai tudung , jadi dia akan pakai bila dia mahu.
Terus dia menyiapkan sentuhan terakhir apabila dia sudah rasa dirinya cantik lalu mengambil beg dan terus menekan butang lif.
Erlin lihat kawasan rumah sunyi kerana Erlick dan Erlen sudah pergi ke sekolah. Erlin terus memanas enjin kereta dan memecut meninggalkan rumah.
𖦹𖦹𖦹
Setelah satu jam menghadap jem,akhirnya Erlin sudah sampai ke depan office yang tertera nama Deanz Holding. Erlin memarkirkan keretanya jauh dari bangunan itu kerana pekerjanya tahu apa kereta yang dia bawa.
Erlin terus menyiapkan diri dahulu dan terus masuk ke dalam dengan gaya cool dan dingin.Dia berjalan dengan berhati hati supaya tidak terjatuh kerana hari ini dia pakai high heels.
Ada juga beberapa perasan dengan kedatangannya tetapi dia hanya membuat tak tahu. Kebanyakannya terkejut melihat Erlin datang ke pejabat kerana setahu mereka Erlin berada di France.
Perlahan lahan gadis itu masuk ke dalam. Dia mengesan kad VIP nya . Baru sahaja Erlin mahu melepasi diri dari tempat pengesan itu, dirinya ditahan dari pekerja di kaunter.
"Em sorry miss but you can't come in unless you make an appointment with the boss,"
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...