Erlin mengemas sedikit bajunya yang sedikit berkedut akibat kelam kabut menukar baju tadi. Dia melihat mukanya di cermin tandas bilik khasnya.
"Fuh harap haraplah tak kantoi,"
Erlin keluar dengan mukanya sedaya upaya nampak tenang. Dia pergi ke dewan dimana semua pelajar duduk. Dia masuk ke dalam lalu duduk di tengah tengah pelajar. Perbuatannya seolah olah seperti tidak tahu apa apa.
"Kau pergi mana tadi. Kenapa cikgu Haikal tarik kau," tanya Hanis dan Fatin serentak. Erlin yang baru duduk di sebelah mereka itu terkejut.
"Sabar boleh tak. Bagilah aku duduk dulu. Kau ingat aku ni artis ke," bebel Erlin. Hanis dan Fatin tersengih. Mereka menanti jawapan gadis itu dengan teruja. Apa yang nak teruja pun taktahu.
"Tadi cikgu Haikal panggil sebab dia nak aku tolong something. Tu yang lambat sikit," nafi Erlin.
"Ni kenapa semua orang duduk dewan ni. Ada apa apa ke," tanya Erlin polos. Mukanya seolah olah tidak mengerti kenapa mereka semua duduk disini.
"Taktahu. Cikgu kata dia nak ajak kita semua tengok wayang sampai balik," kata Hanis. Mereka seolah olah percaya bahawa sepupu mereka itu tidak mengetahui apa apa. Erlin menahan senyum dalam hati.
'Pandai juga aku berlakon. Nanti nak masuk audition la mana tau aku lepas. '
"Kan readers kan? Agak agak aku lepas tak masuk," Sempat Erlin bertanya kepada readers.
"Eh mestilah aku dapat. Aku ni dahla lawa, tinggi, comel. Fuh full package," kata Erlin. Hidungnya sudah kembang kempis.
"Erk Erlin," kata Fatin lalu menepuk bahu Erlin kuat.
"Opocot Yana Lawa,"
Hanis dan Fatin terus ketawa terbahak bahak. Hanis sampai terbaring gadis itu dibuatnya. Orang lain yang melihat mereka, mereka abaikan.
"Tu yang belakang sana tu. Kenapa gelak gelak tu macam kena rasuk tu. Ada Maharaja Lawak Mega ke dekat sini," kata Cikgu Fateh dengan lantang. Semua orang yang sibuk melihat cerita yang disiarkan itu serentak memandang mereka bertiga.
Fatin dan Hanis terus berhenti gelak mereka lalu kembali duduk dengan sopan. Erlin menjeling ke arah semua yang memandang mereka bertiga.
"Apa pandang pandang. Tak pernah nampak orang lawa gelak ke,"
Terus semua kembali memandang depan. Ada yang sudah tersengih sengih. Siapa lagi kalau bukan lelaki.
Bagi perempuan, ada yang insecure. Ada yang hanya buat taktahu dan ada yang menyampah dekat mereka bertiga.
Nak tahu siapa? Takyah bagitahu kauorang mesti dah agak siapa. Tu geng minah diva jalanan tu.
"Euw lawa apa nya kalau kerja ponteng kelas,"kata Emy gedik.
"Atleast aku ponteng ada sebab. Daripada kau ponteng, tengok tengok tengah buat zina dengan entah siapa dekat longkang besar tu. Patutlah hati busuk," Ha kau ambik. Berdas das Hanis berkata kepada Emy. Tengok gaya Hanis tadi macam dah lama tahan.
Pelajar disitu sudah bergosip tentang Emy dan gengnya. Masing masing sudah tidak focus dengan wayang di depan mereka. Muka Emy tidak payah cakap. Muka gadis itu sudah merah menahan marah dan malu.
Eh gadis ke tu ? Entah entah dah hilang dara. Doa yang baik baik.
𖦹𖦹𖦹
Krekk !
Pintu dewan terbuka luas. Mereka secara serentak memandang pintu dewan itu dituruti dengan cikgu cikgu yang berada di dalam dewan.
Terpampang badan Ammar, Adam dan Faliq. Bajunya kelihatan masih suci dan seragam seperti biasa. Mereka berjalan pergi ke arah pengetua.
"Ayahanda, kami dah settlekan hal tadi," kata Faliq sambil mengusap rambutnya kebelakang. Perempuan tidak usah cakap. Masing masing sudah cair dengan sikap lelaki itu.
Begitu juga dengan Fatin. Dia sudah menepuk nepuk bahu Hanis kuat sehingga gadis itu menolak kepala sepupunya.
"Kau apahal babi tepuk tepuk bahu aku. Pergilah tepuk dekat dinding belakang kau tu. Apa fungsi dinding tu," marah Hanis. Dia mengusap ngusap bahunya yang mungkin sudah kemerehan.
"Beb, sejak bila kau dah jadi monyet ni,"
Terus terhenti jeritan Fatin. Dia memandang tajam kepada Erlin sebelum lari ke arah gadis itu. Dia mencubit pinggang Erlin sehingga terbaring gadis itu di lantai dewan.
Nasib baik duduk dekat belakang. Kalau duduk dekat depan sekali memang malu mereka bertiga. Sanggup pakai mask sampai habis sekolah.
"Okay semua. Kamu boleh balik ke rumah sekarang. Hati hati semua jangan ada yang berseorangan. Bye assalamualaikum," kata Cikgu Fateh lalu turun dari pentas. Murid murid dan cikgu terus keluar dari dewan itu.
Tak sabar sabar nak tidur agaknya. Erlin, Hanis dan Fatin terus berdiri sambil menepuk debu debu di baju mereka. Nasib baik baju mereka bebas kalau tak habis kotor baju sekolah mereka.
"Bye beb. Kitaorang balik dulu. Malam nanti datang rumah aku tau!" jerit Hanis. Dia dan Fatin sudah jauh dari Erlin.
"Sorry weh! Aku pergi rumah mommy sekejap. Hehe dah lama tak pergi sana,"
"Oh okay. Kirim salam dekat mommy tau!" jerit Fatin pula. Erlin hanya menunjuk simbol 'okay' dengan jarinya. Dia mengambil telefon yang berada di lantai itu lalu meletakkan ke dalam poket.
Dia keluar dari dewan itu setelah dilihat hanya dia berseorangan di dalam dewan itu sekarang. Dia bergerak pergi ke keretanya. Gadis itu sempat menyanyi lagu sambil berjalan.
Suasana sekolah itu sunyi. Hanya kedengaran burung berbunyi dan angin yang bertiup kencang menyebabkan pintu tertutup tiba tiba.
Perjalanannya terhenti apabila dia merasakan seperti seseorang berhenti di hadapannya. Tanpa sempat gadis itu brek, mukanya sudah terhempap di dada lelaki itu.
"Aduh. Apa ni tak reti nak berhenti tepi jalan ke. Tengah jalan juga nak berhenti," bebel Erlin perlahan. Dia mengusap hidungnya yang sudah kemerahan.
Usapannya terhenti apabila dia merasakan seperti benda yang lembut menyapa hidungnya.
"Hai baby,"
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...