☾︎ B A B 3 ☽︎

8.6K 626 38
                                    

Erlin masuk seiringan dengan Erlick.Muka masing masing tiada senyuman. Erlin berdiri di hadapan kelas itu lalu memandang semua classmate barunya.

"Okay girl.Perkenalkan diri awak,"kata sir itu.Erlin melihat tag nama sir itu 'Sir Wafiq'.Erlin mengangguk kepala sebelum mula perkenalkan diri.Erlick sudah duduk di tempatnya.

"Nama aku Erlin Diyana.Asal dari Malaysia. Sekolah lama aku dekat France,"kata Erlin ringkas dengan muka yang dingin.Mukanya yang dingin itu membuatkan hampir semua budak kelas itu takut hendak bertanya.

Tiba-tiba seorang lelaki mengangkat tangan dengan teragak agak.Sir Wafiq mengangguk kepala.

"Yes, Afif"

"Err kenapa muka tak macam orang Malaysia,"tanya lelaki itu.Erlin lihat hampir semua tertunggu tunggu jawapannya.

"Kacukan,"kata Erlin sepatah.Dua orang yang berada di belakang sedang menahan ketawa.Siapa lagi kalau bukan sepupunya,Hanis dan Fatin.Mereka sudah agak dengan jawapan Erlin.

Erlin tak suka orang bertanya dia yang berkaitan dengan peribadi.Sebab itu dia hanya jawab sepatah.

Baru Erlin hendak pergi ke tempatnya,seorang
perempuan yang pakaiannya agak seksi mengangkat tangan.

"Yes Emy,"kata Sir Wafiq.

'Ni ke Emy yang semalam ni.Haih malangnya nasib aku,'getus Erlin.

"Macam mana you boleh masuk sekolah ni?Sekolah ni kan untuk yang ada pangkat je.I rasa tak layak untuk you,"kata Emy dengan riaknya. Budak kelas 5 Amareld membuat riak muka menyampah kepada gadis itu.

"Masakla kau Emy,"kata Erlick,Hanis dan Fatin serentak.

Erlin hanya tersengih sinis mendengar ayat Emy.Tak layak ? Dia memandang Emy atas bawah. Pakaian pun macam kain buruk ada hati nak kata tak layak.

"Like I care huh?"kata Erlin lalu tergelak sinis.Erlick,Hanis dan Fatin ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan gadis itu. Kan mereka sudah cakap.

Silap orang kau nak gaduh Emy.

"Bravo,"kata Erlick kuat.

"Okay Erlin.Awak boleh duduk di antara Hanis dan Fatin,"kata Sir Wafiq sambil menunjuk arah tempat duduknya.

Tanpa banyak cakap,Erlin terus pergi ke Hanis dan Fatin.

"Fuh mantapla Lin kena setepek,"kata Fatin sambil menepuk bahu Erlin.Erlin memandang kosong ke arah Fatin sebelum memandang Emy.

"BS,cari maklumat pasal Emy,"kata Erlin perlahan. Dia memakai earpiece jadi anak buahnya boleh dengar. 'Dia' yang mendengar itu terus mencari maklumat tentang orang yang dikatakan ketuanya.

𖦹𖦹𖦹

Sesi pembelajaran sudah bermula,tetapi Ammar baru sahaja masuk ke kelas.

"Hai Ammar.Lambat datang.Terbabas ke,"sindir Sir Wafiq kepada Ammar.Ammar hanya mengangguk kepala tanpa rasa ingin balas. Dia terus duduk di tempatnya.

"Weh mar,"kata Adam,kawan kepada Ammar.

"Apa"kata Ammar sepatah.Dia badmood sebab baru kena bebel dengan pengetua kerana datang lambat. Sudahla kena cuci tandas, kalau kena pusing padang tidak apa juga.

Mafia Princess ©Where stories live. Discover now