"Sayang...."
Erlin memandang suaminya. Dia lihat Ammar sedang mencekak pinggang dengan apron teddy bear itu.
"Kan abang dah cakap duduk bilik je. Kesian isteri abang ni penat," marah Ammar. Marah marah manja. Erlin tersengih.
"Alah, bukan Yana yang nak turun. Anak abang ni yang ajak jalan jalan," tipu Erlin.
Selepas tiga tahun mereka berkahwin, akhirnya mereka berdua bakal mendapat anak. Kini semua sudah kahwin kecuali Adrean. Kata lelaki itu dia hendak enjoy zaman mudanya. Lagipun jejaka itu tidak berapa minat dengan perempuan kecuali ibunya dan Erlin.
Ammar menggeleng kepala. Kesian anak mereka kena fitnah. Dia membawa Erlin perlahan lahan masuk ke dalam rumah.
"Nak makan apa apa tak? Kalau ada abang nak ambilkan," tanya Ammar selepas meletakkan Erlin di sofa. Dia duduk di sebelah Erlin lalu mengusap perut isterinya yang kian memboyot.
"Tak sabar nak tunggu awak keluar. Boleh main sama sama, kan baby," kata Ammar perlahan lalu mencium perut Erlin. Erlin tersenyum. Dia mengusap rambut suaminya . Dia suka Ammar manjakan dia.
"Yana mengidam durian la," kata Erlin tiba tiba. Ammar memandang Erlin. Dia mengangkat wanita itu duduk di atas riba nya. Sebelum sempat Erlin menepis, Ammar sudah memeluk kuat wanita itu.
"Eh abang! Yana berat la," kata Erlin. Dia mahu turun tetapi Ammar makin mengetatkan pelukannya. Erlin mencebik tidak puas hati. Ammar tergelak. Dia mencubit bibir Erlin.
"Cebik, cebik. Cium mulut tu nanti baru tahu," usik Ammar dengan senyuman nakalnya. Erlin mencubit bahu suaminya kuat sehingga jejaka itu terjerit.
"Sakitlah sayang!"
"Pervert," kata Erlin perlahan. Dia menyembamkan mukanya di dada Ammar. Sesekali dia mencium leher Ammar bertubi tubi.Ammar hanya membiarkan perbuatan isterinya itu. Dia mengusap pinggang Erlin kerana dia dapat tahu bahawa perempuan mengandung ini senang sakit pinggang.
"Sayang nak makan durian tu bila?" tanya Ammar setelah sekian lama mereka diam.
"Tak kisah pun," jawab Erlin. Ammar mengangguk. Nasib baik Erlin tidak mengamuk kerana masa dia lihat orang lain dahulu ada yang sampai merajuk sebulan kerana mereka tidak dapat makanan yang diaorang idamkan.
Ting ! Tong !
"Kejap je sayang. Abang nak jenguk," kata Ammar. Dia menurunkan Erlin dengan berhati hati. Selepas itu, dia membuka pintu rumah untuk melihat gerangan yang datang.
"Baa !" jerit Adam dan Faliq. Mereka menjerit betul betul di hadapan muka kawan karib mereka itu.
"Mak kau hijau!" latah Ammar. Dia memandang tajam rakan-rakannya itu. Kurang asam punya kawan. Tak pasal pasal dia yang macho ini melatah macam makcik makcik.
"Kauorang dua sahaja ke yang datang? Mana isteri kauorang," tanya Ammar.
"Gila tak bawa diaorang. Tak silap mereka yang datang dulu dari kami. Biasalah tak sabar nak jumpa mak buying tu," kata Adam. Hanis dan Fatin di belakang mereka berdua itu hanya tersengih kekok.
Adam dan Hanis sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Faliq dan Fatin pula baru berkahwin bulan lepas. Selepas Erlin dapat tahu bahawa sepupu mereka bakal kahwin dengan dua kawan suaminya itu, terus wanita itu gelak dengan kuat.
Siapa sangka daripada crush rupanya adalah jodoh kita sendiri.
Hanis dan Fatin terus masuk ke dalam rumah tanpa sempat Ammar menjemput. Suami mereka hanya menggeleng kepala lalu masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...