☾︎ B A B 4 5 ☽︎

4.2K 350 26
                                    

Kringg !!

Cikgu yang sedang mengajar itu akhirnya terhenti. Dia mengemas barangnya di atas meja guru itu.

"Okay kelas masa sudah tamat. Awak semua boleh keluar rehat," kata cikgu itu. Belum sempat Hariz hendak memberi salam, cikgu itu sudah keluar.

Berpusu pusu budak kelas itu keluar dari kelas. Lapar mungkin. Ammar dan geng nya juga sudah keluar dari kelas itu. Hari ini seharian jejaka itu tidak menegur Erlin.

"Hm mesti dia tak tegur aku sebab kes aku dengan Rayyan... Lantakla aku malas nak beria," kata Erlin perlahan. Dia mana pernah memujuk orang. Last dia pujuk orang pun dengan 'seseorang' .

"Lin, kau pergi dekat tempat biasa ke," tanya Hanis yang sudah siap mengemas barang di atas meja gadis itu.

"Hm yelah kot. Tak apa lah nanti aku suruh Amir belikan untuk aku," kata Erlin. Dia menyebut salah seorang anak buahnya. Hanya Amir yang sanggup belikan dia sesuatu.

Nak suruh monyet tiga ekor dekat belakang tu? Sampai kiamat kau tercongok tunggu makanan kau sampai.

"Hm okay lah macamtu. Aku dengan Fatin nak singgah Mcd sekejap. Kalau nak apa apa call aku atau Fatin," kata Hanis. Ayat 'Mcd' itu diperlahankan.

Bukan dia takut shopping mall itu kantoi. Tetapi mereka takut orang lain menyuruh mereka belikan.

Erlin hanya mengangguk. Dia terus keluar dari kelas itu lalu bergerak menuju ke rooftop. Salah satu tempat yang dia akan pergi waktu dia cari ketenangan.

Erlin sempat menelefon Amir suruh membelinya air Caramel Macchiato. Dia duduk lalu melihat langit yang berwarna oren kekuningan.

"Puteri Mahkota Erlin Diyana,"

Erlin membuka matanya. Dia seakan digam. Erlin dengan penuh kekuatan melihat belakangnya.

Dilihat Ammar dengan muka yang dingin sedang memandang gadis itu. Erlin seakan takut takut untuk melihatnya.

'Dah kenapa aku takut dengan mamat ni,'

"Aku panggil kau kan. Kenapa tak menyahut," kata Ammar. Dia pergi ke arah gadis itu lalu menekan dagu Erlin memandangnya. Ammar memandang Erlin dengan penuh kemarahan.

"Erk, ke..ken..kenapa," Tergagap gagap Erlin dibuatnya. Gadis itu mencari keberanian untuk memandang jejaka itu.

Cup !

Erlin terbuntang matanya. Dia menepuk nepuk bahu Ammar. Gila mamat ni. Kahwin dulu woi!

"Hm..hm!" Ammar melepaskan ciuman mereka. Dia mengelap sedikit air liur di tepi bibir gadis itu sebelum memeluk pinggang Erlin.

Erlin geram. Dahla cium orang suka hati lepastu buat muka tak bersalah.

"Eii lepas lepas! Dahla suka hati je cium aku," kata Erlin geram. Dia meleraikan pelukan lelaki itu tetapi tidak boleh. Ammar makin mengetatkan sehingga muka Erlin tersembam di dadanya.

"Suka hati aku lah. Nanti bibir kau tu jadi hak aku juga," kata Ammar selamba. Erlin terus mencubit pinggang lelaki itu. Cuba kalau cakap tu jangan selamba sangat.

"Auch apa ni Lin. Sakitlah pinggang aku," kata Ammar. Dia mengusap tepi pinggangnya. Boleh tercabut kulit dengan cubitan berbisa Erlin ni.

"Engkau la . Suka hati je cakap macam tu. Mana kau tahu aku ni jodoh kau,"

"Alaa. Jodoh tak kemana,"

Erlin malas mahu melayan lalu meleraikan pelukan mereka sekali lagi. Kali ini Ammar melepaskannya. Erlin melihat sebentar di kawasan depan mereka sama ada Amir sudah datang atau belum.

"Kau buat apa dekat sini. Mana kau tahu aku dekat sini," tanya Erlin bertubi tubi selepas mereka menyelesakan kedudukan.

"Kau hak aku. Mestilah aku tahu kau dekat mana," kata Ammar selamba. Erlin berdecit.

"Kenapa ? Rayyan nak datang sini ke? Nak buat zina lagi dekat sini," perli Ammar dengan senyuman sinisnya. Erlin tersentak lalu memandang Ammar. Mata gadis itu hampir bertukar tetapi dia bersabar.

"Siapa kata aku buat zina dengan dia,"

"Aik marah ke kak? Tulah lain kali kalau nak buat zina jangan buat dekat public. Lain kali buat dekat hotel. Baru syok," kata Ammar. Dia tidak sedar bahawa Erlin sudah menjadi orang lain.

"Kau siapa nak kata macam tu. Mana kau tahu aku buat zina,"

"Perempuan macam kau ni aku dah kenal la. Sundal. Peluk lelaki sana sini. Entah ada dara ke-"

Pap!

Percakapan Ammar terhenti. Terteleng kepala jejaka itu disebabkan tamparan Erlin. Dia lihat dada Erlin turun naik melepaskan geramnya.

"Lain kali selidik. Kata ketua mafia tapi otak bodoh. Eh mana kau tahu aku ni sundal. Yang sundal ni lah kau cium tadi. Yang sundal ni lah kau cakap 'sayang'" luah Erlin dengan suara yang agak kuat tapi ditahan. Air matanya ditahan sebelum keluar.

Amir yang baru sampai di rooftop itu terhenti apabila melihat keadaan Erlin dan Ammar. Ni dah kenapa. Tengah buat drama ke.

Amir membuatkan keputusan untuk turun dahulu. Kang tak pasal pasal pipi aku pula yang kena.

Ammar terdiam. Sejujurnya dia terasa dengan kata Erlin. Disebabkan egonya , dia terpaksa berkata Erlin begitu.

Erlin bangun. Dia mengelap air matanya yang sudah jatuh dari empangan. Dia menarik nafas sebentar sebelum bercakap.

"Mula hari ini. Aku dah taknak jumpa muka kau. Kau buat la macam mana pun. Kita tak akan berjumpa,"

"Kalau kita ada jodoh, aku tahu kita tetap akan berjumpa walaupun hati aku masih tak maafkan kau," kata Erlin lalu terus pergi meninggalkan Ammar yang masih tidak bergerak dari tempatnya.

Dia pergi ke bilik khasnya lalu menyuruh anak buahnya mengambil beg dan segala barang keperluannya di kelas. Dia tekad untuk tidak lagi datang ke sekolah.

Dia akan pergi. Pergi jauh dari Tengku Ammar Khuzair.

 Pergi jauh dari Tengku Ammar Khuzair

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia Princess ©Where stories live. Discover now