"Bos, kita dah sampai,"
Lamunan Ammar terhenti. Dia bangun lalu turun dari private jetnya. Bagasi diambil dari anak buahnya. Dia berjalan masuk ke dalam airport dengan anak buahnya di belakang.
'Tunggu Uzair, sayang'
"Alex dekat mana sekarang," tanya Ammar kepada salah seorang anak buahnya. Faiq tersentak lalu melihat perbualannya dengan Alex di telefon.
"Dia kata lagi 5 minit dah nak sampai," Ammar mengangguk. Dia hanya setia menunggu di depan pintu airport. Pandangan orang ramai dia endahkan.
"Sorry boss, there was a traffic jam when I was on my way here," kata Alex. Dia menunduk sedikit apabila dia berdiri di hadapan ketuanya.
"It's fine. We have just arrived here," kata Ammar. Dia malas hendak bercakap sebenarnya. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan gadis kesayangannya itu.
"We return to headquarters,"
Alex mengangguk. Dia segera memandu dengan cepat. Mereka semua sudah biasa dengan keadaan ni.
Keadaan di kereta itu senyap. Nak bising tetapi bila lihat muka ketua mereka yang ketat itu terus tidak jadi. Silap silap kena pancung kepala dekat dalam kereta ni.
𖦹𖦹𖦹
"Adrean..."
Adrean yang sedang sibuk menembak di bilik latihan itu terhenti. Dia melihat Erlin yang duduk di sofa itu. Dia meletakkan pistol di atas meja yang berdekatan itu lalu pergi ke gadis itu.
"Yes baby. What do you want," tanya Adrean dengan lembut. Dia duduk disebelah Erlin. Erlin tersenyum. Gadis itu mendekatkan dirinya dengan diri lelaki itu.
"Can we go out? I'm tired of sitting in this house," pujuk Erlin. Eleh dah kau duk berkurung dalam bilik tu mana tak penat. Adrean tergelak. Haih comel betul budak ni.
Kalau boleh kahwin, dah lama dia ajak gadis itu kahwin.
"Yes. When do you want to go out? This night or now?" tanya Adrean. Dia malas hendak pergi sekarang. Badannya sudah melekit dengan peluh.
"Hmm... pergi malam jelah. Best sikit, boleh jalan jalan dekat pantai," kata Erlin gembira. Dia tidak sabar hendak keluar. Dah lama dia tak datang sini. Kali terakhir dia datang pun waktu 5 tahun.
"Yelah. Dah pergi siap siap. Lepas solat maghrib baru gerak, okay"
"Okayy!" kata Erlin. Dia menunjuk simbol 'okay' kepada lelaki itu. Adrean menggeleng. Apa apa jelah Erlin oi.
𖦹𖦹𖦹
Hari sudah malam. Ammar dilihat sedang bersiap siap. Dia hendak pergi ke pusat beli belah yang berdekatan. Nak beli barang keperluan. Dia datang sini pun hanya membawa handphone dan wallet.
Excited punya pasal.
"Alex, bawa aku pergi Westfield. Aku nak beli barang sekejap," Alex mengangguk. Dia terus masuk ke dalam kereta diikuti dengan Ammar. Ammar hanya memakai hoodie hitam dan seluar slack berwarna hitam.
Harap harapla orang nampak dia.
Selepas beberapa minit memandu, akhirnya mereka sudah tiba di Westfield World Trade Center, salah satu shopping mall yang terkenal di New York.
"Boss nak saya ikut ke atau stay sini," tanya Alex. Ammar berfikir sebentar. Hm nak suruh dia ikut ke taknak.
"Hm, takpelah. Kau stay je sini, kalau ada apa apa baru aku call kau,"
"Baik boss"
Ammar masuk ke dalam shopping mall itu. Dia memakai kaca hitamnya supaya tiada siapa kenal lelaki itu. Siapa je tak kenal anak kepada salah satu usahawan yang berjaya.
"Okay, so first kita cari baju dulu" kata Ammar. Dia mencari cari kedai yang dijual baju. Tetapi mamat ni cerewet. Dia mencari sehinggalah dia terjumpa kedai yang menarik perhatiaannya.
𖦹𖦹𖦹
"Faster Erlin! I count from three. If you doesn't come down, Ad won't want to go with you," jerit Adrean. Haih perempuan perempuan. Tak sah kalau tak lambat. Entah apa yang dibeleknya pun tak tahu lah.
"Sabarlah ishh. Ingat senang ke nak pilih baju mana nak pakai. Dahla semua lawa lawa. Sayang aku nak pakai," ngadu Erlin. Dia geram apabila dia membuka drawer bajunya. Dilihat banyak sweatshirt yang limited edition.
"Apa susah. Pakai jela baju kelawar yang mama pakai tu. Baru fashion sikit. Nanti bila kau datang sana, confirm orang yang lalu lalang pandang kau. Fuh," sindir Adrean. Sempat dia menunjuk ke arah Puan Farda yang sedang menonton televisyen dengan baju kelawarnya.
"Ingat kelakar ke Ad,"
"Oh tak kelakar eh. Ala kau ni mana faham joke orang lelaki. Kan ha..ha..ha," Adrean membuat ketawa yang dibuat buatnya. Nampak sangat dia punya fake tu. Tahan malu. Sampai hati dia kata joke aku tak lawak.
"Oh kena gelak lah ni. HAHAHAAH WEH LAWAK SIOT AD HAHAHAHHA SENAK PERUT AKU," kata Erlin. Dia ketawa dengan kuat sambil memegang perut. Acah acah seperti orang yang nazak akibat ketawa sehingga senak perut.
Adrean mencebik. Kurang ajar. Dia boleh perliawak aku. Tak apa, tak apa. Tunggu dia buat lawak nanti. Aku kutuk lawak kau habis habisan.
"Oi dah dah lah tu ketawa macam beruk kena sawan babi. Cepat naik kereta. Aku tinggal kau karang , menangis nanti," ugut Adrean. Gaya lelaki itu seperti badmood.
Erlin ketawa melihat muka Adrean. Padan muka , nak sangat aku gelak kan. Ha badmood kau sekali aku sindir. Siapa suruh cari pasal dengan aku.
"Elelele. Merajuk ke tuu," Erlin menggaru garu dagu Adrean seperti kucing. Adrean menepis kuat. Ingat aku terpedaya. Nyeh. Ni Adrean okay.
"Ad palau aku ke? Hm.. yelah aku ni siapa je kan. Setakat pengemis tepi jalan, habistu kau kutip aku. Tsk..tskk.. Aku bagitau mama yang kau merajuk ngan aku. Tsk..tsk.." kata Erlin dengan suara yang sudah serak menahan nangis. Dalam hati dia memuji diri sendiri. Hebat lakonan kau Lin. Tengok mamat tu dah gelabah.
"Eh , eh janganlah nangis Lin. Alaa aku gurau je. Tak payahla sampai nangis nangis," pujuk Adrean. Dia sanggup berhentikan keretanya di tepi jalan untuk memujuk gadis itu. Kang kalau dia report betul betul dekat Puan Farda. Nayaa.
Erlin mengesat air mata tiruannya. Dia menghamburkan gelaknya setelah beberapa minit memendam. Lawak dia lihat apabila Adrean yang sudah mati kutu mahu memujuk Erlin.
"Dah jalan. Kalau macam ni sampai esok baru sampai shopping mall tu," kata Erlin. Dia menyudahkan gelaknya dengan beristighfar.
Kereta itu akhirnya bergerak membelok jalan lalu pergi menuju ke tempat yang dicadang mereka berdua.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Acción☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...