"Kringggg... Kringgg"
Suasana rumah tersebut yang sunyi terus menjadi bising apabila bunyi alarm kedengaran.
Erlin bangun dari tidurnya. Dia menutup alarm di telefonnya yang dari tadi berbunyi membuatkan Erlin rimas."Huargh ngantuknya,"kata Erlin sambil menguap.Dia termenung sebentar sebelum berdiri untuk mandi.
Selepas menyegarkan badan,dia melihat sebentar jam di dinding biliknya.Dia yang baru hendak pergi ke bilik pakaian melihat balik jam itu sebelum membuntangkan mata.
"Shit!Dah pukul 7:30?! Kenapa diaorang tak kejut aku," kata Erlin lalu dengan gelabah dia terus mengambil baju yang sempat di iron semalam dan memakainya.
Kemudian,dia menyikat sedikit rambut dan menyembur minyak wangi.Dia terus mengambil phone,powerbank dan beg yang terletak di atas meja lalu membuka pintu dengan kelam kabut.
"Ish abang aku ni bukan nak kejut,"rungut Erlin.Dia terus pergi ke ruang tamu menggunakan tangga.Lambat lagi nak turun kalau naik lif.
Dia melihat persekitaran villa itu.Sunyi.Sah diaorang tinggal aku.Tunggu korang nanti.
"Bye,maksom!Lin pergi dulu,"jerit Lin kepada maksom, bibik mereka.Maksom sudah lama berkhidmat dengan keluarga mereka.Sebab itu mereka rapat dengan maksom.
Maksom yang sedang mengemas dapur itu terkejut dengan jeritan Erlin.
"Yelah!Elok elok kat sekolah nanti,"jerit maksom kepada Erlin.Erlin hanya menunjuk tangan simbol 'okay' kepada maksom.
"Haih tak berubah.Selalu kelam kabut,"kata maksom sambil menggeleng kepala.
Erlin terus pergi ke keretanya lalu memanaskan enjin.
"Alaa rilek la Lin kau tu budak baru kut.Takkanla kena tulis nama,"kata Erlin positif.
Dia membaca doa kemudian mula memandu dengan agak laju.Bukan Erlin kalau tak bawak laju.
𖦹𖦹𖦹
"Aduh kenapa jem ni. Lambatla aku macamni.Dahla harini ada perhimpunan,"kata Ammar sambil mengetuk ngetuk sterengnya.
Dia menyanyi lagu kegemarannya bagi menghilangkan kebosanan menunggu jem.Sedang asyik dia menyanyi,tibatiba kedengaran bunyi ekzos yang agak kuat di sebelahnya.
"Uish kereta mahal tho!Mesti dia kaya en.Huhu bilalah aku nak pakai kereta mahal macam mamat ni,"kata Ammar yang asyik memandang kereta di sebelahnya.
Tanpa disedari Ammar,jem sudah reda.Kereta yang berada di belakangnya sudah hon berkali kali sehingga Ammar sedar.
"Oh jem dah reda ke.Buat malu aku je,"kata Ammar lalu terus bergerak pergi ke sekolah.
𖦹𖦹𖦹
Erlin sudah tiba di sekolah barunya.Dia lihat kembarnya itu sedang menunggu di depan parkingnya.
Orang orang yang tertentu sahaja akan ada parkingnya sendiri.Walaupun Erlin budak baru,tetapi disebabkan sekolah ni sekolah grandpanya jadi dia ada parkingnya sendiri.
Erlin terus memarking keretanya sambil menjeling tajam kepada Erlick.Erlick hanya membuat muka tanpa rasa bersalah.
Erlin terus keluar dari keretanya lalu pergi ke Erlick.Dia menumbuk perut Erlick untuk melepaskan geram.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...