☾︎ B A B 4 4 ☽︎

4K 328 40
                                    

Erlin keluar dari keretanya. Dia mengunci kereta itu sebelum masuk ke dalam perkarangan sekolah. Huh malasnya nak hadap sains hari ni. Gadis itu jalan dengan malas malas.

Orang ramai melihatnya. Ada yang berbisik bisik, ada yang membuat mimik muka menyampah apabila Erlin lalu dihadapan mereka. Erlin hanya mengabaikan mereka. Dah biasa kena macam ni.

Dia hanya jalan seperti tiada apa apa yang berlaku. Erlin masuk ke dalam kelasnya dengan lagak biasa. Suasana di dalam kelas itu sedikit sunyi daripada yang tadi.

"Weh Lin, nak dengar gosip tak," Belum sempat Erlin duduk di tempatnya, Hanis dan Fatin sudah bertanya macam macam kepada sepupu mereka. Suara Hanis yang kuat itu membuatkan hampir satu kelas memandang mereka bertiga.

"Kau tau kan aku tak main gosip gosip ni," kata Erlin malas. Dia bukan penggemar gosip gosip ni. Katanya hanya buang masa. Bukan dia boleh tolong pun. Lain kalau si Hanis dengan Fatin ni, pantang dengar gosip terus heboh.

"Yang ni rare punya wehh,"

"Apa dia,"

"Satu sekolah kecoh pasal kau dengan Rayyan tau," kata Fatin dengan perlahan. Mereka tidak suka orang tahu tentang hubungan mereka.

"Aku dengan Rayyan? Pasal apa?"

"Semalam kau dengan Rayyan pergi mana?" tanya Hanis. Lagaknya sudah seperti polis yang mahu menyiasat pesalah. Dia menyelesakan kedudukannya.

"Aku dengan dia pergi Seoul Garden," kata Erlin. Walaupun dia tidak faham dengan apa yang berlaku, tetapi dia tetap menjawab soalan sepupunya.

"Seoul Garden yang baru tu ke?! Lawa tak tempat dia weh," tanya Fatin tiba tiba. Dia menggoncang goncang lengan si Erlin.

Erlin terkejut dengan sergahan sepupunya itu. Nasib baik tak melatah.

"Cantik. Rugi kau tak pergi,"

"Eh Fatin kau blah sana boleh tak. Tak nampak aku tengah serious ni," marah Hanis. Orang baru nak feeling feeling jadi penyiasat ada pulak langau kacau.

Fatin mencebik lalu menjeling tajam. Dia terus diam sambil menyilangkan tangannya. Kau tunggu nanti aku pergi aku taknak ajak Hanis.

"Okay serious balik. Kauorang buat apa dekat situ,"

"Aku-"

"Bangunn ! Selamat pagi cikgu," laung Hariz. Semua murid di dalam kelas itu serentak pergi ke tempat masing masing. Mereka berdiri lalu memberi salam kepada guru.

"Selamat pagi. Kamu semua boleh duduk," kata cikgu itu. Cikgu itu kemudian keluar lalu memanggil seseorang. Budak baru mungkin. Kemudian cikgu diikuti dengan orang yang tidak dikenali mereka masuk ke dalam kelas.

Murid murid kelas 5 Amareld ternganga mulut mereka. Serentak semua memandang hadapan termasuk lah Ammar and the geng. Hanya Erlin yang tidak memandang hadapan sebaliknya termenung memandang tingkap.

"Saya kenalkan murid baru kita,"

"Aku Rayyan,"

"Aku Luth,"

"Aku Amri,"

Bingit kelas itu dibuatnya apabila secara tiba tiba budak perempuan di kelas itu menjerit kecuali sepupu bertiga tu. Buat apa nak jerit. Muak asyik tengok muka mereka.

Ammar hanya memandang kosong kepada Rayyan. Hatinya masih marah akibat berita yang baru ditular itu.

"Lekla Ammar. Mana tahu diaorang tak sengaja ke," kata Adam. Dia menepuk sedikit bahu Ammar. Bukan dia taktahu tentang berita Erlin itu. Tetapi dia percaya bahawa mungkin ada sesuatu antara mereka.

"Tapi perlu ke sampai nak datang rumah. Aku tengok Erlin tu pun main suka je nak peluk peluk," kata Ammar dingin. Dia rasa menyesal mengikut cakap Adam untuk mengikut gadis itu. Tetapi dalam masa yang sama dia bersyukur kerana dia tahu Erlin di belakangnya.

'Kau tunggu Erlin. Kau tak kenal lagi aku siapa,' kata Ammar dalam hati. Dia tersenyum sinis dalam diam.

"Awak bertiga boleh duduk belakang sana. Hanis angkat tangan," Hanis yang sedang main handphonenya itu terkejut lalu mengangkat tangan walaupun dia taktahu mengapa dia mengangkat tangan.

Rayyan, Luth dan Amri pergi ke belakang tanpa melihat budak perempuan yang tidak henti henti tersengih kepada mereka.

"Okay guys. Buka buku teks muka surat blablabla..." Cikgu itu terus bercakap cakap di hadapan kelas. Erlin memusing belakang untuk mengambil ipad di dalam beg nya. Secara tiba tiba dia terpandang jejaka di belakangnya.

"Rayyan?" kata Erlin terkejut. Bila masa pulak mamat ni masuk kelas aku. Dia melihat hadapan. Ramai murid perempuan tidak focus dengan bebelan cikgu sebaliknya memandang jejaka jejaka itu.

"Apa? Baru perasan ke aku masuk kelas,"

"Bila masa kau masuk ni,"

"Tulah kau. Orang sibuk perkenalkan diri kau pergi termenung," sindir Amri disebelah Rayyan. Eh mamat ni sibuk betul.

"Tu yang belakang sana tu. Sembang apa. Dah pandai sangat ke sampai rancak sembang," kata cikgu itu. Serentak semua murid memandang Rayyan, Amri dan Erlin. Tapi mereka kisah apa, sudah biasa dapat perhatian.

"Kami memang pandai cikgu. Kalau tak buat apa kami sembang," kata Amri selamba. Erlin dan Rayyan memandang hadapan seperti tiada apa apa yang berlaku.

Cikgu itu malas melayan kerenah Amri lalu terus mengajar seperti biasa. Gara gara murid di dalam kelas itu terkejut melihat Amri.

"Apa tengok tengok. Muka aku ni ada soalan addmath ke," kata Amri. Luth yang tidak tahan dengan mulut Amri yang sibuk bercakap itu terus meluku kepala Amri.

"Diam boleh tak. Bingit telinga aku dengar kau jerit jerit," Amri mencebik tidak puas hati lalu mendiamkan diri.

Emy sedari tadi hanya menjeling Erlin dengan rasa tidak puas hati. Ammar dia nak, budak baru tu pun dia nak. Emy terus membuat kerja yang diberi cikgu sambil memandang Erlin.

"Kau tunggu Erlin, kau tak kenal lagi aku siapa. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah," kata Emy perlahan.

Tetapi suara gadis yang perlahan itu cukup membuatkan seseorang mendengarnya. Manusia itu tersengih sinis dalam diam.

"Patron, soyez prudent. Je pense qu'Emy a un plan pour se débarrasser de toi (Boss, hati hati. Aku rasa Emy ada rancangan nak hapuskan kau)" kata manusia itu disebalik earpiece. Earpiece itu akan berhubung dengan Erlin pads setiap masa.

Erlin tersenyum tiba tiba. Nak hapuskan aku? Kau silap Emy. Kau silap main dengan api.

Adam secara tidak sengaja terpandang Erlin. Dia rasa pelik dengan senyuman gadis itu dan dalam masa yang sama dia seram. Adam terus menggosok gosok lengannya. Dah kenapa dia rasa seram sejuk ni.

"Kau kenapa dam. Demam ke," tanya Faliq.

"Tak ada apa apa. Aku saja gosok lengan aku," kata Adam sambil tersengih kekok. Dia terus membuat kerjanya. Seram woi tengok Erlin senyum macam tu. Lagi seram dari stor belakang tu.

Erlin tahu Adam memandangnya tadi. Dia juga tahu yang mereka mengikutnya balik ke rumah. Tetapi ini bukan masanya untuk dia beritahu dirinya yang sebenar. Biarlah masa yang menentukan.

 Biarlah masa yang menentukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia Princess ©Where stories live. Discover now