☾︎ B A B 3 0 ☽︎

5.1K 377 15
                                    

Kini mereka berempat sudah tiba di meja makan . Erlin tiba di meja makan sambil membawa lauk yang disuruh Datin Amirah tadi.Dia duduk di sebelah Ammar. Alyssa duduk di sebelah Datin Amirah yang bertentangan dengan mereka berdua .

"Kau pergi mana tadi .Kesian aku sorang sorang dekat sini," kata Ammar . Mengada betul bukannya orang tinggalkan dia sebulan pun .

"Buat apa nak kesian dekat kau ,tak ada masa," kata Erlin lalu meletakkan lauk di tengah tengah meja makan tersebut.

"Uzair,baca doa makan," Mereka semua menadah tangan sebelum Ammar memulakan bacaan doa . Mereka mengaminkan selepas habis membaca doa . Erlin meletakkan nasi di pinggan masing masing . Datin Amirah tersenyum dengan perilaku Erlin . 'Haih sejuk hati aku kalau Yana jadi menantu aku,' kata Datin Amirah dalam hati .

Lah menyempat .

Situasi di meja makan itu hanya senyap disebabkan tiada topik untuk dibualkan. Mereka hanya menikmati makanan sambil melihat sekeliling ruang di meja makan. "Yana lepasni nak pergi mana," Suara Datin Amirah memecahkan situasi yang senyap tadi . "Em maybe pergi balik rumah je kut sebab esok dah sekolah," kata Erlin dengan tenang . 

'Fuh nasib tak terlepas cakap nak pergi markas,' 

"Akak sekolah dekat mana," tanya Alyssa tiba-tiba . "Akak satu sekolah dengan abang awak," Alyssa mengangguk kepala . Ammar disebelah Erlin hanya memasang telinga . Malas nak ambil tahu . "Kau nak aku teman tak balik rumah kejap lagi?" tanya Ammar. "Tak apa aku dah biasa drive sendiri," terus Erlin berkata dengan cepat. Mampus kalau Ammar ikut . Tak pasal pasal kantoi macamtu je. 

"Oh okaylah kalau macam tu," Erlin terus mengeluh lega tetapi dalam hati sahaja takut lelaki itu mengesyak apa apa. Datin Amirah yang melihat mereka berdua dihadapannya tersenyum . 'Macam ada potensi je Erlin ni jadi menantu aku,' katanya dalam hati . Dia menyambung makan sambil tersenyum. 

𖦹𖦹𖦹

Selepas habis sesi makan, Erlin dan Alyssa membantu Datin Amirah mengemas meja makan. Ammar sudah berada di ruang tamu . Dia mengambil remote dan melihat siaran yang ada . Setelah dia rasa semua siaran bosan , dia mengambil handphone di pocketnya dan membuka aplikasi Instagram . 

Erlin mengambil handphone di meja makan sebelum pergi ke mereka bertiga yang sedang berborak di ruang tamu . "Bye mommy nanti kalau free Yana datang lagi," kata Erlin . Dia  mengambil tangan orang tua itu lalu mencium .

"Yelah nanti kalau ada masa mommy datang rumah kamu pula," kata Datin Amirah sambil tersenyum. Erlin sudah kelu mendengar ayat orang tua itu . 'Habislah kalau mommy datang. Dahla banyak pistol berselerak sepah pulak tu,' getus Erlin.

"Erk takpelah mommy rumah Erlin bersepah ," kata Erlin dengan sengihan kekoknya . "Lah kamu tak duduk dengan family ke," 

"Bukan cuma mama dengan papa duduk dekat Perancis sana," 

"Oh yeke , okaylah macamtu," Erlin tersenyum mendengar kata Datin Amirah . Fuh nasib dia tak tanya apa apa . "Okay lah mommy . Yana gerak dulu," Erlin melambai lambai tangan kepada mereka sebelum bergerak pergi ke keretanya. Dalam perjalanan hendak pergi ke kereta, Erlin terasa tangannya ditarik lalu badannya tersembam di dada seseorang . "Sampai hati kau kan tak ucap selamat tinggal pun dekat aku," Erlin melihat muka gerangan itu dan tersembullah wajah Ammar sambil muka yang merajuk mungkin . 

"Ish apa ni malulah kalau mommy tengok," Erlin melihat ruang tamu dimana Datin Amirah dan Alyssa berada . Dia lihat Datin Amirah sudah tersengih melihat mereka berdua . "Tengok tu mommy dah pandang kita," Erlin menyembam mukanya di dada Ammar . Ammar tergelak dengan perangai Erlin . Tak suka tapi sembam juga muka dia dekat dada aku . " Kesah apa aku," kata lelaki itu selamba. 

Erlin memukul dada Ammar . Geram dengan jawapan Ammar . Dia tak apalah hati beku . "Dahla malas layan kau baik aku balik," Erlin hendak melepaskan tangannya tapi tidak boleh apabila Ammar mengetatkan genggaman . Erlin mahu melawan tapi tidak boleh . Kuat betul mamat ni merah tangan aku . "Tengok tu nak pergi bukannya nak cakap dekat aku selamat tinggal," kata Ammar . 

"Yelah yelah . Bye bye Uzair yang hensem," 

"Dah lepas . Merah tangan aku, " kata Erlin selamba . Ammar mencebik tak puas hati . Ceit tak ikhlas rupanya . Dia melepaskan tangan Erlin sambil membuat muka merajuk . Erlin tergelak melihat muka lelaki di hadapannya . "Ni kenapa monyok monyok ni . Nak kaki ?" kata Erlin sambil menggomol gomol muka Ammar dengan tangannya . "Taknak kaki," 

"Habistu nak apa?" 

"Nak kiss," kata Ammar dengan senyuman nakalnya . Erlin yang sibuk menggomol pipi Ammar tadi terus menampar perlahan pipi lelaki itu . "Orang dah bagi betis kau mintak kaki," jeling Erlin . "Alaa bolehla Yanaaa ," rengek Ammar . Eh gedik pulak mamat ni aku tengok . "Kahwin pun belum ada hati nak mintak kiss," 

"Okay jom kahwin," 

Erlin terus meletakkan tangannya di dahi lelaki itu . Hm tak panas . Ammar menepis tangan gadis itu . Hish dia ingat aku main main ke . " Kau okay tak Uzair . Macam tak sihat je," kata Erlin . Ammar merengus . "Ish betulla aku cakap tu," 

Erlin terus menepuk dahi Ammar . "Woi pakcik . Kita ni spm pun lagi berapa bulan kau dah nak kahwin," kata Erlin geram . Ammar hanya smirk . Ingat hensem lah tu .  "Alaa lepas spm boleh kan ," kata Ammar sambil mengusap usap dahinya . Sakit woo minah pendek ni ketuk . "Merepek lah kau . Dah aku nak balik layan kau makin biul otak aku," 

"Yelah , tapi sekejap aku nak bagi something," kata Ammar sambil meraba raba pocketnya . Gadis itu hanya menunggu apa yang Ammar mahu beri kepadanya. Tanpa dia sedari , dia berangan sepanjang lelaki itu mencari sesuatu . Erlin tersedar apabila sesuatu yang lembut mendarat di dahinya . Dia terkedu lalu memandang Ammar dengan perasaan yang sukar ditafsirkan . 

Tak tahu kenapa tapi hatinya berdegup dengan laju. "Kau kiss aku ke tadi," tanya Erlin sambil memegang dahinya . "Aah kenapa ? Nak lagi ke?" kata Ammar . Gadis itu terus mencubit lengan Ammar . Nak lagi apa orang malu tahu tak. " Dah pergi balik sana shuh shuh," halau Ammar lalu menolak gadik itu sehingga ke depan pintu pagar . 

"Bye ! Jangan rindu aku tau," jerit Ammar sambil melambai lambaikan tangannya . " Eii siapa nak rindu kau," jerit Erlin pula . Dia menjelir lidah kepada Ammar sebelum keretanya bergerak meninggalkan rumah itu . Ammar hanya melihat kereta itu dari jauh sebelum mengeluh .Tak apa lah aku boleh usaha lagi . Fighting Ammar ! 

Dia masuk ke dalam rumah selepas terasa bahawa kereta gadis itu sudah hilang di matanya.Sekarang motifnya hanya satu .

Pikat hati gadis beku yang bernama Puteri Mahkota Erlin Diyana .

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia Princess ©Where stories live. Discover now