Flashback again
"YaAllah abang!" jerit Farda. Dia keluar dari kereta lalu berlari pergi ke Rayyan. Anzril turut keluar dari kereta. Masing masing terkejut apabila melihat Rayyan terlantar di atas tar.
"Bukak pintu belakang sayang. Abang nak angkat dia masuk," arah Anzril. Pantas Farda membuka pintu lalu memberi laluan untuk suaminya.
Mereka bergegas pergi ke hospital. Farda tidak henti henti berdoa supaya anak itu selamat.
Sampai sahaja di hospital, Anzril menjerit memanggil doktor dan nurse menolong mereka. Berpusu pusu nurse datang ke arah Anzril lalu membawa anak itu ke was kecemasan.
Anzril duduk di kerusi berdekatan wad itu dengan lesu. Farda setia di sebelah suaminya bagi menenangkan Anzril. Tak lama kemudian, wad itu dibuka.
"Siapa keluarganya?"
"Saya.Macam mana dengan budak tu," dengan tergesa gesa Anzril bertanya.
"Dia tak apa apa cuma perlu banyak berehat sikit,"
Anzril dan Farda mengeluh lega."Alhamdullilah.Bila kami boleh jenguk dia,"tanya Farda pula."Raja dan Puteri boleh jenguk dia sekarang," Tanpa banyak tanya terus mereka berdua masuk ke dalam wad itu.
Mereka lihat budak itu sedang termenung memandang tingkap.Rayyan yang perasan seperti seseorang melihatnya terus memandang pintu."Encik dengan cik ni siapa," Anzril tersenyum.
"Uncle minta maaf sebab terlanggar awak tadi," kata Anzril.Dia menunduk lantai.Halah halah ingat dia budak ke nak minta maaf tunduk lantai.Rayyan tersenyum dengan lelaki di hadapannya.
"Tak apalah uncle.Rayyan yang salah sebab tak pandang kiri kanan," kata Rayyan.Farda hanya mendengar perbualan suaminya dengan budak itu."Em nama awak siapa ye,"
"Nama saya Rayyan,"
Farda yang mendengar itu mengangguk.Dia melihat muka lelaki itu.Hensem.Haih rugi sungguh ayah dia.Sanggup buang anaknya yang hensem ni."Em kalau uncle nak tanya boleh tak,"
"Tanya apa uncle,"
"Mana parents Rayyan.Dia tahu tak Rayyan dekat sini," tanya Anzril dengan berhati hati.Rayyan mengeluh.Dia malas nak dengar sebenarnya pasal benda ni.
"Ayah Rayyan dah buang Rayyan.Sebab tu Rayyan jalan sambil bawa beg dekat tepi highway tadi," kata Rayyan.Farda kasihan mendengar.Anzril memeluk Rayyan ,memberi kasih sayang bapa.Rayyan terus menangis di dalam pelukan Anzril.
"Kalau Rayyan duduk dekat aunty dan uncle nak tak,"Rayyan memandang Anzril dengan muka yang agak takut.Yelah entah siapa siapa uncle dekat depan ni.Anzril yang faham dengan riak muka budak itu mengusap kepala Rayyan lembut
.
"Uncle bukan jahat macam orang yang Rayyan sangkakan," dia berkata.Rayyan akhirnya mengeluh sebelum memberi kata putus."Okay Rayyan setuju,"End Flashback
"Baa!"
"Opocot rindu mommy,"latah Rayyan.Erlin ketawa dengan kuat.Abang Rayyan melatah you all.Rayyan tersedar dengan latahannya tadi memandang gadis yang sibuk ketawa.Eh budak ni dah sergah aku lepastu ketawa.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...