☾︎ MDPM FINAL ☽︎

3.9K 203 17
                                    

Erlin menggosok bajunya dengan teliti. Esok sudah menjelang hari raya dan sekarang mereka berada di rumah ibubapa Ammar.

Ammar di luar sedang memanggang ayam bersama sepupunya. Adam juga turut hadir. Niatnya mahu melepak tapi Ammar suruh tolong dia buat ketupat pulak.

"Bonda...Amer nak main dengan Bella boleh?" tanya Amer membuatkan Erlin yang sedang menggosok itu tersentak. Erlin melihat anaknya yang sedang membuat muka comel untuk memujuknya.

Erlin tergelak kecil sebelum tersenyum. "Boleh sayang. Hati hati, jaga anak dara orang elok elok tau. Jangan kasar kasar dengan dia. Okay?"

"Okay bonda!Sayang bonda!" Erlin tersenyum. Dia membalas pelukan anaknya itu sebelum sambung menggosok baju.

Bella, anak kepada Rayyan. Yes. Rayyan sudah berkahwin tiga tahun lepas. Isteri lelaki itu hanyalah orang yang biasa. Isteri Rayyan seorang cikgu sains.

"Bella, jom buat lego dengan Amer! Amer ada beli lego baru,"

Erlin tersenyum mendengar. Amer memang dari dulu rapat dengan anak dara Rayyan. Masa dia dapat tahu isteri Rayyan mengandung, Amer yang teruja. Dia sampai tanya dekat dirinya bila Bella nak keluar dari perut ibu mengandung itu.

"Sayang,"

Erlin berpaling ke belakang. Bibirnya mengukir senyuman manis melihat Ammar yang bersandar di pintu bilik.

"Abang.. dah siap ke ayam tu?" tanya Erlin dengan lembut. Ammar hanya tersenyum nipis sebelum pergi ke isterinya. Tangan memeluk pinggang wanita itu erat lalu dagu dia letak di bahu Erlin.

"Dah... penatlah sayang," Ammar mengadu. Erlin tergelak mendengar ayat suaminya. Okaylah tu panggang ayam sambil borak dengan kawan. Dia ni? Borak dengan dinding jela mampu.

Erlin mencium pipi lelaki itu sekilas. Ammar tersenyum gedik. Hehe pipi kita kena cium. Kau ada? Tak ada kan. Lemah!

"Sayang~ sayang bahagia tak hidup dengan abang," tanya Ammar tiba tiba. Bibir dia geser di pipi wanita itu hingga membuatkan Erlin ketawa geli.

"Apa soalan abang ni? Mestilah happy... Kalau tak happy dah lama Yana lari dari sini tau,"

"Kalau sayang lari pun, abang sanggup cari sayang," Erlin tersenyum malu. Teringat pulak kejadian dia lari dari Malaysia sebab kecewa dengan Ammar.

Biasalah. Zaman tak matang lagi hehe.

"Kalau abang tak ada suatu hari nanti kan, sayang nak kahwin lain ke?"

Erlin berfikir sementara. Hm kahwin lain? "Entahla. Kalau sayang rasa bosan sangat hidup single, sayang kahwin lah lain. Tapi kalau Amer taknak sayang kahwin lain, sayang okay je,"

Ammar mengangguk.

"Kenapa abang tanya ni? Teringin nak mati cepat ke?"

"Ish sayang ni. Tak ada lah. Mana tahu kalau suatu hari nanti abang mati, bolehla abang tau,"

Tok!Tok!

Erlin dan Ammar serentak melihat pintu. Siapa pulak kacau diaorang nak ber-romantik ni?! Ammar merungkaikan pelukan memberi jalan untuk Erlin membuka pintu.

Erlin membuka pintu. Tersembul wajah Puan Farda di hadapan pintu. "Oh mommy, kenapa ?"

"Mama panggil kamu berdua makan kat bawah. Baju semua dah gosok ke?" tanya Puan Farda lembut. Sempat dia melihat menantunya yang sedang memandangnya.

"Oh. Okay lah sebab Erlin tinggal tudung je. Kejap Erlin panggil Ammar," kata Erlin. Puan Farda senyum lalu turun ke bawah terlebih dahulu.

Erlin menutup pintu lalu pergi ke arah Ammar yang senyum memandangnya. Erlin ditarik oleh Ammar ke dalam pelukan. Erlin hanya membalas dengan penuh pasrah. Kenapalah suami dia ni suka sangat peluk orang.

Mafia Princess ©Where stories live. Discover now