☾︎ B A B 1 9 ☽︎

5.8K 426 15
                                    

Suasana bising dengan kehadiran pelancong dan pekerja yang menaiki kapal terbang.Begitu juga dengan bunyi mesin pengesan disitu.

Sekarang,mereka berempat sedang menunggu giliran flight mereka.Erlick dan Erlen main pubg sama sama manakala Eric hanya termenung melihat orang orang yang lalu lalang didepan mereka.Erlin pula sedang tidur di bahu Ammar yang sedang menilik fonnya itu.

"Bang,lambat lagi ke.Aku dah tak larat nak tunggu ni,"kata Erlen.Dia dah bosan menunggu akibat asyik kalah dalam pubg.Erlick pula pergi ke kedai runcit sekejap untuk membeli air dan makanan yang boleh mengisi perut mereka.

"Lambat lagi kot,"kata Eric.Ammar hanya diam sambil melihat keadaan Erlin supaya gadis itu berasa selesa.

"Bang,jom naik 'PJ'. Aku dah tak tahan nak tunggu lama lama ni,"kata Erlick yang baru sampai dari kedai itu.Eric yang baru hendak menutup mata itu terus terbuka lalu memandang Erlick.

"Aahla. Kenapa aku boleh lupa yang kita ni ada 'PJ' ,"kata Eric lalu menepuk dahinya.

"Kau kan dah tua sebab tu lupa,"kata Erlen selamba.Eric menjeling tajam kepada Erlen lalu meluku kepala adiknya itu.

"Erk, 'PJ' tu apa,"kata Ammar yang mendengar perbualan mereka tadi.Mereka bertiga memandang antara satu sama lain sebelum memandang Ammar.

"Nanti dah sampai aku bagitau.Kau kejut Erlin dulu,"kata Erlick sambil mengheret bagasinya dan Erlin.

Ammar terus mengejut Erlin dengan lembut sehingga dia bangun.

"Hm nak pergi mana ni,"kata Erlin dengan mamai.Ammar menarik perlahan tangan Erlin supaya dia berdiri.

"Taktau.Abang kau kata nak naik 'PJ' ,"kata Ammar .Erlin yang sedang meregangkan badannya itu hanya mengangguk kepala sebelum menyeluk tangannya ke tangan Ammar.Ammar hanya merelakan sebaliknya dia suka dengan cara Erlin.

"Lin,'PJ' tu apa?"

"Diaorang tak bagitahu ke,"kata Erlin.Ammar hanya menggeleng kepalanya.

"Nanti kau tau,"kata Erlin selamba.Ammar sudah tercengang dengan jawapan Erlin.Tch ingatkan dapat tahu daripada Erlin lastlast semua adik beradik sama je.

Erlin hanya tersengih melihat riak muka Ammar yang sudah masam akibat tidak menjawab pertanyaan itu.Dia dengar yang adik beradiknya tidak menjawab sebaliknya hanya bagitahu 'Nanti kau tau'.Biarlah dia tahu bila kami dah sampai sana.

"Eh Erlick.Kita nak pergi mana ni,"tanya Ammar yang pelik dengan laluan kami.Eric dan Erlen sudah jauh dari mereka.

"Ada la,"kata Erlick sepatah.Erlin tergelak mendengar Erlick yang seperti mahu tidak mahu menjawab pertanyaan Ammar.

Sesudah kami sampai,Erlin terdengar suara Erlen menjerit.

"Huaaa i miss you babyy,"jerit Erlen sambil mengacah acah mengelap air mata.Eric sudah masuk ke dalam private jet itu sambil membawa bagasi bagasi mereka yang dibantu oleh anak buah Erlin.

"Poyo lah kau.Baru sebulan kau tak naik,"kata Erlick yang menyampah dengan perangai Erlen yang tak semenggah itu.Erlin hanya menggeleng kepala.Dia lihat Ammar yang disebelahnya tidak bersuara.Rupa rupanya lelaki itu sedang nganga mulutnya.

"Erk Ammar kau okay tak ni,"kata Erlin.Dia taktahu sama ada mahu terkejut atau mahu ketawa dengan lelaki di sebelahnya itu.

"Seriouslah Erlin!"kata Ammar sambil memandangku.

"Kenapa?Kau tak suka ke naik private jet ni?Sorrylah sebab...".Belum sempat Erlin sambung ayatnya,Ammar terus mencelah.

"Tak,itu bukan maksud aku.I mean siapa punya private jet ni ?Kita nak pergi France naik ni ke?"tanya Ammar bertubi tubi.Erlin yang dari tadi menahan ketawa itu terus ketawa terbahak-bahak.Ammar membuat muka cemberut.

"Erlinnn.."rengek Ammar.Erlin terus berhenti ketawa melihat Ammar.

"Haih kau ni.Ni private jet family aku.Daddy aku beli sebab kitaorang selalu dapat tau last-minute kalau nak pergi luar negara,"kata Erlin.Ammar mengangguk kepala.

"Welcome boss,"kata Noah,salah seorang anak buah Erlin.Erlin hanya mengangguk kepala yang tiada secalit senyuman itu.Ammar hanya tersenyum kekok kepada Noah.

"Ha dah sampai pun lovebird ni.Ingatkan nak masuk tahun depan,"sindir Eric.Ammar hanya tersengih tetapi tidak bagi Erlin.

"Diam.Taulah single takpayah jealous,"sindir Erlin.Eric yang ketawa tadi terus diam sebaliknya membuat muka cemberut.

"HAHAH terasa ke bang,"ejek Erlick dan Erlen.Eric terus menjeling kedua adiknya itu.

"Eleh korang pun single.Ada hati nak perli aku,"kata Eric.Mereka berdua yang seronok mengejek abangnya tadi terus terdiam.

Erlin dan Ammar duduk di sofa belakang supaya jauh daripada tiga ekor monyet itu.

"Tak sangka aku dapat naik private jet,"kata Ammar yang kagum dengan dalaman private jet itu.Erlin hanya tersenyum.

"Ammar,kau nak apa apa tak,"tanya Erlin tibatiba.Ammar hanya menggeleng kepala sebaliknya menarik tangan Erlin supaya menghempap badannya.

"Emm.Temanlah aku tidur,"kata Ammar yang mahu melelapkan mata itu.Erlin tersenyum lalu berkata

"Dah tidur je nanti dah sampai aku kejut,"kata Erlin.Dia sebenarnya tahu yang Ammar ni takboleh lama lama dekat flight nanti dia muntah.Ammar hanya mengumam perlahan.

Lama kelamaan Erlin terdengar bunyi seseorang berdengkur.Dia melihat Ammar yang lena tidur itu.Dia tersenyum nipis lalu mencium tepi dahi Ammar.

𖦹𖦹𖦹

Erlick,Erlen dan Eric melihat mereka berdua sambil membuat muka yang menjengkelkan.

"Psst weh,sejak bila princess kita tu pandai jatuh cinta.Biasanya aku tengok beku je memanjang,"kata Erlick.

"Eleh kau dengan dia sama je beku.Dasar kembar ais,"kata Erlen.

"Aku cadang kan aku nak plan something pasal diaorang berdua,"kata Eric yang matanya masih memandang dua sejoli itu.

"Apa?"tanya mereka berdua serentak.Eric yang terkejut itu terus menumbuk perut mereka berdua.

"Diam sikit ngok.Nanti adik dengar macam mana,"kata Eric yang sedang marah tapi ditahan supaya suaranya tidak kuat.

"Okay okay .Kau nak buat apa?"kata Erlick dan Erlen serentak lagi.Haih dah macam kembar aku tengok.

Eric tersenyum nakal sebelum berkata,"Rahsia"kata Eric lalu berlari naik ke tingkat atas.

"YAHH ERIC SINI KAU! "jerit Erlick dan Erlen.Eric yang sudah tingkat atas ketawa melihat adik adiknya yang sudah angin dengannya.

"Woii anak anjing!Diam sikit bodoh tak nampak ke orang tengah tidur,"carut Erlin.Dia menutup telinga Ammar supaya jeritan mereka berdua tak menganggu lelaki itu tidur.

"Hmm kenapa tu Erlin,"kata Ammar.Mungkin jeritan itu menganggu tidurnya.Erlin mengeluh apabila melihat Ammar yang sedikit terjaga.

"Takde apa apa pun.Diaorang jerit sebab kalah game je tu,"kata Erlin sambil mendodoi belakang badan Ammar.Selepas itu,dia terdengar dengkuran lelaki itu.

"Haih la sejak bila kau care dekat lelaki ni Yana,"keluh Erlin perlahan supaya Ammar tak dengar katanya.

Dia termenung ke luar sehingga dia tertidur dalam keadaan duduk.

Dia termenung ke luar sehingga dia tertidur dalam keadaan duduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia Princess ©Where stories live. Discover now