☾︎ MDPM 1 ☽︎

4.9K 287 8
                                    

"Bonda, bila ayahanda nak balik?" tanya Tengku Amer Zairyn kepada bondanya. Dia memanjat katil itu dengan pertolongan Erlin.

"Kejap lagi balik lah tu. Kenapa tanya sayang?" tanya Erlin lembut. Dia mengusap rambut anaknya itu. Lembut je rambutnya. Geram.

Alhamdullilah setelah berapa tahun mereka mendirikan rumah tangga, akhirnya Erlin dan Ammar mempunyai seorang anak lelaki.

Amer tersenyum manja. Dia memeluk Erlin erat. "Kawan Amer semua dah beli baju raya. Bila kita nak beli baju raya bonda?" adu Amer sambil mulutnya yang muncung itu. Erlin tergelak. Kenapalah kamu comel sangat sayang. Cair bonda gini.

"Hm..." fikir Erlin. Dia meletakkan jari telunjuknya di dagu acah acah berfikir. Amer setia menunggu jawapan bondanya.

"Apa kata... kita tanya ayahanda," usik Erlin. Dia tahu anaknya sedang menunggu jawapannya. Amer memuncungkan bibirnya lagi.

"Bonda ni... Taknak lah kawan. Amer kawan dengan baby dekat dalam perut bonda je," kata Amer. Dia mula menyilangkan tangannya. Erlin tergelak sebelum mengusap perutnya.

Ya sekarang Erlin sedang mengandungkan adik Amer. Budak tu apa lagi, bukan main gembiranya. Sampai sanggup bangun awal sebab nak cakap dengan adiknya.

"Dah jom turun bawah tunggu ayahanda," ajak Erlin. Dia mengangkat Amer lalu sama sama turun ke bawah. Walaupun Erlin sedang mengandung, wanita itu masih larat untuk mengangkat Amer.

Ada juga Ammar larang isterinya supaya duduk di bilik sahaja. Tapi Erlin kan ? Mana pernah ikut cakap orang. Ammar pun malas nak perang mulut lagi. Biarlah dia, asalkan wanita itu gembira. Dia pun gembira.

Ting ! Tong !

"Assalamualaikum!" jerit Ammar dari luar rumah. Dia membuka pintu rumah. Tersembullah muka Erlin dan anak sulungnya.

"Ha panjang umur," kata Erlin. Dia menurunkan Amer. Tahu dah apa Amer buat kejap lagi.

"Yeay ayahanda dah balik!" jerit Amer. Pantas dia lari pergi ke arah Ammar. Ammar pula macam tahu tahu yang anaknya datang, dia mendepakan tangannya.

"Anak ayahanda. Kenapa segar semacam ni? Selalunya waktu macam ni awak dah tidur dah," kata Ammar. Amer tersengih. Dia memeluk leher Ammar erat. Ammar pun mengangkat anaknya pergi ke arah Erlin yang sudah duduk di sofa itu.

"Anak awak tu. Dia dah tak sabar nak beli baju raya," kata Erlin. Ammar tergelak lalu duduk di sebelah Erlin. Alahai anak. Tak menyabar betul. Macam tahun ni tahun pertama dia sambut pula.

"Anak ayahanda tak sabar ye? Hm apa kata esok ayahanda ajak Amer dengan bonda beli baju raya esok?" cadang Ammar tiba tiba. Amer laju memandang ayahandanya.

"Betul ke ayahanda?! Eii tak sabarnya!" kata Amer. Dia melompat lompat di atas badan Ammar. Teruja sangat budak tu.

"Abang tak kerja ke esok?" tanya Erlin. Tangannya lincah membuka kot Ammar. Ammar hanya merelakan isterinya.

"Tak. Abang mintak cuti," jawab Ammar. Erlin mengangguk.

"Anak bonda taknak tidur lagi ke ni?" tanya Erlin. Dia lihat matanya anaknya bulat betul. Ikut siapa entah mata bulat semacam. Ammar menyandarkan badannya di sofa. Dia hanya melihat telatah isterinya dan anaknya.

"Taknak! Amer tak sabar nak beli baju raya. Nak pakai baju warna apa tahun ni?" tanya Amer teruja. Ammar tertawa melihat telatah anaknya. Mulut tu bercakap je kerja.

"Ayahanda tak kisah. Tanya bonda," kata Ammar kepada Amer. Mata bulat Amer memandang Erlin pula.

"Hm.. apa kata kita pakai warna mint. Abang okay tak?" tanya Erlin.

Mafia Princess ©Where stories live. Discover now