☾︎ B A B 2 4 ☽︎

5.5K 395 23
                                    

"HAII , DATANG PUN KAU!"jerit Erlin yang berada di depan pintu itu.Ahli keluarganya yang sambung menikmati makanan itu memandang depan dengan pelbagai persoalan.

"Lin,siapa tu?"tanya atoknda kuat takut takut Erlin tak dengar.

Erlin yang mendengar jeritan atoknda itu terus menarik tangan gerangan itu lalu membawanya ke meja makan.Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi dan sepi.Erlin tersenyum apabila melihat Eric dan Ammar yang sudah ternganga.Dahla luas nganga dia nak bagi sekampung lalat masuk ke.

"HAFIZ?!"

Nenda,atoknda,Erlin dan hampir semua orang dalam rumah itu menutup telinga mendengar jeritan Ammar dan Eric.Hafiz tidak terkecuali.Boleh pekak lelaki tu kalau tak tutup tadi.

"Eii tak payahla jerit jerit orangnya kat depan kau je pun,"rungut Erlin sambil menggosok kasar telinganya.Nasib tak pekak lagi.

"Kau pergi mana sebelum ni ?Dahla hilang tiba-tiba datang sini terus muka macam oppa korea.Nasib aku cam lagi muka kau,"kata Ammar.

"Woi halamak dah tinggi ek kau sekarang.Mentang mentang dah 5 tahun tak jumpa,"kata Eric sambil menolak bahu Hafiz.Lembut je dia tolak kang kasar jatuh pulak mamat tu.

"Kebetulan.Semalam anak aku terserempak dengan Yana.Aku pun datang la kat anak aku.Tengok tengok Yana.Aku pun terkejut jugak tak sangka dapat jumpa dia dekat sini,"terang Hafiz panjang lebar.

Erlin sambung makan yang tertanggung tadi.Haih ada je yang kacau waktu makan aku.

"Assalamualaikum nenda,atoknda,"kata Hafiz lalu salam tangan kedua dua orang tua itu.Mereka tersenyum dengan sikap Hafiz.Biasalah dah lama tak jumpa cucu angkat diaorang.

"Waalaikumussalam,lama tak jumpa Fiz.Duduk dekat mana sekarang?"tanya atoknda.

"Fiz dengan keluarga Fiz duduk dekat UK.Tapi Fiz datang sini ajak isteri dengan anak Fiz jalan jalan,"kata Fiz dengan lembut.

Ammar dan Eric ternganga sekali lagi mendengar kata Hafiz.

"Korang lapar sangat ke sampai nak makan lalat ni,"kata Erlin yang rimas dengan dua orang lelaki itu.Asyik nganga je cuba buat muka lain.

"Weh kau dah kahwin!Mak ai baru 5 tahun tak jumpa dah kahwin ea kau,"kata Ammar.Terkejut dia dengar yang kawan baik dia dah kahwin.Dah jadi uncle rupanya dia.

"Aku bukan taknak ajak kauorang tapi aku taktau korang duduk mana sekarang,"kata Hafiz sambil tersengih.

"Dah dah.Fiz,meh duduk sekali makan nanti boleh sembang sembang,"kata nenda lembut.Hafiz tersenyum manis memandang nenda.Dia duduk di sebelah Eric.Erlen dah hilang keluar pergi mana entah.

Akhirnya mereka makan sambil bersembang sembang sedikit.And sekarang ni mereka bertiga dah mula jadi 'Triplet' macam dahulu.Jangan pelik kalau diaorang selalu berkepit nanti.Diaorang punya berkepit tu kalah orang dah kahwin.

𖦹𖦹𖦹

"Nenda,atoknda,Fiz nak balik dah ni takut jadi apa apa pulak dekat hotel tu,"kata Hafiz.

"Lah duduk hotel ke?Mehla duduk sini dengan bini anak kamu.Selesa sikit,"kata nenda kepada Hafiz.Atoknda mengiyakan kata isterinya itu.

"Erk takpelah nenda segan Fiz,"kata Hafiz sambil tersengih.

"Sejak bila kau pandai malu Fiz,"kata Erlen.Dia dah tahu Hafiz datang sebab Erlin yang bagitahu.

"Dah.Kejap lagi ambik bini dengan anak kamu duduk sini okay,"kata nenda dengan suara seperti merayu.Hafiz akhirnya mengangguk kepala.Dia lemah kalau nenda start buat suara lembut tu.Dari dulu lagi dia akan lemah dengan suara nenda.

Mafia Princess ©Where stories live. Discover now