☾︎ B A B 4 ☽︎

8.3K 602 82
                                    

"Hai sweetheart.. Nak pergi mana ni nak i temankan hm?" kata lelaki itu dan paling mengejutkan lelaki itu ialah Tengku Ammar Khuzair.

Erlin dengan sedaya upaya meleraikan pelukannya tapi tidak boleh apabila dia makin mengetatkan.

"You nak pergi mana hm?"katanya sambil menggesel hidungnya di leher Erlin.Erlin sudah mengeliat tanda geli. Dia menepuk dada Ammar supaya lelaki itu melepaskannya.

"Erk aku nak pergi cafe la,"kata Erlin dengan suara yang tertahan. Dia terus meleraikan pelukan dan menarik tangan Erlin. Sikapnya itu membuatkan Erlin terkebil kebil.

"Kita nak pergi mana?"tanya Erlin kepada Ammar.

"Kata nak pergi cafe.Aku nak bawak kau lah ni,"kata Ammar.

"Tak apa. Aku boleh pergi seorang," elak Erlin. Dia menjauhkan diri dari Ammar. Ammar mencebik. Dia mendekatkan diri dekat gadis itu.

Makin dekat Ammar datang makin jauh Erlin elak. Akhirnya Ammar menarik tangan gadis itu.

"Budak baru buat cara budak baru. Dah tak payah banyak songeh , ikut je aku," kata Ammar mendatar. Dia membawa Erlin pergi cafe tanpa mendengar jawapan gadis itu.

Erlin hendak menepis tetapi renungan tajam lelaki itu membuatkan Erlin hanya membiarkan Ammar menarik tangannya.

Erlin pasrah mengikut lelaki itu. Tidak ada guna dia menghalang budak degil seperti Ammar. Buat kering air liur sahaja.

𖦹𖦹𖦹

Sampai sahaja di cafe, Erlin ditarik pergi ke arah hujung cafe. Dia lihat Ammar sedang membawa dirinya di tempat dimana ada dua orang lelaki sembang sambil minum coffee. Gaya mereka seperti menunggu seseorang.

"Hai guys. Sorry lambat, ada accident tadi,"sapa Ammar kepada kawan kawannya.Erlin hanya diam di sebelah Ammar. Tidak tahu hendak kata apa memandangkan dia budak baru jadi dia tidak kenal sangat budak disini selain anak buahnya.

"Ha dah sampai pun kau ingatkan esok baru sampai,"perli Faliq kepada Ammar.Ammar hanya tersengih lalu mengambil kerusi lebih untuk Erlin duduk. Dia memberi ruang untuk gadis itu duduk.

"Eh?Awak ni budak baru tu kan?"tanya Faliq kepada Erlin.Erlin mengangguk sambil melihat menu yang tertera di hadapannya. Didalam hati dia hampir terliur melihat menu itu. Sedapnya!

"Mar,macam mana kau boleh bawak dia ni datang sini,"kata Adam kepada Ammar.Erlin memesan makanannya tanpa menunggu tiga lelaki itu memesan.

"Tadi dia dekat depan makmal.Alang alang aku lalu situ,aku bawakla dia datang sini,"terang Ammar kepada mereka berdua.

Kemudian,mereka pula memesan makanan untuk rehat.Mereka berbual bual sehingga makanan yang dipesan tadi sampai.

Mereka terus makan dengan berselera tanpa memandang orang sekeliling yang melihat.Sedang seronok mereka bertiga makan,tiba tiba satu kumpulan lelaki sedang bergerak ke meja mereka dengan gaya cool.

"Yow mar.Ada awek baru tak bagitau ea,"kata salah satu ahli kumpulan itu kepada Ammar.Ammar hanya menjeling mereka tanpa rasa ingin bercakap. Dia melihat sebentar muka Erlin yang tidak mengangkat langsung mukanya seolah olah tiada apa berlaku.

"Buat apa aku nak bagitahu kau.Buang masa,"kata Ammar ringkas.Adam dan Faliq hanya diam begitu juga dengan Erlin.

Selesai makan,Erlin mengangkat mukanya dan memandang semua lelaki yang datang tadi.Mereka yang tadinya sibuk menyakat Ammar terus terdiam.Muka mereka semua sudah pucat seperti nampak mayat.

"Kenapa muka kauorang semua macam nampak hantu ni,"kata Adam pelik.

'Mampuslah aku' kata mereka semua serentak.

"Erk kitaorang pergi dulu lah,bye,"kata mereka semua lalu berlari meninggalkan meja mereka berempat.

'Haih nasiblah mood aku okay kalau tak aku potong gaji korang' getus Erlin dalam hati.

Kring..Kring..

"Okay la aku dengan Erlin balik kelas dulu nanti jumpa dekat kelas bye,"kata Ammar lalu menarik tangan Erlin.Erlin yang baru hendak menghabiskan air itu terkejut apabila lelaki itu menariknya.

"Sabarlah gila. Aku tak habis lagi,"

"Lembaplah kau,"

Ammar berhenti memberi masa untuk Erlin menghabiskan airnya. Selepas itu, mereka berdua keluar dari cafe . Erlin melihat tangannya yang masih didalam genggaman Ammar.

"Kau tak malu ke pegang tangan orang yang kau tak kenal,"kata Erlin kepada Ammar.Dia sangkakan Ammar akan berubah reaksi tetapi melihat wajah lelaki itu hanya tenang.

"Siapa kata tak kenal,"tanya Ammar .Erlin memandang Ammar. Dia menantikan jawapan lelaki itu.

"Macam mana kau kenal?"kata Erlin.Ammar hanya senyum sebelum berhenti dan memandang wajah Erlin yang tiada jerawat itu.

Haih indahnya bidadari.

"Kau selalu ada dekat sini,"kata Ammar sambil menunjuk dada belah kiri.Kemudian dia tersenyum manis memandang Erlin.

Erlin yang blur itu memandang Ammar dengan terkebil kebil.Ammar tergelak kecil melihat muka Erlin.Comel.

"Tak apa lah kalau tak faham.Buat pening kau je,"kata Ammar lalu sambung berjalan.Erlin mengangkat bahunya lalu berjalan mengikut Ammar.

"Oh aku lupa!Aku kena pergi pejabat so kau pergi kelas seorang seorang tau,"kata Ammar.Erlin mengangguk kepala.Lagipun dia memang dah tau selok belok sekolah ni jadi memang tiada masalah.

"Bye,"katanya sambil mencium dahi Erlin.Erlin yang baru hendak naik tangga itu terhenti pergerakannya.Dia memegang dahi yang dicium oleh Ammar.

Erlin memusing badannya ke belakang. Dia memandang Ammar yang sudah pergi jauh darinya. Hati Erlin seakan akan berhenti.

"Aku kena cium ke tadi? Dengan lelaki tu?" tanya Erlin perlahan.

"Gila,"


Erlin terus naik dengan mukanya yang kemerahan menahan malu. Tanpa disedari, gadis itu tersenyum apabila memikirkan tentang tadi.

 Tanpa disedari, gadis itu tersenyum apabila memikirkan tentang tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia Princess ©Where stories live. Discover now