Erlin menghempaskan badannya di atas sofa. Dia memegang perutnya. Kena exercise lebih nanti. Seketika dia sendawa sebentar. Kenyang akibat bertambah pinggan dia makan tadi.
"Ha lepas makan je baring. Mana tak gemuk," kata Rayyan yang baru muncul. Dia duduk di depan Erlin.
"Diam la kau. Aku kenyang ni,"
"Weh Lin,"
"Hm,"
"Jom,"
"Jom apa? Kau nak bawak aku pergi makan ke," tanya Erlin tiba tiba. Dia terus bangun dari pembaringannya tadi.
"Gila kau. Baru makan dah mintak makanan lagi. Perempuan ni bela saka ke apa," kata Rayyan. Dia hanya sekadar menggeleng kepala melihat adik angkatnya. Cuba kalau Erlin tak makan sehari, boleh demam panas semua orang.
"Aah bela saka. Atleast nanti aku dah tua lawa lagi muka aku," kata Erlin selamba. Gadis itu bercakap seolah olah tidak takut. Padahal minah tu paling takut apabila bercakap tentang hantu.
"Weh jom pergi jalan jalan. Aku bosan lah duduk rumah," kata Rayyan. Dia mencucuk cucuk bahu Erlin supaya gadis itu mengikutnya.
Erlin menjeling. Nak pujuk pun tak payah nak cucuk cucuk bahu. Dia menepis jari yang sibuk mencucuk cucuk bahunya. "Yelah yelah. Dah pergi siap sana. Kau lambat aku tak ikut," ugut Erlin.
Rayyan dengan sepantas kilat naik ke atas lalu menuju ke biliknya. Ni siapa lelaki siapa perempuan ni. Selalunya perempuan yang excited bab shopping. Ni terbalik.
Beberapa minit kemudian, Rayyan turun dengan gembiranya pergi ke Erlin yang sudah menunggu di keretanya. Lelaki itu memakai black hoodie dan seluar jeans blue black. Pakaiannya simple tetapi boleh membuatkan para gadis cair.
"Nak naik kereta kau ke kereta aku," tanya Erlin. Dia menyimpan handphonenya ke dalam poket hoodie. Erlin hanya memakai hoodie berwarna brown dan seluar slack. Dia tidak suka memakai seperti gadis yang lain.
"Naik kereta kau la. Jarang kau bagi orang lain nail kereta kau," kata Rayyan dengan sengihan. Erlin mencebik. Nasib baik dia bawak kunci kereta. Mereka masuk ke dalam kereta itu lalu bergerak meninggalkan rumah Tengku Evelynn.
"Kau nak pergi mana ni,"
"Em jom pergi Seoul Garden. Aku dengar orang kata tempat tu best," ajak Rayyan. Dia menyelak sedikit rambutnya yang terjuntai di dahi.
"Okay,"
Keadaan di dalam kereta itu senyap. Erlin yang berada di tempat sebelah pemandu itu sudah lelap. Rayyan memandang sedikit Erlin sipi sipi sebelum mengusap kepala gadis itu. Dia memperlahan sedikit aircond supaya gadis itu tidak terjaga dengan kesejukan.
Akhirnya, mereka sampai juga di Seoul Garden yang dikatakan Rayyan. Rayyan mengejut Erlin dengan lembut. Gila nak kasar kasar. Ada yang kena baling masuk dalam tasik nanti.
"Lin, bangun. Kita dah sampai ni," kata Rayyan dengan lembut. Dia menepuk paha Erlin sedikit supaya gadis itu terjaga.
Erlin bangun disebabkan suara Rayyan di telinganya. Dia melihat sedikit mukanya sebelum keluar dari kereta. Erlin melihat sekelilingnya. Cantik.
Angin yang kuat menyapa mukanya. Erlin menutup sedikit mata. Nyaman. Suasana yang dingin itu membuatkan dia menggosok gosok lengannya. Nasib baik dia pakai hoodie.
"Ini ke tempat yang kau cakap tu Ray,"
"Aah. Nyaman kan. Aku dengar ramai orang datang sini kalau ada masalah. Jadi aku ajak kau datang sini," terang Rayyan. Dia menarik tangan Erlin supaya duduk di atas rumput di depan tasik.
"Kau ada masalah ke Rayyan? Share lah dengan aku. Aku ada," kata Erlin lembut. Dia memegang bahu Rayyan. Beri semangat kepada lelaki itu supaya kuat.
Rayyan melentokkan kepalanya di bahu Erlin. Dia melihat tasik di hadapan mereka. Tenang sahaja mereka lihat. Tiada kesibukan yang berlaku. Segala masalah mereka hilang apabila melihat tasik ini.
"Taklah. Bukan masalah sangat, cuma.."
"Cuma apa?" Erlin melihat Rayyan dengan matanya yang seperti menunggu lelaki itu bercakap.
"Aku cuma tertanya tanya.. macam mana ayah aku sekarang. Sihat ke tak. Makan ke tak. Entah hidup lagi ke tak. Walaupun aku tahu dia yang halau aku keluar. Tapi, dia tetap ayah aku. Dia tetap bagi aku makan minum walaupun dia benci aku. Ak.. aku cuma rindu," ujar Rayyan. Dia meluahkan segala yang terpendam di dalam hatinya. Dia memandang bawah kerana dia tak mahu air matanya keluar.
"Hei.."
"Kalau kau tak tahu, kita boleh doa kepada Allah. Walaupun kita ni mafia , selalu bunuh orang, Allah tetap dengar doa kita tau," kata Erlin lembut. Dia sedar yang dia sudah membunuh ramai orang. Dia tahu dia jahat, tetapi disebabkan musuhnya yang satu itu terlalu liat untuk berdamai. Dia terpaksa.
"Tapi aku ni dah banyak buat dosa,"
"Sejahat mana pun kau. Allah tetap ampunkan dosa hambanya. Waktu kau sedih, Allah sentiasa ada untuk dengar luahan kau. Bila? Waktu engkau doa. Kau solat. Allah sentiasa ada dengan kau,"
Rayyan terdiam. Dia tahu dia sudah lama tidak solat. Kesibukannya di dunia membuatkan dia terlupa akan akhirat yang akan tiba.
"Thanks Erlin. Aku akan ingat kata kau," kata Rayyan. Erlin tersenyum. Dia tahu dia tidak layak untuk berkata begitu sedangkan dia juga seperti Rayyan. Tetapi tidak salah untuk kita tegur kan?
Mereka duduk di tempat itu sehingga matahari terbenam. Erlin mengajak Rayyan untuk balik ke rumah. Tidak sopan mereka berdua duduk lama lama di situ. Nanti orang lain kata apa pula. Dahla hanya mereka berdua sahaja yang ada di situ.
Tanpa disedari mereka, seseorang mengambil gambar sepanjang mereka berdua meluah perasaan di tasik itu. Manusia itu tersenyum sinis sebelum pergi dari tempat itu.
"Jangan mimpi kau dapat Ammar aku,"
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...