Kringg !
"Okay kamu semua boleh keluar rehat,"Murid murid kelas 5 Amareld terus bangun.Bunyi kerusi bergeser membingitkan suasana.
"Bangun,"
"Terima kasih cikgu,"kata mereka dengan serentak. Selepas cikgu itu keluar,kelas 5 Amareld terus menjadi bising seperti pasar malam.
Ammar dengan cepat mengemas barang barangnya lalu meletakkan di bawah meja.Faliq yang datang bersama Adam menepuk bahu kawannya seorang itu.
"Bro,kau nak pergi tengok Erlin ke," tanya Faliq.
"Aah. Kauorang nak ikut ke,"
"Boleh jugak.Aku dah lama tak jumpa Erlin," dengan cepat Adam berkata. Bagi mengelakkan salah faham, Adam bukan suka dekat Erlin tapi dia suka 'berkawan' dengan Erlin sebab perangai gadis itu yang sporting sepertinya.
"Ha aku nak tanya. Kauorang tau tak kenapa Erlin jadi macamtu," tanya Ammar tiba-tiba. Dia pun pelik apabila dia masuk kelas tadi, dia tengok hampir satu kelas pucat tengok muka Erlin.
Dia tak sempat tanya sebab waktu dia nak hantar Erlin terus gadis itu menangis. Terus dia tak jadi nak tanya.
"Hm yang tu kitaorang tak tahu tapi aku ada dengar yang diaorang kata mata Erlin jadi hitam masa si tepung tu maki dia," terang Faliq. Dia pun pelik juga sebenarnya bila dengar bisikan budak kelasnya.
Flashback
"Weh Man. Kau nampak tak mata Erlin tadi.Fuh seram siot. Aku yang duduk dekat sini pun meremang bulu,"kata seorang lelaki.Dia bertanya kepada kawannya yang sedang main game.
"Ye tho.Aku tengok mata dia fully hitam. Seram tho aku. Aku ingatkan dia kena rasuk tadi,"
"Ha weh yang ni paling aku terkejut.Waktu dia pandang Emy tadi, aku terdengar suara dia bercakap dekat Emy. Kau nak tau tak suara dia macam lelaki siot,"
Faliq dan Adam yang dalam perjalanan ke tempat duduk mereka memandang antara satu sama lain. Faliq terus pergi ke arah budak lelaki yang seronok bercerita tentang Erlin.
"Betul ke apa yang kau cakap tu Fiq?"tanya Faliq dengan serious.
"Betul weh. Hampir satu kelas nampak apa yang berlaku tadi," kata lelaki itu atau namanya Fiq. Fuh dia punya bercakap kalah makcik bawang.
Dah boleh jadi geng makcik facebook.
Faliq terus pergi ke Adam dengan muka yang dia pun taktahu nak cakap macam mana."Asal weh,"
"Aku rasa something la dekat Erlin tu.Nak cakap kena rasuk macam pelik.Dia tak jerit pun tadi," kata Faliq.
"Kau ni agak agaklah.Takkanlah hantu tu nak rasuk Erlin.Silap silap dia yang tergoda tengok muka Erlin yang lawa tu," kata Adam merepek. Budak ni kalau tak merepek tak boleh ke.
End Flashback
"Ha macam tulah cerita dia," kata Faliq.Dia mengibas ngibas baju sukannya akibat cuaca yang hangat. Tanpa disedari baju Faliq terselak sehingga ternampak sixpack nya. Budak perempuan yang lalu lalang sudah menjerit teruja melihat.
"Kau nak show off sixpack pergilah tunjuk dekat isteri kau sendiri.Yang kau pergi show off dekat sini kenapa. Tengok diaorang dah menjerit," kata Ammar.Dia menumbuk perut Faliq.
"Weh, aku rasa kan.Hantu yang rasuk Erlin tu dah masuk dalam badan diaorang la. Tengok tu diaorang jerit jerit tu," kata Adam. Dia mengacah acah membuat signal pertolongan.
"Kau merepek apa bodoh. Haih nasib member kalau tak aku yang rasuk kau nanti," kata Faliq.
"Dah dah tak payah nak gaduh.Kang tak sempat pulak nak tengok si Erlin tu,"
"Alaa cakap jelah rindu.Auch abe Ammar malu malu babi la," kata Faliq dengan senyuman mengejek. Adam juga tidak terkecuali. Sampai merah muka Ammar menahan malu.
"Ottoke muka abe Ammar kita merahla,"
"Bodoh,"
𖦹𖦹𖦹
Erlin berjalan jalan menuju ke arah bilik kesihatan. Sesekali dia memandang bangunan bangunan yang ada di sekolah. Nasib baik diaorang jaga sekolah ni elok. Kalau aku dapat tau ada orang conteng dinding tu memang aku potong badan dia.
Tiba-tiba suara seseorang yang kedengaran familiar memanggilnya.
"Erlin,"
Erlin memandang gerangan itu sebelum terkejut. "Weh Amri ! Macam mana kau ada dekat sini?!" kata Erlin. Dia membelek belek badan Amri.Dipusingnya badan lelaki itu sehingga pening Amri dibuatnya.
"Ish apa belek belek ni.Taula aku hensem," kata Amri. Dia menepis tangan Erlin yang masih membelek belek badannya.Ingat aku ni patung ke apa.
"Kau nampak lain tho pakai baju ni,"
"Heh biasalah.Amri kan hensem.Semua baju yang dia pakai tetap nampak hensem," kata Amri riak. Dia tersenyum bangga sambil menyelak rambutnya ke belakang.
Nasib baik tak ada budak perempuan kalau tak habis bingit tempat ni.
"Poyo.Ha ni macam mana boleh ada dekat sini,"
"Eric suruh. Dia kata kau dalam bahaya sekarang. So dia suruh aku, Rayyan dengan Luth menyamar jadi pelajar dekat sini," terang Amri lengkap. Dia tahu yang Erlin mesti akan tanya salah seorang dari mereka.
"Kauorang kelas mana,"
"5 Cristal,"
Erlin membuntangkan matanya. Apeni.Tak adil la macamni. "Kenapa kauorang dapat kelas khas. Aku yang pemilik sekolah ni pun duduk dekat kelas bercampur," Tanpa disedari oleh Erlin dia sudah tersasul cakap . Dia memandang kiri dan kanan sebelum mengeluh lega. Nasib baik tak ada orang.
"Kitaorang kan hebat orangnya," kata Amri lagi. Pakcik ni kalau tak riak sehari tak boleh ke. Dah berapa kali aku muntah ni.
"Dahla aku nak pergi bilik kesihatan. Kang Ammar nampak kita berdua ni mampus aku," kata Erlin. "Okay. Jumpa nanti," ringkas Amri berkata sebelum pergi ke kelasnya mungkin.
Erlin hanya melihat pergerakan anak buahnya itu sebelum memusingkan badannya dan menuju ke bilik kesihatan. Tetapi,
Badannya kaku apabila melihat tiga jejaka berdiri di hadapan pintu sambil memandang ke arahnya. Dan yang paling tajam sekali adalah Ammar.
Lelaki itu memandang tajam ke arah Erlin. Muka lelaki itu membuatkan Erlin meneguk air liur.
'Kan aku dah cakap'
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...