☾︎ B A B 5 5 ☽︎

5.8K 404 39
                                    

Bang !

Bunyi tembakan yang kuat mengejutkan semua yang berada di dalam majlis tersebut. Ammar menyuruh anak buahnya membawa semua tetamu dan keluarga mereka pergi ke belakang majlis.

"Sayang, stay with me okay?" tanya Ammar perlahan. Erlin membuat buat takut. Ammar memeluk erat Erlin tanda memujuk. Dia tidak mahu gadis itu trauma dengan tembakan.

"Pegang tangan abang," Erlin terus memegang lengan Ammar erat. Ammar pergi ke kawasan yang agak terpencil dan jauh dari semua orang.

"Sayang duduk sini okay. Jangan pergi mana mana selagi abang tak datang," Erlin mengangguk. Dia menyorok di belakang dinding ditemani anak buah Ammar.

Ammar mencebik dalam diam. Macam mana dia nak tolong ni. Erlin memandang sekeliling tempat itu. Dia melihat ada hoodie yang tersangkut di ampaian hotel. Senyap senyap dia mengambil hoodie itu. Lantaklah siapa punya.

"Em saya nak pergi toilet boleh?" tanya Erlin lembut. Anak buah Ammar membawanya pergi ke tandas dengan hati hati. Dia tidak nampak bahawa gadis itu membawa hoodie.

Erlin terus masuk ke dalam bilik air lalu menukar pakaiannya. Dia melihat dirinya di cermin lalu melihat apa yang patut supaya semua orang tidak mengecamnya.

"Harap harapla budak tu tak cam aku,"

Erlin keluar dari bilik air. Dia beristighfar banyak banyak sambil jalan. Seketika dia menjeling anak buah suaminya itu.

"Cik,"

Erlin terkaku. Ha sudah kantoi ke.

𖦹𖦹𖦹

"Aku dekat tepi bangunan ni. Cepat sikit," kata Erlin perlahan. Dia melihat sekelilingnya sementara menunggu Eagle.

"Nasib baik tak kantoi tadi. Kalau tak mampus aku," adu Erlin perlahan. Hampir hampir kantoi tadi rupanya dia menegur kerana wallet Erlin jatuh.

"Sorry lambat," kata Luth yang baru sampai dengan senjatanya. Erlin melihat belakang lelaki itu. Dilihat Eagle sedang memasang senjata sambil memandang sekeliling bangunan itu.

"Siapa yang kacau kali ini," tanya Erlin.

"Ayah Emy. Dia tak puas hati Ammar kahwin dengan kau," jawab Amri. Erlin mengerut kening.

"Kenapa pula?"

"Sebab dia nak harta Dato Haikal. Dia tak puas hati kenapa business bapa mentua kau lagi berjaya dari dia," terang Amran pula.

"Bukan salah aku. Anak dia yang pergi lari," kata Erlin selamba.

"Yang lain dekat mana?"

"Semua aku suruh perhati anak buah orang tua itu. Tunggu masa je diaorang nak mampus," kata Rayyan. Dia memberi senjata kepada Erlin. Sudah tentu pistol kesayangannya.

"Yeah. My baby," kata Erlin teruja. Dia mengambil senjata itu dengan pantas. Erlin mengusap usap pistol itu takut ada yang calar.

"Siapa jaga team Knight," tanya Erlin tiba tiba.

"Aku," jawab Luth. Erlin mengangguk. Dia melihat computer dari tangan Amri. Erlin melihat jejak tanah suaminya tajam.

"Ikut aku," Eagle hanya mengikut ketua mereka walaupun mereka tidak tahu kemana mereka pergi.

Erlin berhenti tiba tiba. Dia membisik kepada anak buahnya supaya hanya memerhati. "Jangan masuk selagi aku tak suruh. Faham,"

Mafia Princess ©Where stories live. Discover now