Erlin meregangkan badannya setelah hampir beberapa jam memandu.Dia termenung sebentar memandang pokok pokok yang berada di taman itu.Mereka sekarang sudah tiba di rumah keluarga Ammar. Kata lelaki itu rindu nak duduk dengan keluarga. Sedang Erlin termenung, Ammar disebelahnya terjaga.
"Erghh,"
"Kita dekat mana sekarang?"tanya Ammar sebelum membetulkan rambutnya yang sudah kusut. Dia melihat mukanya di camera handphonenya. 'Hm hensem jugak aku ni baru bangun tidur. Untung betul siapa dapat aku,' katanya perlahan supaya gadis disebelahnya tidak dengar. Tetapi tidak kerana gadis itu dengar ayatnya dengan jelas sekali.
Erlin tergelak mendengar kata Ammar. Ceh kuat perasan betul mamat ni. "Euw perasan. Hensem kalau playboy buat apa," kutuk Erlin. Ammar tersengih malu. 'Dia dengar ke apa aku cakap tadi.Cis buat malu aku je,' kata Ammar dalam hati.
"Eh hello aku dah pencen okay dari jadi playboy," nafi Ammar. Erlin hanya mengangkat bahu. Daripada dengar celoteh mamat ni baik aku masuk rumah. "Dah keluar. Kat bilik kau pun ada cermin kan. Dah keluar keluar," Erlin membuka pintu kereta di tempat duduk Ammar. Gadis itu menarik tangan Ammar yang masih menguruskan rambut lelaki itu.
"Sabarlah . Rambut aku tak okay lagi ni . Kau perempuan kau taktahu," kata Ammar. Dia menyikat rambutnya dengan rapi. Entah sikat siapa dia rembat tu. "Bodoh kau. Ingat perempuan ni botak ke . Kitaorang pun ada rambut la . Baik kau keluar sebelum ..." Belum sempat Erlin menghabiskan bebelannya, Ammar menutup mulut gadis itu .
"Dah dah aku keluar . Eii sejak bila kau kuat bebel ni . Dah macam nenek aku dengar," rungut Ammar . Dia melepaskan tangannya dari mulut Erlin. "Nenek kau panggil aku? Sini kau!" Erlin menyepak lutut Ammar . Mereka bergaduh di depan rumah itu . Nasib baik tak ada jiran kalau tak buat malu je kena gosip. Mereka mula menyepak kaki masing masing sampai terlupa bahawa mereka sekarang berada di rumah keluarga Ammar.
𖦹𖦹𖦹
Di dalam rumah,
Seorang gadis di dalam biliknya sedang menyanyi sambil menyiapkan kerja sekolahnya. Sedang asyik dia membuat kerja sekolahnya , gadis itu terdengar suara seperti sedang bergaduh . "Siapa yang sibuk bergaduh waktu tengahari ni," kata Alyssa. Dia membuka sedikit tingkap biliknya. Dia mencari gerangan yang sedang bergaduh itu.
"Eh tu macam abang je . Dengan siapa dia bergaduh tu," kata Alyssa . Dia turun ke bawah dan mendapatkan mommynya. "Mommy, siapa yang bergaduh dengan abang dekat luar tu?" tanya Alyssa kepada Datin Amirah yang sedang masak. "Abang dah sampai ke?" soalan dibalas dengan soalan . "Dah tapi tengah bergaduh dengan siapa entah," kata Alyssa sambil mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Datin Amirah menggeleng kepala . Dekat mana mana mesti bergaduh haih budak budak ni . "Kejap mommy tengok depan sana," Datin Amirah terus keluar sambil membawa senduknya. Alyssa menahan ketawa . Habislah nanti .
"YAALLAH UZAIR! YANA! MASUK DALAM!" jerit Datin Amirah. Orang tua itu mencekak pinggang. Perangai tak macam 17 tahun langsung .
Situasi Ammar dan Erlin,
"YAALLAH UZAIR! YANA! MASUK DALAM!" jerit Datin Amirah. Mereka berdua yang sibuk menarik rambut masing masing itu terus terhenti . Mereka memandang antara satu sama lain . "Habislah kita," kata mereka serentak sebelum memandang Datin Amirah . "Okay mommy!" Mereka terus masuk ke dalam rumah . Tak sanggup nak dengar bebelan mommy .
Terus meletus ketawa Alyssa apabila melihat mommynya marah . "Ha gelak gelak apa tu Nayra? Nak kena bebel jugak ke," Alyssa terus berhenti ketawa sebaliknya tersengih . Dia masuk ke dalam rumah dengan cepat .
Ammar dan Erlin terus duduk di sofa sambil mencari nafas masing masing . "Kau lah ni tengok mommy dah mengamuk," kata Ammar sambil mengibas ngibas bajunya. Erlin membaling bantal kecil yang berada di sofa itu ke muka Ammar . "Eh apa aku pulak . Kau yang start dulu," kata Erlin .
"Ha gaduh lagi ! Apa nak jadi kamu ni . Dah besar pun bergaduh . Tak malu ke blablablabla ," bebel Datin Amirah yang sudah duduk di sofa bertentangan dengan dua anaknya itu . Ammar dan Erlin sudah pasrah dengan bebelan mommy mereka . Itulah padahnya bila bergaduh dengan Datin Amirah . Alyssa hendak ketawa melihat abangnya dan gadis yang tidak diketahuinya yang redha dengan bebelan mommynya .
Setelah habis dengan bebelan Datin Amirah, dia mengajak anak anaknya makan tengahari bersama. Dato Haikal sudah pergi pejabat tadi selepas mengambil barang Ammar di airport tadi. "Em mommy," tanya Alyssa. Datin Amirah yang mahu mencedok lauk itu memandang ke arah anak perempuannya. "Ye sayang, kenapa?"
"Siapa perempuan yang bergaduh dengan abang tu," tanya Alyssa berhati hati. "Oh yang tu akak Erlin. Dia dengan abang dulu childhood friends tapi berpisah bila kitaorang pindah Malaysia. Tak sangka pulak diaorang boleh berjumpa balik," terang Datin Amirah dengan senyuman manis. Dia memang berharap untuk jumpa dengan Erlin sekeluarga . Dia dah menganggap Erlin macam anaknya sendiri. Alyssa mengangguk kepala. Patutlah dia tengok gadis tu tak kekok .
"Dah jom tolong mommy hidang," Alyssa terus menolong mommynya . Tiba tiba Erlin masuk ke dalam dapur itu. Dia melihat seorang gadis yang agak muda itu sedang mencedok nasi . "Haii nak Yana tolong apa apa tak"kata Erlin lalu pergi ke arah Datin Amirah. Datin Amirah yang sedang membancuh air itu terkejut lalu menepuk lengan gadis itu. "Hish kamu ni terkejut mommy," Erlin tersengih . Dia suka menyakat Datin Amirah .
Erlin pergi ke arah gadis itu pula . "Haii, nama awak apa?" sapa Erlin dengan senyuman manis . Pertama kali dia senyum dekat orang yang tidak dikenali. "Nama saya Alyssa tapi boleh panggil Nayra. Nama akak apa?" kata Alyssa. Senyuman gadis itu membuatkan pipinya menjadi pau. Erlin tersenyum. Eii geram rasa nak cubit cubit je pipi tu .
"Nama akak Erlin Diyana tapi Nayra panggil je kak Yana," kata Erlin . Alyssa tersenyum . Dia suka melihat kakak di hadapannya. Cantik . Untung abang Uzair dapat kak Yana . " Dah habis ke cedok nasi tu Nayra? Jom pergi depan kesian pulak dekat abang tu tunggu lama lama," kata Datin Amirah lalu mengambil air yang dibancuhnya lalu pergi ke meja makan. "Yana, tolong ambilkan lauk yang mama letak dekat mangkuk tu," jerit Datin Amirah sedikit supaya gadis di dapur itu dengar dengan arahannya.
"Baik mommy!"
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...