"Yana! Dah siap ke belum tu?"
"Sikit lagi ma!" kata Erlin. Gadis itu sekarang sedang berusaha membentukkan awningnya.
"Ish time ni lah awning kau tak jadi," marah Erlin. Dia membetulkan sedikit tudungnya sebelum menyembur minyak wangi. Erlin bau sedikit badannya.
Setelah itu, dia mengambil beg tangan handphone dan walletnya.Sempat Erlin membawa pistolnya takut takut ada musuh menyerangnya semasa di majlis. Disebabkan Ammar King of Mafia jadi musuh akan peka.
Sebelum Erlin keluar , sempat dia melihat dirinya di cermin. Dia memusingkan badannya di hadapan cermin.
"Gaya aku ni dah macam aku yang pengantin baru. Mama lah ni suruh aku pakai macam ni," bebel Erlin. Kemudian, dia keluar dari bilik itu lalu turun pergi ke ruang tamu.
𖦹𖦹𖦹
Erlin keluar dari lif. Kedengaran suara bising di ruang tamu membuatkan Erlin terpinga pinga.
"Erlin!!!"
Erlin yang baru sampai di ruang tamu itu terkejut dengan jeritan abang dan adiknya. Pantas badan Erlin dipeluk mereka bertiga.
"Sampai hati baby tak bagitahu yang baby lari dekat sini," kata Eric. Dia memuncungkan bibirnya tanda merajuk dengan adik perempuannya itu. Erlick masih setia memeluk kembarnya manakala Erlen mencium pipi kakaknya.
Erlin tergelak. Dia ketawa melihat perangai adik beradik lelakinya yang manja itu. Erlin membalas pelukan kembarnya. Haih yang ni manja betul.
"Dah lama ke sampai sini," tanya Erlin. Dia melihat sedikit Erlick yang diam sahaja di dalam pelukannya. Lepas rindu lah tu.
"Kami dah lama sampai cuma pagi tadi baru datang sini,"jawab Eric. Erlin hanya membuat mulut 'o' nya. Erlen dari tadi menjeling Erlick tidak puas hati.
"Eh bang. Bagilah aku pula peluk Yana. Dari tadi kau peluk dia," marah Erlen. Dia menolak Erlick jauh dari Erlin.
"Suka hati aku lah kembar aku," kata Erlick. Dia pergi pula ke arah Puan Farda selepas dihalau Erlen.
"Cantik baby hari ini. Tak pernah abang nampak Yana pakai dress macam ni. Selalunya hoodie je memanjang," kata Eric diselitkan perlian. Erlin ketawa dengan ayat abangnya. Dia juga pelik melihat dirinya . Tak sangka selepas sekian lama dia memakai seperti lelaki dan hari ini dia memakai dress.
"Kamu dah siap ke Yana?" tanya Puan Farda yang baru datang dari ruang tamu.
"Dah mama,"
"YaAllah sayang. Cantiknya kamu," puji Puan Farda. Dia melihat seluruh inci di tubuh anak daranya sebelum memeluk Erlin.
Erlin membalas pelukan mamanya erat. Dia tersenyum bahagia melihat wajah Puan Farda yang gembira.
"Tak ada lah mama. Biasa biasa je," kata Erlin perlahan. Mereka melepaskan pelukan masing masing. Puan Farda memegang pipi Erlin dengan lembut . Dia mencium dahi Erlin sebelum menarik tangan anak daranya ke ruang tamu.
"Jom abang. Anak kita dah turun. Nanti lambat pula sampai majlis tu," kata Puan Farda teruja.
"Biarlah lambat pun. Bukan Erlin yang nak kahwin," kata Erlen selamba. Tanpa sedar kata itu membuatkan hati Erlin terasa. Mukanya mendung sebentar sebelum mengukirkan senyuman pahit.
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...