"Ergh,"
Gadis itu mengeliatkan tubuhnya.Dia melihat jam di meja yang terletak di sebelah katil.
Erlin bangun lalu bersenam sekejap sebelum mandi.Itulah rutin harian dia setiap hari.Mana tak kurus macam lidi.Selepas habis bersenam,dia mengambil tuala dan bajunya lalu masuk ke dalam bilik air.
Selesai mandi,dia mengambil wudhu lalu meletakkan sejadah untuk solat subuh.Selalunya dia solat ramai ramai tapi disebabkan dia malas nak keluar jadi dia hanya solat sendirian.
Erlin pergi ke wardrobe untuk mengambil pakaiannya.Harini dia,Ammar dan adik beradiknya akan balik Malaysia.Disebabkan itu,dia nak packing barang barangnya takut tertinggal.
Tulah kau orang suruh packing semalam kau main game ha padan muka.
Sedang sibuk dia packing barang,pintu diketuk dengan kuat.Dia memandang pintu yang bergegar dengan ketukan gerangan itu.
"Woi,woi ketuk tu nak bagi satu istana dengar ke!"jerit Erlin.Dia terus membuka pintu dengan muka dingin.Eric,Erlick dan Erlen tersengih memandang gadis di hadapan mereka.
"Sengih sengih.Kalau hensem tak apa jugak ni muka macam monyet dekat hutan je,"kata Erlin selamba lalu pergi ke tempat tadi.Gadis itu mengabaikan muka tiga beradik yang sudah ternganga.
"Monyet kau kata dekat aku.Eh kau tau tak aku ni lah yang paling ramai orang nak.Kau patut bangga ada abang macam ni,"kata Eric dengan riaknya.Hidung lelaki itu sudah kembang.Boleh muat syiling 50 sen kalau letak dekat hidung tu.
Erlen dan Erlick membuat muka jijik mendengar kata abangnya tadi.Hensem kalau single buat apa.Semua orang dia reject habistu meroyan kenapa single.
"Korang nak apa datang bilik aku ni,"kata Erlin yang sedang melipat bajunya dan dimasukkan dalam bagasi.
"Saja kacau kau.Mana tau tengah tidur lagi ke,"
Erlin menjeling tajam kepada mereka bertiga.Siapa yang selalu bangun lambat sekarang ni.Tiga beradik itu hanya buat muka selamba.Eric membuka tv manakala Erlen dan Erlick sedang berguling guling di katil Erlin.Macam budak budak ribena.
"Yah anjing!Aku baru tegang katil yang kauorang duk guling guling kat atas katil aku buat apa.Bangun sekarang!"kata Erlin geram dengan dua lelaki itu.Tetapi Erlick dan Erlen membuat muka tak kesah sebaliknya berguling guling lagi.
Eric yang khusyuk dengan kdrama di tv itu hanya buat taktahu dengan adik adiknya.Gaduhla korang janji aku dapat tengok penthouse aku dengan tenang.Erlin yang geram itu terus menyepak bontot Erlick dan Erlen.
Gedebuk!!
Mereka jatuh dari katil Erlin.Muka masing masing berkerut atas sepakan padu gadis itu.Orang dah bagi cara baik taknak bila aku bagi cara jahat baru nak patuh.
"Sakitlah kak!"
"Sakitlah Lin!"
Erlin hanya buat tak tahu.Tulah aku dah suruh bangun taknak ha rasakan sepakan aku.Dia terus menyambung meletakkan barang di bagasi.
Eric yang melihat adiknya disepak oleh Erlin terus ketawa dengan kuat.
"Sedap?"
YOU ARE READING
Mafia Princess ©
Action☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yang sangat misteri.Dia sangat manja bersama keluarganya.Hidupnya sangat ceria dan bahagia sehingga ora...