☾︎ B A B 1 2 ☽︎

7.1K 484 25
                                    

Mereka sudah sampai ke IOI Mall dengan menaiki kereta Erlick.Erlin diapit oleh adik dan kembarnya di tengah tengah.Tanpa disangka,mereka memakai baju dengan tema yang sama

Mereka bertiga yang merupakan instafamous itu membuatkan mereka jadi perhatian di mall tersebut.

"Erlick,kenapa kau tak pakai topi hah,kau tak sedar ke yang kau tu instafamous,"bisik Erlin keras kepada Erlick.Erlen yang disebelah sedang sedaya upaya menutup muka mereka.

"Aku lupa aku letak dekat mana topi,"katanya selamba.

Mereka bertiga mula berpecah belah dan membeli barang sendiri.

Erlin terus pergi ke kedai H&M untuk membeli hoodie dan sweatshirt. Dia memang seorang penggemar hoodie dan sweatshirt lagi lagi yang berwarna hitam. Sebab itu dia digelar Black Shadow.

Sedang Erlin memilih baju, tiba tiba ada seorang lelaki memanggilnya,

"Erlin?"

Erlin yang mendengar suara yang familiar itu terus memandang lelaki itu sebelum memberi reaksi terkejut.

"Ammar?! Kau buat apa kat sini?"katanya dengan terkejut.

"Aku beli barang perkhemahan dengan Adam dekat sini,kau buat apa kat sini,"tanya Ammar dengan hairan.

Belum sempat Erlin menjawab, Erlen yang entah dari mana datang dekatnya.Dia terus memberi isyarat kepadanya. Erlen yang faham akan isyaratnya terus mengangguk kepala dan pergi dekat Erlin. 

"Lah baby kat sini rupanya baby penat bie cari," katanya dengan suara yang acah lembut. Erlin cuba untuk menahan dari membuat muka geli.

Ammar yang pelik memandang kami berdua itu terus berkata,"Eh kau Erlen kan?".

Erlen yang perasan Ammar memanggil namanya terus berkata,"Ye? Eh kau Ammar kan? Kau buat apa dekat sini?"tanya Erlen bertubi tubi.

"Aku beli barang untuk perkhemahan dengan kawan aku kat sini,"

"Oh aku teman baby aku beli barang untuk perkhemahan jugak nanti. Kan baby kan?" kata Erlen kepadanya.Erlin hanya tersengih awkward memandang Erlen sebelum berkata,

"Erk ha haah betulla cakap Erlen tadi. Jom bie, baby dah siap beli baju," kata Erlin dengan tergesa gesa menarik tangan Erlen.

"Bye Ammar jumpa lusa!" jerit Erlin supaya Ammar mendengar ayatnya.

Selepas dia yakin yang mereka sudah jauh dari tempat tadi,Erlin terus menyuruh Erlen berhenti.

"Weh Erlin asal jalan cepat sangat hah.Huh..huh..," kata Erlen lalu terus menarik tangan Erlin untuk duduk.

"Kenapa kau lari daripada Ammar tu?"katanya dengan termengah mengah mencari nafas akibat berlari tadi.

"Ha erk saja je lari daripada dia lagipun dia kan playboy," kata Erlin tergagap gagap.

"Kau satu sekolah ngan dia ke? Kenapa dia beli barang untuk perkhemahan jugak,"tanya Erlen.Erlin hanya mengangguk kepala tanda ye.

Ammar yang nampak Erlin dan Erlen yang nampak tergesa gesa tadi terus memandang mereka dengan fikiran yang bercelaru.

"Macam mana Erlin boleh kenal Erlen?Erlen kan budak sekolah sebelah macam mana dia boleh kenal .Haih kenapa kau nak jealous Uzair dia anggap kau kawan je," katanya sendirian lalu pergi meninggalkan kedai tersebut.

Incoming call from Adam gedik

"Woi kau kat mana"

Mafia Princess ©Where stories live. Discover now