B A B 3

529 16 0
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

"Uwais Ash" seorang jejaka dengan berpakaian santai mengapai tangan adik lelaki nya dengan riak wajah yang risau.

"Ash pergi mana hm, abang cari tak jumpa. Abang Zair risau tau tak" pipi Uwais ditekupnya geram.

Uwais memasang riak sakit, ditepis tangan abangnya sebelum tersenyum.

"Ash kat sini je dengan akak" Uzair berpaling melihat gerangan yang dimaksudkan oleh adiknya.

Terkejut, yah dia terkejut gadis yang merangkap puteri itu adalah kakak yang dimaksudkan oleh adiknya. Damia Aulia tersenyum ringkas, pelik dia melihat renungan jejaka yang sedang mencangkung di hadapan Uwais itu.

"She's alone in here, i see her tears fall so i decide to come and give her a tissue. Kan ummi pernah bilang Allah tidak suka hambanya menangis" kali ini Damia benar-benar terpukau dengan kefasihan kanak-kanak berumur 5 tahun ini.

Kecil-kecil dah fluent bahasa inggeris.

Uzair Affan yang tampak bangga menyerabaikan rambut adiknya sebelum dia berdiri memegang tangan kecil itu.

"Kak, terima kasih sebab jaga Uwais walaupun hakikatnya Wais yang temankan akak dari kesedihan akak tu" ujar Uwais tersengih, Damia tertawa kecil.

"Lain kali jangan kejar butterflies tau nanti sesat lagi" dicubit pipi Uwais gemas.

Uzair Affan hanya mendiamkan diri, dia terasa kaku dan gagap bila berhadapan dengan seorang puteri yang disembunyikan identiti nya daripada rakyat kerana sebab yang mustahak.

Ini juga pertama kali dia bertemu dengan puteri kerajaan Warz secara berhadapan. Tidak dinafikan gadis ini mempunyai paras rupa yang cantik, dan yang paling dia kagumi adalah iris mata coklat yang serupa dengan arwah Puteri Evanatasia.

"Wow abang dah falling in love ke? Sampai Wais panggil tak sedar-sedar" mati lamunan Uzair bila tangannya dipukul oleh adik sendiri.

Uzair hanya berdehem, beberapa detik dia membuang pandangan sebelum tangan kecil adiknga digenggam.

"Terima kasih, makcik" sengaja ingin mengusik dengan panggilan, Uzair sembunyi senyum.

Damia memejamkan mata, ish lelaki ini tak nampak ke wajah dia yang flawless ni nampak muda, pandai-pandai saja panggil orang dengan gelaran puan.

"Sama-sama, pakcik" kali ini Damia menekan gelaran pakcik itu dengan sengaja.

"Bye kakak cantik" tangan kecil itu menyalami tangan Damia tanpa disangka oleh kedua-dua mereka.

Uzair sekali lagi tampak bangga dengan sikap hormat adiknya.

'cup

Oh no.

Terkejung badan Damia bila pipi nya dicium sekali oleh Uwais. Come on Damia budak-budak je pun kau dah kejung begitu.

Uzair tergelak kecil.

"Wais tak boleh macam tu, ambil kesempatan eh" hidung adiknya dicuit, nakal Uwais ni.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now