B A B 9

214 14 0
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Sejak semalam dirinya tidak habis berfikir tentang hal yang terjadi, Damia memandang ke luar tingkap. Suasana luar sangat tenang berbanding di dalam kelas yang menanti subjek seterusnya.

Tadi, dia ada terserempak dengan Uzair tetapi dia hiraukan jejaka itu yang sibuk mengeluarkan barang di dalam keretanya. Dia malas bertembung dengan sesiapa hari ini.

"Damia, kerja Miss Jane awak dah siap?" Humaira menegur.

Damia menggeleng, kepala disembamkan ke atas meja. Pening.

"Awak ada masalah?" tanya Humaira prihatin.

"Kau rasa aku ada masa ke cerita masalah aku dengan orang macam kau, tak kan?" ujar Damia malas.

Mood dia betul-betul ke laut hari ini.

"Tak baik pendam seorang-seorang, Humaira tu cuba untuk tenangkan kau, kau marah dia pula" Damia menjeling Naya yang duduk di meja hadapan mereka.

Damia mencapai jaket kolej yang bergantung di kerusinya sebelum keluar daripada kelas itu.

Malas memanjangkan bualan di antara mereka. Dia melangkah ke tempat loker, alang-alang itu lebih baik dia tukar pakaian terlebih dahulu sebelum subjek sukan bermula.

"Kalau kau duk intai aku lagi, tangan aku tak teragak-agak tampar kau" sambil menutup dan mengunci loker dia berbicara.

Seorang gadis yang bersembunyi di balik dinding keluar dengan sengihan tak bersalah.

"Hai" tegur gadis itu.

Damia merenung tajam dari atas dan ke bawah gadis itu, cuba meneliti gaya dan personaliti gadis itu.

"Kau nak apa?".

"Err Sir Uzair minta saya untuk sampaikan yang sir nak jumpa akak di pejabatnya".

Ha sudah, dia nak lari dari masalah pun susah kalau asyik nak berjumpa di kolej ini.

"Dahtu yang kau menyorok macam nampak hantu kenapa?" ujar Damia.

"Saya nervous, akak kan suka sorang-sorang takut akak tak suka saya" gadis itu menunduk lemah lembut.

"Aku memang suka menyendiri tapi aku tak makan orang pun, dah kau boleh masuk kelas" gadis itu mengangguk dan berlalu pergi.

Setelah siap menukar pakaian sukan, Damia masuk kembali ke dalam kelas.

Kening Damia berkerut melihat susuk Uzair yang berdiri di depan meja guru dalam kelas mereka. Subjek dia takde hari ni, asal pula dia masuk.

"Ha tu Damia" Said menunjuk susuknya yang berjalan ke dalam kelas.

"Awak pergi mana?" soalan Uzair dipekakkan.

"Damia, Allah bagi telinga jangan disia-siakan" perlian Afiq berjaya membuatkan Damia memandang Uzair tajam.

"Tenangkan fikiran" jawab Damia datar.

Uzair sekadar mengangguk, dia faham di sebalik maksud ayat gadis itu. Dia juga yang memberi masa untuk gadis itu berfikir walaupun hakikatnya mereka akan dikhawinkan juga.

"Awal kau tukar baju eh" Naya memusingkan kerusinya ke arah meja Humaira dengan cemberut.

Damia mengeluarkan telefon dari begnya, sekarang bukan masa belajar lagipun Uzair hanya menggantikan cikgu mereka yang tidak datang.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now