B A B 50

92 4 0
                                    


Evelyn Eliana terbangun dari tidurnya apabila bunyi getaran telefonnya menganggu. Dengan mamai dia menyambut panggilan tersebut.

Julia martin calling

"Ye apa?"

"Hey aku dah tunggu kat pondok security tau tak?"

Mengingati sesuatu dia terus bangkit ke balkoni bilik tidak ingin mengangguk Uzair yang sedang tidur sekaligus tidak ingin perbualan mereka didengari.

Dahi ditepuk, lupa.

"Flight dia pukul berapa?"

"6 am"

Evelyn memerhati sejenak skrin telefonnya yang baru menunjukkan pukul 5:07 subuh.

"Tunggu aku"

Panggilan dimatikan, dia meletakkan terlebih dahulu telefonnya lalu berlalu ke tandas membersihkan diri.

Siap mengenakan pakaian sesuai dia mendekati Uzair, lelaki itu tampak kelelahan selepas saja pulang dari pangkalan. Dikucup pipi suaminya sebelum dia keluar dari bilik.

"Sorry".

Julia menghidupkan enjin kereta setelah melihat kelibat Damia yang berlari anak ke arah kereta nya.

Kereta membelahi jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Alaska. Kedua-dua gadis itu tahu yang mereka bakal dicari dan dimarahi oleh yang lain. Tapi mereka tidak ambil peduli tentang semua itu.

Hanya saja Emilya yang tidak mengikuti mereka disebabkan gadis itu diminta untuk menjaga Raja Firhad dan Emilya juga tahu tentang rancangan mereka.

Mereka mengejar Aisyila ingin mengorek rahasia gadis tersebut, Damia yang yakin sangat bahawa gadis itu ada kaitan dengan Raja Daus.

Tiba di Lapangan Terbang, ticket menuju ke Singapura dipesan, sasaran mereka sudah diaim. Aisyila sedang berbual dengan seorang lagi guru taska.

Aisyila merupakan guru di taska dan hari ini dia Dan dua orang guru yang lain akan ke Singapura atas urusan kerja. Itu lah sebabnya Damia dan Julia mengejar gadis ini.

"Nah, makan sikit" roti berperisa coklat Oreo dihulur pada Damia.

Julia meletakkan snek yang lain di smapingnya, dia melihat Damia yang sedang bermain telefon.

"Tak yakin dengan keputusan kau?" Tanya nya tiba-tiba.

Damia menggeleng.

"Aku nak habiskan semua nya sebelum aku dinobatkan sebagai ratu nanti" itu kemahuan nya sekarang ini.

Dia ingin selesaikan semua nya!

Bunyi notifikasi dari Emilya segera dia baca, Julia yang leka menyuap keropok potato turut megintip perbualan mesej yang diterima.

Hani <3
-kak, dah sampai Singapore?
-jangan lupa gambar tau hehe

Dua gadis itu tersenyum merasa comel dengan mesej yang dihantar oleh Emilya.

"Weh kenapa Aisyila keluar?" Julia yang sedar sasaran mereka berlalu keluar dari Lapangan Terbang segera mengejar.

Julia bersembunyi, gadis itu tampak tergesa-gesa. Beg bagasi Aisyila yang di dorong gadis itu buat dia yakin bahawa penerbangan Aisyila dibatalkan tapi kenapa?

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now