B A B 15

217 10 0
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Sudah tiga hari berlalu Uzair masih di
kerajaan Alaska tanpa khabar kepada mereka. Engku Qaila yang paling risau dengan anaknya itu.

"Ummi Amar yakin abang tak mati lagi".

'pak

Tak semena-mena kepala nya dipukul oleh Amir, ada ke patut cakap macam tu.

"Ayat kau menambahkan kerisauan ummi tau tak" marah Amir tegas.

Damia yang diam menikmati makanan turut memikirkan keberadaan Uzair. Dia mengalihkan pandangan ke arah Amir yang memanggil namanya.

"Damia, dia ada call ke?" Amir bertanya mesra.

Dia tidak salahkan Damia dalam kejadian dimana hari jadi anaknya berlangsung. Malah, dia memarahi sikap Anna yang suka mulakan masalah.

"Takde pula" jawab Damia.

"Kereta Damia masih kat rumah sana ke, kalau tak abang boleh hantar kan sekali dengan dua kembar ni" ujar Amir sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut anaknya.

Selama ketiadaan Uzair dia perasan yang adik iparnya itu menumpang  kereta bersama Idlan sahabatnya, dan tadi Idlan menghantar mesej kepadanya yang dia tidak dapat mengambil Damia kerana sakit.

Idlan lah yang meminta Amir untuk menghantar sahabatnya itu. Kereta bmw Damia masih berada di rumah Encik Awangku hanya sahaja Damia yang malas hendak ke sana untuk mengambilnya.

"Id yang mesej abang tadi minta tolong untuk hantarkan Damia sekali, dia sakit" skrin telefonnya yang memaparkan mesej Idlan disua kepada Damia sebagai bukti.

Adik iparnya tidak mudah mempercayai orang.

"Ok" angguknya.

"Yeh boleh singgah kolej kakak" teruja Qaira bila mendengar kata setuju Damia.

"Ha sudah, nak stalk Usman lah tu" perli Amar.

"Siapa Usman?" tanya Damia kehairanan.

Usman? Satu kolej dengannya ke? Sumpaj tak kenal.

"Anak jiran, Usman junior kau dekat kolej tu, mungkin kau tak kenal sebab budak tu jarang berinteraksi dengan orang. Malu dan pandai jaga pandangan, ni ha budak ni selalu curi pandang ke rumah jiran nak stalk Usman tapi kenyataannya Usman selalu terperap dalam rumah keluar pun kalau ada hal di masjid maklum lah anak ustadz dan ustadzah" jelas Amir panjang.

Patutlah Qaira boleh terpikat, lelaki yang soleh rupanya.

"Kau yakin ke dik boleh bercinta? Jumpa dengan lelaki pun takut macam nak nangis" dengus Amar.

"Tulah yang Iris fikirkan hm, adik pun ada hati juga" makanan dikuis hilang selera.

"Alah baguslah tu kalau Iris jarang berinteraksi dengan lelaki sebab boleh jaga ikhtilat" ujar Munira memberikan senyuman kepada adik iparnya.

"Yah tu yang Iris suka" ujar Qaira.

"Dah dah korang dah lambat ni asyik berbual je kerja" Engku Emir yang hanya mendengar perbualan anak-anaknya dan menantunya menyampuk.

"Eh Amar tak sedar pula ada ummi dan abah kat meja" gurau Amar.

"Kau memang kalau berbual tak ingat dunia, jom Iris" Amir mangamit tangan Qaira setelah berpamitan dengan kedua ibu bapanya dan isterinya.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now