B A B 38

179 4 0
                                    


Pelatih dan beberapa anggota tentera yang beraktiviti di padang dipandang dari atas astaka. Damia tidak henti memandang ke satu tempat dimana Raja Firhad sedang berbicara dengan beberapa anggota tentera yang diyakini mempunyai pangkat tinggi.

Mereka sekeluarga datang ke pangkalan buat pemeriksaan untuk majlis kedatangan pelatih tentera muda petang nanti. Cepat masa berlalu Dan esok suaminya akan meninggalkan Malaysia atas tugasan.

Tetapi sekarang ini dia tidak tahu dimana suaminya menghilang, batang hidung pun tidak terlihat di padang.

"Nah" pandangan teralih ke sampling, kening berkerut dengan susuk lelaki di sebelahnya yang berpakaian lengkap seorang tentera.

"Tuan puteri, saya tahu awak tengah haus sekarang ni. Minum lah" huluran air mineral terpaksa dicapai.

Wajah lelaki itu sedikit pun tidak menarik perhatian ya malah dia lebih tertarik dengan sekumpulan tentera yang berkawad kaki.

"Saya Haqim rakan seunit Uzair juga, tuan puteri jangan lah takut" wajahnya ini menakutkan ke sehingga tuan puteri sendiri tak pandang.

Damia merenung tajam wajah tersebut. Sumpah dia belum mengingati wajah-wajah rakan unit suaminya.

"Saya ada permintaan berkaitan dengan Tuan Uzair" bualan itu membuat Damia ingin tahu selanjutnya.

"Apa?".

"Tuan puteri tolong pujuk dia untuk tidak menyertai misi esok boleh, seluruh unit risau benda terulang lagi" ujar Haqim serius.

"Maksud kau?" Dia tahu dia sekarang seperti seorang yang busybody.

"Arwah Inn Farhan meninggal disebabkan tugasan yang berat di negara lain. Dia rela korbankan nyawa sendiri demi yang lain sebab dia ketua atasan".

"Dan Uzair merupakan yang paling dekat dengan arwah dahulu. Kami takut dia akan buat seperti arwah Inn juga" dilirik sejenak wajah Damia.

Tak boleh lama-lama isteri ketua sendiri, kang kena sepak muka dia yang kacak ni.

"Saya tahu bagi orang lain ianya hal biasa tapi kami yang sejak remaja dilatih bersama taknak kami kehilangan seorang lagi rakan unit kami, cukuplah Inn Dan Kamal yang sekarang ini sedang direhatkan akibat cedera yang serius".

"Kami kenal Uzair, dia takkan biarkan anggota lain terkena tempias kecuali diri sendiri. Kami tak dapat serta kerana misi tersebut berat, kami juga tak boleh nafikan kehebatan dia".

"Jadi tolong pujuk dia lagi, tuan puteri Evelyn" rasa kasihan pula Damia dengan suara rayuan Haqim.

Haqim dapat lihat dari jauh susuk Uzair yang berjalan bersama beberapa anggota ingin memasuki astaka padang ini.

"Saya pergi dahulu" senyuman tipis dia tujukan.

Uzair berjalan ke arah Raja Firhad. Dia tidak sedar lagi kewujudan isterinya yang berada di astaka atas. Mereka tidak pergi bersama tadi kerana dia tidur di pangkalan sudah dua hari.

"Tuanku" tunduk hormat dia berikan pada Raja Firhad.

"Maaf atas kedatangan saya sedikit lewat, ada urusan yang saya kena buat di luar tadi" ujar Uzair.

"Tidak mengapa".

"Tuan Uzair" seorang anggota perempuan datang menegur di sampingnya.

"Saya perlu bercakap dengan Tuan secara privasi".

"Izinkan saya Tuanku" perempuan tersebut meminta izin.

Setelah menerima keizinan meminjam Uzair, mereka berdua berjalan sedikit jauh dari Raja Firhad.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now