B A B 56

85 5 0
                                    


Raja Daus menghambur buku-buku yang berada di atas meja, tab yang memaparkan video tentang kes kematian Putera Farel tersebar luas di media sosial. Komen-komen negatif yang banyak dia terima.

"Wahid, ini semua salah budak haram tu" amuk Raja Daus.

"Kalau bukan disebabkan kecuaian nya ini semua takkan terbongkar lah" bermundar mandir dirinya berfikir.

"Cari dan bunuh lelaki tu".

Dua pengawal nya mengangguk keluar dari ruang istana. Putera Farin yang pada ketika itu membuat penyamaran memandang sinis raja yang sedang serabut itu.

"Apa rancangan Tuanku?" sengaja dia menyoal.

"Aisyila tak boleh diharap, dia dah terperangkap di kurungan istana Firhad. Bodoh" sekali lagi Raja Daus mengamuk membaling sebuah fail pula.

Putera Farin mengejar langkah raja tersebut yang laju menuju ke arah sesuatu tempat.

Putera Farin meneliti dengan cekap di dalam sebuah bilik rahsia yang tidak pernah dia masuki.

"Ini adalah satu-satunya harapan" Putera Farin menggenggam penumbuk dalam diam.

Sebuah bom berkuasa tinggi yang mampu meletupkan semua kawasan istana jika dihidupkan. Unit Uzair pernah dihantar untuk menganangi bom tersebut agar tidak meledak ke kota tahun lepas.

"Saya perlukan sebuah kapal hacksaw untuk membawa bom ini dan letupkan tepat pada istana Firhad dalam beberapa hari ini secara senyap. Panggilkan pekerja untuk menyiapkan bom ini" Raja Daus memandang hairan lelaki di belakangnya tadi yang diam.

"Kau dengar tak?" senada menjerit bila pengawal peribadi nya itu diam.

"Baik Tuanku" Putera Farin menunduk patuhi.

Mendengar setiap bait bicara Putera Farin tentang rancangan tersebut, mereka semua beriak geram, marah dan ada yang tidak berpuas hati.

"Dia yang buat masalah dahulu dia pula yang marah. Dasar palyvictim" Emilya mencebik marah di sandaran bahu sang kakak.

"Cuba lah letupkan, kalau kita jadi hantu, kita kacau dia malam-malam" Emilya mengangguk menyetujui ujaran Ivan.

"Ini bukan perbincangan budak darjah tahu tak? Ish dua budak ni" tergeleng kepala Putera Farin.

Damia mengangkat sejenak kepala adiknya yang bersandar kerana merasa pegal di bahu.

"Kita akan kosongkan kawasan istana ini dalam beberapa hari or maybe, Uzair saya perlukan bantuan anggota" ujar Putera Farin.

"Saya perlukan tiga orang tentera udara yang korang kenal untuk menghalangi kapal hacksaw pihak musuh sebelum mereka tiba di kerajaan sana"

"Tak perlu, biar aku saja yang melengahkan masa kapal udara diorang" laju kepala Damia berpaling ke arah suaminya di sebelah.

Again? Uzair yang sedar seperti diperhati hanya mengabaikan. Dia tahu siapa dan mengapa susuk itu memerhati nya.

"Okey"

"No"

Serentak Putera Farin dan Damia berujar tetapi lain pendapat. Uzair membalas renungan isterinya dalam.

"Why?" lembut Uzair bertanya.

"I was success in mission yang sama kaitan dengan masalah ini, sayang?" terjongket kening Uzair.

"But it's different, kita tak tahu nasib yang kita akan hadapan nanti. Mungkin awak berjaya pada misi dua tahun lepas tapi tahun ni I'm too scared" walaupun riak itu datar tetapi Uzair tahu isterinya risau Dan sedih.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now