B A B 7

320 13 3
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Uzair berlari laju memasuki kawasan kem tentera kerajaan Alaska. Dia bergegas menuju ke sini setelah mendapat berita tentang kehilangan seorang rakannya dalam misi.

"Tuan" Uzair mampu mengangguk kepada Pengawal kem.

Terasa berkaca mata nya bila melihat susuk ataupun mayat yang pucat tidak berdarah sedang terbaring di atas katil belum dikebumikan kerana dia yang memberi arahan untuk dia berjumpa dengan arwah dulu.

"Inn aku balik, aku balik tampa sempat ucapkan selamat tinggal untuk kau secara lisan, bangun Inn" tubuh kaku itu digoyangkan.

Cuba menafikan perkara yang berlaku.

"Inn tak kelakar gila, aku dah balik ni" nada suara nya bergetar.

Tubuh kaku itu tidak memberi respon.

"Tuan" seorang pelatih mencengkam tangannya yang ingin menggoyangkan lagi badan kaku arwah Inn.

"Inn bangun, kau cakap kau akan tunggu aku balik bila misi aku dah selesai" tanpa sedar semua pelatihnya sudah memasuki khemah itu dan melihatnya menangis.

"Maaf Tuan Uzair, arwah Inn terlibat dalam pertempuran dengan Kerajaan Sutera-".

"Diam Dani, dia akan bangun" tetap menafikan pemergian arwah.

Arwah Inn yang dikenali sebagai orang kanan dan juga orang yang membesar bersama dengannya sejak kecil. Kedua-dua memasuki kem tentera ini di usia 16 tahun dan merasakan kesusahan dan kesenangan bersama, berkongsi cerita dan masa bersama.

Arwah Inn juga yang banyak menolongnya untuk berlawan dan tetap kuat.

Tetapi kenapa sekarang arwah Inn yang kelihatan tidak kuat dan tidak bermaya.

"Tuan Uzair, arwah dah tiada. Redha tuan, saya tahu perit ditinggalkan orang terpenting dalam hidup tuan" pujuk seorang lagi pelatih.

"Aku bodoh kan, dia kata dia nak ucap selamat tinggal pada aku beberapa hari lepas dan aku dengan senang-senang nya cakap benda mengarut padanya sedangkan itu adalah petanda yang dia memang betul tinggalkan aku" Uzair menggigit bibir menahan esakan.

"Tuan, keluarga arwah Inn mahu arwah dikebumikan sekarang" Uzair mengangkat wajah menikam tajam pelatihnya.

"He's not death, this is not him. Where is Inn? You fucking pranking me right? Hahaha the prank is not success Inn wake the fucking up" jeritan Uzair tidak dianggap bingit malah dianggap sebuah kesedihan.

Tubuh kaku arwah Inn digoncang nya lagi. Semua pelatih hanya mampu diam tidak bersuara, hati nereka ikut sedih melihat ketua mereka begitu.

Uzair sudah siap berpakaian askar lengkap, mereka akan beri penghormatan terakhir kepada arwah Inn. Wajahnya ditayangkan seperti biasa, selepas sahaja dipujuk oleh beberapa askar barisan hadapan, dia redha.

"Semuanya berlaku dengan cepat, maafkan kami Uzair" Asad menepuk bahu Uzair yang melemah di hadapan tanah kubur arwah Inn.

Asad juga terlibat dalam misi pertempuran itu, dia hanya cedera pada tangan. Dia lah orang yang terakhir bersama dengan arwah Inn sebelum arwah mati kena tembak dan terkena serpihan bom.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now