B A B 13

208 12 0
                                    



__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________


Meriah sahaja rumah agam keluarga Engku Emir dengan sambutan hari jadi Bunga Insyira, Ramai kanak-kanak jiran dan keluarga yang hadir.

Tema fairytale adalah tema yang dimahukan oleh Insyira. Budak berusia 3 tahun itu paling ceria bila melihat pelamin fairytale yang dihias.

Sesuap kek dimasukkan ke dalam mulut, Damia berdiri memeluk tubuh merenung ke arah Anna yang tersenyum-senyum memandang Amir dari jauh. Kepala digelengkan, memang sah gatal dia tu suami orang pun dia nak kebas.

Damia melilau pandangan ke sudut ruang tamu rumah, dia mencari keberadaan Qaira Iris. Apabila mata tepat pada sasaran yang dia cari laju sahaja dia melangkah mendekati Qaira yang berbual dengan rakan universiti nya.

"Akak! Akak!" Uwais yang berlari ke arahnya membuatkan dia tersenyum.

"Wais lapar, ummi sibuk dengan kakak Nirah" mengadu budak itu sambil memegang perutnya.

"Tunggu sini, kakak ambil makanan " Uwais mengangguk, tubuhnya di dudukkan di atas kerusi.

Dalam leka mengambil jenis makanan untuk Uwais  tanpa menyedari kehadiran Anna ynlang berdiri belakangnya.

"Eh you" panggil Anna dengan gaya angkuhnya.

Damia berpaling sekilas menghiraukan gadis itu yang sengaja mencari pasal dengannya.

"Kenapa you yang khawin dengan abang Zair. Abang Zair ni tiada taste ke pelajar dia sendiri dijadikan isteri? Both of you memang bercinta ke atau you goda abang sepupu I tu" sungguh banyak pertanyaan Anna.

"Excuse me miss Anna, aku goda dia? Nonesense"  balas Damia datar.

Anna memeluk tubuh memandang tidak suka terhadapnya, pakaian Damia yang nampak biasa membuatkan dia yakin yang gadis ini tidak setaraf keluarga mereka.

"Kalau you nak tahu I dengan dia pernah berjanji untuk berkhawin tau sejak kecil, dia sayang sangat kat I sepertimana I sayangkan dia" sambil memintal-mintalkan rambut gaya Anna berbicara.

"Setakat ayat budak-budak dahulu memang lah aku pun pernah buat" jawab Damia sarkastik dengan mentertawakan ayat Anna.

Anna mencengkam tangannya tetapi langsung tak memberi kesan kepadanya. Renungan mereka berdua sama tajam.

"You dengan Munirah sama saja, sombong" ujar Anna.

"Kenapa mak bapa you tak pernah ajar adab ke? Kurang kasih sayang".

Damia mengetap bibir.

"Kau-".

'pang

Kepala Anna terteleng menerima tamparan padu dari Damia, suasana yang meriah itu bertukar berubah akibat mereka.

"Sedar diri sikit, adab kau dah baik sangat ke? Mak bapa kau dah sempurna didik kau? Suami orang pun nak dirampas itu yang dipanggil didikkan. Bodohlah" ujar Damia memeluk tubuh.

Anna mengerang geram. Wajah Damia ingin sahaja ditampar semula tetapi Damia sempat mengelak.

"Anna!" halang Engku Emir dan keluarganya agar pertengkaran itu berhenti.

"Pak Su, menantu you ni kurang ajar" masih mempersalahkan Damia.

Damia menjeling malas, dia yang datang dengan sengaja menyakitkan hati Damia, layak lah kena tamparan.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now