__________Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________Bibir lancar mengikuti setiap bait lirik lagu dari airpod telinga nya, tiada sesiapa yang tahu tentang hal itu. Sekarang mereka mengadakan satu acara majlis di dewan kolej.
Damia sedikit pun tidak mendengar setiap patah yang diucap oleh pengacara majlis, dia seperti di dunia sendiri bersama muzik.
Kepala diangkat memandang kawasan duduk pensyarah sebelum matanya tertancap pada seseorang yang menikam pandangannya.
Jejaka iaitu Uzair memeluk tubuh memandang Damia, mereka membalas pandangan sebelum mata itu menjeling nya.
Dia sedari tadi memerhati tindak tanduk gadis itu, dia tahu di sebalik rambut terhurai menutupi telinga ada sebuah airpod yang terpasang.
Melihat gadis itu berdiri ingin keluar dari dewan dia cepat sahaja meminta izin pamit dari rakan sekerja nya, Hanz.
Diekori sahaja langkah Damia sehingga ke satu tempat, bilik peralatan keselamatan. Yang hairan nya dia kehilangan susuk Damia.
"I'm right here, looking for me Encik Affan?" Uzair menoleh ke belakang, Damia yang sudah mengunci pintu bilik itu diperhati.
Uzair berdehem menghilangkan rasa gugup dan segan, yelah berduaan bersama seorang gadis bergelar pelajarnya dalam satu bilik sungguh membuagkan dia gelisah.
Karang tak pasal-pasal kena tangkap basah habis batal misi dia dan pasti Tuanku Firhad mengamuk.
"Kenapa ikut aku? Any problem?" Damia tanpa segan menanggalkan kot khas kolej.
"Awak tak fokus dalam majlis tadi" ujar Uzair jujur.
"You stalking me for real?" Damia selamba duduk di atas meja.
"Im not, every lecturer sedar tindakan kamu yang asyik menunduk seperti membaca mantera" Uzair tidak kurang sama duduk di atas meja.
"Mantera? aku tak bodoh lagi mahu belajar bahasa alien tu" tawa paksa dikeluarkan.
Mahu terbelit lidah nya nanti membaca mantera.
"Ya saya tahu, Aulia" Uzair turun dari meja dan mendekati gadis itu yang tidak sedar dirinya.
"Saya tahu yang awak tengah bernyanyi" Damia membulatkan mata bila wajah mereka hampir rapat.
Sejak bila mamat ni mendekat? Dan sejak bila mamat ni perangkap aku dengan kedua-dua tangannya yang menahan meja.
Dalam diam Uzair tersenyum sinis, rancangan dia dalam memikat gadis itu dan menyelesaikan misinya sedang bermula.
"Jauh sikit, gila" Damia menolak dahi Uzair tetapi tetap pegun di tempat.
Uzair menyelit rambut gadis itu, Damia usah dicakap terkaku dan terkelu dengan tindakannya. Aura lelaki itu kenapa dia tak mampu menolak tubuh lelaki ini.
Damia what's wrong with you?
Seperti baru sedar dari hayalan, Damia menolak tangan Uzair dan menjeling wajah tidak beriak itu.
Uzair ketawa dia berdiri menstabilkan diri.
"You are blushing, didnt you?" usik Uzair lagi.
Damia tidak menjawab tubuh Uzair ditolak geram sebelum dia ingin membuka pintu bilik itu kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Are My Priority
Teen Fiction|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...