B A B 21

180 9 2
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Baju tshirt dan hoodie berwarna hitam dan seluar slack dikenakan pada seluruh tubuhnya. Damia meneliti penampilannya pada cermin besar. Walaupun biasa dan hanya bersolek tipis gadis itu kelihatan cantik.

Damia menghembuskan nafas berat, hari ini hari acara itu berlangsung. Dia juga sudah membuat persiapan untuk solo nya nanti dengan bantuan Hani dan Ju.

'knock knock

"Mia, kereta Id dah sampai" terjengul kepala Hani di sebalik pintunya.

Hani mengerutkan keningnya melihat penampilan Damia.

"Kau pakai macam ni ke acara? Damia mana baju yang aku berikan tu" geram nada Hani dengan perangai Damia.

"Baju kau feminim sangat" ternganga gadis itu mendengar.

"Kita perempuan mesti lah nampak feminim bila ada acara, tukar baju kau cepat" almari baju Damia diselongkar.

Apabila menjumpai long dress berwarna hitam dibaling ke arah Damia dengan memaksa gadis itu menolak Damia memasuki tandas semula.

"Hani Dahlia!".

"Tukar baju tu" tegang kali ini Hani meminta.

Dia sengaja menempah baju tersebut untuk nampak sama di antara mereka bertiga.

Di dalam kereta Idlan, tiga gadis itu banyak berbual mengenai persediaan Damia. Damia memandang sepi kontak whatsapp nya, sudah beberapa hari Uzair tidak menghantar mesej kepadanya.

Rindu? Dia akui dia rindu dengan sikap lembut jejaka itu padanya.

"Semaklah baju ni" merungut Damia bila berjalan ingin ke dewan.

Hani hanya menjelingnya, banyak songeh lah minah ni.

"Tu, kawan-kawan kau panggil" kini Jay menuding ke arah rakan jurulatihnya yang sedang menunggu di hadapan dewan.

Damia serta jurulatih yang lain berada di belakang pentas. Damia menghembus nafas berat bila dirinya terpaksa disolek kerana mengikuti konsep lagu mereka nanti.

"Nyah, muka hang dah lawa" bisik jurusolek perempuan itu seraya memerhati wajah Damia.

"Sekarang baju pula".

"Asal pula, baju aku dah ngam kot" jurusolek memutarkan bebola mata ke atas.

"Ngam tu yah tapi cik Ky awak nak menari dengan dress panjang ni ke tak pasal-pasal nanti terkoyak" ujar jurusolek itu lagi.

Ya tak ya juga kan?

"Mana baju aku?" malas sahaja dia meminta.

"Sabar nyah".

Damia memejamkan mata sambil memeluk tubuh, tubuh juga disandarkan pada kerusi. Hari ini hari kepenatan buatnya.

Deringan telefon menyentakkan dirinya, nama yang tertera di skrin dibaca.

Uzair Affan

Butang hijau ditekan sebelum telefon itu dilekapkan pada telinga menanti si pemanggil bersuara.

'Aulia?"

Damia menjawab dengan deheman.

'Are you okay, sayang? Still sulking with me hm'

Damia diam.

'Ah babe i wanna listen your voice please. I miss you damn much'

"Apa?" Damia tahu jejaka itu ingin bermanja dengannya. Sejujurnya Uzair lelaki yang manja baginya.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now