__________Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________Hari demi hari berlalu Damia Aulia tetap dengan keputusannya menunggu Uzair untuk ikut bersama dalam perbincangan keluarga diraja itu.
Raja Firhad tidak ingin memaksa, dia memberi masa kepada gadis itu. Lagipun bahaya untuk membawa Damia ke istana kerana kota mereka yang tengah huru hara.
Dalam perjalanan ingin menukar pakaian sukan, langkah Damia dihentikan oleh suara yang memanggilnya. Di saat dia berpaling madam Jess melangkah mendekatinya.
"Damia, penat madam cari" ujar madam Jess.
"Saya cari dalam kelas tapi kelas kosong, sebenarnya madam nak awak ganti pemain madam" kening Damia berkerut.
Pemain? Jangan cakap madam Jess nak ambil dia sebagai pemain bola tampar nanti.
"Ya Damia, madam nak awak ganti dia memandangkan hari sukan dah nak diadakan" ujekas di pendengaran Damia.
Teruja, itu perasaannya yang dahulu tetapi sekarang dia hanya beriak biasa. Tidak ke pelik bila dahulu namanya disenarai hitamkan dari sukan bola tampar tetapi sekarang madam Jess yang mengajaknya.
"Saya akan jelaskan pada awak nanti, petang ini awak pergi padang okey" tangan Damia dipegang ingin memujuk gadis itu.
"Pasal Rika dia pun setuju" ujar madam Jess lagi.
Okey sekarang Damia dalam fasa kebingungan.
"Okey" ringkas dia mempersetujui ajakan madam Jess.
Naya menghampiri Damia, dia sejak tadi mendiamkan diri menanti rakannya itu di hadapan bilik persalinan.
"Macam pelik je Rika setuju kau ikut sukan tu" ujar Naya dengan nada menyampah.
"Tak, dia sebenarnya ada niat nak kena kan aku" yakin Damia berbicara mengikuti kata hatinya.
"Aku setuju dengan kau".
Air mineral diminum rakus, Damia berehat seketika di tepi padang dimana rakan sekelasnya tengah bermain bola jaring dan bola beracun.
Seorang pelajar lelaki melabuhkan punggung di sebelahnya tetapi Damia hiraukan, gadis itu leka membalas mesej dari Hani dan Ju.
"Ehem aku Wahid, pelajar baru kolej ni" ujar lelaki yang dikenali Wahid itu.
Krik krik.
Wahid mengetap bibir menahan geram bila gadis di sebelahnya itu tidak membalas sapaannya.
"Bapak sombong" kutuk Wahid.
Damia mengalihkan pandangan dari telefon sebelum menjeling susuk Wahid dan berdiri semula mendekati rakan sekelasnya.
Tidak suka apabila orang menganggu mood nya yang ingin berehat.
Wahid mengepal tumbukan, betul apa yang dibicarakan oleh ayahnda nya bahawa gadis ini sukar didekati.
Sedang mereka bermain, Wahid mengambil peluang ingin membaling bola kepada gadis yang berada di hadapannya tika ini. Senyuman sinis terlakar di bibir.
Semasa Damia mendiamkan diri, disitu lah Wahid membaling bola.
'pak
Tepat pada sasaran bola itu mengena kepala Damia. Damia yang tidak sempat mengelak dan menyedari tindakan itu tersungkur.
Pandangan menjadi gelap, semu pelajar ada yang mendekatinya dan ada juga yang memandang Wahid yang beriak tidak bersalah.
"Damia" Humaira memegang bahu Damia.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Fiksi Remaja|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...