B A B 32

126 6 0
                                        


Memandangkan mereka datang ke sini menaiki pesawat,  ahli Dark Empire disambut di lapangan oleh dua saudara Idlan untuk menumpang kereta ke perkampungan Johor.

Tiga gadis itu berlainan kereta bersama makcik Idlan iaitu kak Yaya. Mereka saling membalas senyuman sebelum memasuki kereta bezza berwarna merah gelap itu.

"Semua dah ada ke?" tanya kak Yaya melirik ke cermin kereta.

"Ya kak Yaya" Ju membalas pertanyaan itu.

Dua buah kereta itu membelahi jalan raya menuju ke perkampungan sedikit jauh dari bandar.

Nek ca membetulkan cermin mata sebelum kembali lincah tangannya menggaul masakan.

"Wau nenek masak apa?" datang dua orang cucunya bertanya.

"Nek masak cekodok buat kawan-kawan abang Noh kamu, jangan kacau. Pergi main" sudip kuali dihalakan pada cucunya itu.

"Nak satu" cucu perempuan mengadu.

Nek ca mengambil cekodok yang sudah agak tidak panas lalu dibagi pada dua cucunya itu.

"Amboi mak, mentang-mentanglah cucu kesayangan datang" mak Piya, kakak kepada Puan Bella iaitu mummy Idlan menyampuk.

"Korang tu dah biasa rasa masakan mak, kawan-kawan Noh tu jarang tau. Ni mana Bella ni? Masih membawang?".

Dia tahu perangai anak nya yang satu itu, suka membawang bila sudah tiba di kampung.

"Begitulah mak anak bongsu mak tu".

"Nek ca abang Noh dah datang" jeritan seorang lelaki bujangan atau dikenali cucu nya juga membuatkan nek ca tersenyum gembira.

"Piya, tolong ambil alih masakan mak ni. Diorang dah datang" tergeleng-geleng kepala anak tengahnya itu memerhati nek ca yang laju melangkah.

Damia menghirup sekejap suasana udara kampung ini sebelum pintu kereta ditutup. Dia mencari susuk seseorang, apabila matanya tertancap pada susuk yang dicari segera dia mendekati.

"Affan" panggil nya kepada suaminya yang mengangkut beg mereka.

"Sayangg, help me please" berkerut dia melihat suaminya.

"Why?".

"My phone, jatuh di bawah seat tadi. Tolong cari jap" tergelak kecil Damia dengan riak cemberut suaminya.

Idlan datang ke rumahnya dan memaksa Uzair untuk ikut sekali. Jadi, tanpa malas bertengkar dengan sahabatnya yang nampak moody itu dia hanya akur mengajak Uzair ikut ke kampung.

Sahabatnya itu tidak banyak bercakap dengannya berbanding ahli yang lain.

Nek ca memeluk erat cucunya, Idlan membalas pelukan itu dengan membelai belakang tua nek ca.

"Dah sampai dah cucu nenek" ujar nek ca.

Idlan tersenyum. Pandangannya teralih pada mummy nya yang menanti di belakang. Puan Bella terlebih dahulu tiba di kampung berbanding mereka.

"Mak, Bella pun rindu anak. Tepi lah mak" pelukan antar kedua-dua dilepaskan, Puan Bella pula memeluk anaknya.

"Mummy okey?" cuba bertanyakan keadaan ibu nya. Puan Bella mengangguk.

Nek ca memerhati dua pasangan yang nampak sibuk mencari sesuatu. Selepas sahaja dia menyuruh yang lain naik ke atas hanya dua pasangan itu sahaja yang belum.

"Nak, cari apa?" sergah dari belakang Uzair.

Damia menghulur telefon suaminya yang berjaya dijumpa sebelum memandang ke arah belakang Uzair.

You Are My PriorityTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang