B A B 19

186 7 1
                                    


__________

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________

Uzair bertindak agresif, semua benda yang terletak diatas meja solek diselerakkan. Tangan dikepal setelah mendapatkan khabar untuk dirinya diarahkan pulang untuk bertugas disebabkan Kerajaan Sutera membuat serangan di kawsan tempat tinggl kerajaan mereka.

Dia juga mendapat khabar yang kampung tersebut sudah terbakar dan melibatkan beberapa nyawa.

Engku Qaila memasuki bilik, dia memeluk tubuh anaknya yang nampak berang itu.

"Ummi, mereka-" Uzair tidak mampu berkata.

"Ummi dah dikhabarkan tentang keadaan di sana. Kamu pulang lah laksanakan tugas kamu demi negara hm" pujuk Engku Qaila.

Dia tahu bertapa beratnya dugaan yang dihadapi anaknya sekarang ini, dengan keadaan isteri yang ditahan di hospital dan dikhabarkan untuk pulang demi tugas.

"Aulia, Zair nak bertemu dengan dia dahulu. Tolong" rayu Uzair.

Sejak Damia sedarkan diri, gadis itu banyak mendiamkan diri daripada mereka. Hanya ahli Dark Empire sahaja yang dapat berbual dengan isterinya itu.

"Tapi Zair, dia perlukan masa dengan semua tu" Engku Qaila memandang wajah anaknya.

"She's sick for all of this" ujar Uzair.

"Dia ada trauma ummi, doktor yang beritahu Zair sendiri, dia perlukan sokongan but look dia masih dengan prinsip sendiri tidak mahu menyusahkan semua orang" ujaran anaknya mengejutkan Engku Qaila.

"Zair nak terangkan segalanya tapi dia taknak dengar. Dan keluarga diraja juga dalam kesusahan kerana musuh sudah memulakan serangan" Uzair meraup rambut dengan perasaan sebal.

"Pergi jumpa dengan dia, bincang baik-baik".

Uzair membuka pintu wad Damia, rakan-rakan gadis itu memberikan senyuman sebelum meminta diri memberi mereka masa.

Damia membaringkan diri menghadap arah bertentangan dengan suaminya.

Uzair meletakkan bagasi yang sudah siap dikemas di sebelah katil. Direnung Damia yang enggan memandang wajahnya.

"Aku tahu dia dah buatkan kau tertanya-tanya dengan semua perbualannya semasa kau diculik, tapi Aulia tolong pandang aku and i will explain" pinta Uzair.

Dia yang dimaksdukan adalah Raja Daus.

"Tapi percaya lah semua yang berlaku ini adalah demi kebaikan kau sayang" ujar zair.

Melihat tiada respon lagi dari isterinya dia melepaskan keluhan berat. Damia berpaling menikam tajam Uzair, dia marah dan merasa bodoh dengan kehidupuan sendiri.

"Kau tahu sakitnya bila ditipu hidup-hidup? Pedih Affan" Uzair menganggukkan kepala bila respon dari isterinya kedengaran.

"Adakah ini sebab kenapa aku diamanahkan untuk berkhawin dengan kau hm" naik seoktaf Damia berkata.

"Dia culik aku sebab mahukan harta aku, White Castle? Apa kaitannya dengan aku?" tanya Damia dengan memegang balutan pada kepalanya kerana pusing dengan memikirkan semuanya.

"Siapa aku sebenarnya?" Damia merenung ke dalam mata suaminya untuk mencari kejujuran.

Uzair memejamkan mata, pandangan itu benar-benar buat dia lemah. Punggung dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan katil isterinya dengan meraup wajah.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now