B A B 46

149 6 0
                                    


Emilya berasa sebal apabila tidurnya dikacau oleh sesuatu yang berbulu pada hidungnya. Mata perlahan-lahan dibuka, tanpa sengaja dia menampar sesuatu tersebut mengakibatkan sang empunya menjerit namanya.

Emilya menutup mulut bila sesuatu yang dia tampar tadi merupakan seekor kucing parsi berwarna kelabu. Digigit bibir apabila satu tangan kekar sudah menangkap kucing itu darinya, dia mndongak. Hanz!

Tajam mata Hanz menikamnya mungkin marah disebabkan dia bertindak tanpa sengaja menampar kucing parsi tersebut.

"Kalau tak sayang kucing sekali pun jangan lah sampai tampar dia" marah Hanz datar.

"Saya tak sengaja, saya ingatkan ada orang yang ganggu" dirinya menunduk, Auch tercalar hatinya bila crush marah.

Dia bukannya tahu yang kucing parsi itu menganggu tidurnya tadi, dia ingatkan Ivan ke yang kacau dengan bulu pembersih rumah rupanya bukan. Dia rasa bersalah dengan kucing tersebut. Pencinta kucing tolong jangan kecam dia.

"Grey, pergi ke tempat Rauf" kucing parsi yang diberi nama Grey itu dilepaskan.

Emilya memandang pemergian kucing tersebut, kejap lagi mommy datang minta maaf okey Grey.

"Grey tu kucing siapa?" Tanya nya kepada Hanz.

"Kucing unit kami dekat pangkalan, Zair yang minta untuk bawa ke sini" Hanz mencangkung di hadapannya buat Emilya mengerutkan kening.

Jarak mereka boleh tahan dekat, jantung tolong kembali pada normal.

"Err awak buat apa ni?" walaupun begitu dia kurang selesa.

"Cari keikhlasan awak dalam meminati saya" Hanz tersenyum sinis bilamana gadis itu melarikan pandangan.

"Just kidding, tadi mainan Grey awak tindih thats why dia ganggu kau tadi" serta merta Emilya berpaling, betul lah mainan kucing tersebut berada di belakang tempat tidurnya tadi.

"Terima kasih, awak boleh tidur balik tapi tolong tutup mulut yang ternganga tu" Hanz tergelak kecil sebelum berpamitan.

Emilya menyentuh mulutnya, dia tidur ternganga kah tadi? Arh malunya.

"Zach" nampak sahaja kelibat jejaka itu yang memasuki ruangan mereka, dia memanggil.

Zach dengan riak wajah yang kosong memandang nya sekilas sebelum berlalu begitu sahaja menghiraukan nya. Emilya mencarut dalam diam.

Kerja nak palau orang saja.

"Jangan kacau dia, dia ada masalah hati tu" Julia datang menegur nya.

"Aik kenapa?" Julia angkat bahu, dia, Zach dan Ivan tadi baru pulang dari markas Dan elok sahaja riak Zach dipaparkan tapi bila balik ke sini terus datar semacam. Dia pun pelik.

Grey dipegang oleh Uzair, jejaka itu rindukan Grey. Digomol habis-habisan Grey kerana geram Dan rindu. Dia lah yang menjumpai Grey terbiar di jalanan dan dibawa ke dalam pangkalan, mereka seunit menjaga dengan baik Grey sehingga besar Dan menggemaskan.

"Rindu daddy tak, Grey?" Dibawa berbicara kucing tersebut.

'meow' Uzair tersenyum suka, seperti membalas ucapannya.

"Daddy?" Dia berpaling ke belakang, Damia memandangnya tajam.

Di saat dia sepenuhnya menghadap isterinya, Damia dikejutkan dengan seekor kucing di dukungan suaminya.

"Hai mommy, saya Grey" suara Uzair dicomelkan, tangan kucing tersebut digoyangkan.

"Comelnya" Uzair ingatkan isterinya seorang yang kurang suka dengan kucing tapi jangkaannya meleset bila gadis itu merampas Grey di dukungannya.

You Are My PriorityWhere stories live. Discover now