__________Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan ambil serius jika ada yang salah dalam penulisan dan aksi, saya minta maaf terlebih dahulu.
__________"Kenapa degil sangat ni hm?" raut wajah Uzair menjelaskan bahawa lelaki itu sedang marah.
Damia memandang Uzair dia hanya mendiamkan diri tidak mahu melawan kerana dia tahu lelaki itu memarahinya sebab demi keselamatannya juga.
Jari jemari dimainkan. Dia memasang telinga mendengar bebelan Uzair yang sedang memarahinya.
"Pandang aku Aulia" ujar Uzair sambil mendongakkan kepala isterinya dengan lembut.
Pandangan bertembung, bagai ubat bagi Uzair kemarahannya menurun apabila mata gadis itu merenungnya.
Uzair menaiki katil dimana isterinya sedang duduk, peha Damia dijadikan bantal sebelum dia menutupi mata.
"Aku penat Aulia, pinjam peha sekejap" ujar Uzair dengan menarik tangan kanan isterinya lalu dibawa ke rambutnya.
"Dodoikan aku" pinta Uzair manja.
"Sorry" satu ucapan ringkas itu membuatkan Uzair membuka mata seketika.
"Takpe sayang, kemarahan aku dah redha, jangan buat lagi hm" ujar Uzair walaupun dia tahu dengan kedegilan gadis itu yang sukar dijangka.
"Betul cakap Id, aku akan beruntung bila kenal kau" Uzair tersenyum sambil memandang wajah isterinya yang menunduk ke arahnya.
"Maksud?" ringkas Damia ingin mengetahui.
"Kau bukan seperti apa yang dicakapkan oleh orang lain, sombong dengan orang dan kekayaan kau".
Uzair sering mendengar beberapa pelajar dan rakan sekerja nya yang mengatakan gadis ini sombong dengan kekayaan, salah satu sebab ialah gadis itu pernah memarahi pekerja kafe kerana tertumpahkan air manis pada begnya.
Dan pada waktu itu juga Damia meminta ganti rugi dan mengatakan beg itu mahal.
"Kau akan bersikap sombong dengan orang yang kau tidak suka, betul Aulia?" tanya Uzair lagi.
"Hm".
Munira mengetuk pintu bila adik iparnya, suaminya Amir meminta dia untuk menyampaikan yang Qaira sudahpun sedar akibat ubat tidur itu.
Beberapa ketukan tidak berjaya akhirnya dia membuka pintu itu perlahan. Bibir mengorak senyuman melihat pasangan itu tertidur.
Tidak melepaskan peluang kerana jarang melihat kemesraan pasangan ini, Munira mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar.
abang ♡
-mereka tidur bangGambar dan mesej itu dihantar pada suaminya.
YOU ARE READING
You Are My Priority
Teen Fiction|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...